Apa yang sinonim dengan hari raya
>> Saturday, September 19, 2009
Baju Raya
Pakaian tradisional kaum lelaki Melayu yakni baju Melayu sudah berusia lebih kurang 700 tahun. Ini dikira sejak Sultan Muhammad Syah (1424-1444)
Dalam teks Hikayat Hang Tuah pula diperikan memakai Cara Melayu = termasuk segala peralatan pakaian kebesaran diraja ditambah dengan tingkah laku sopan yang selaras dengan pegangan Islam.
Dalam sejarah melayu juga dikatakan bahawa baju melayu yang di pakai oleh rakyat melaka singkat dan sendat, tetapi seorang pembesar melayu telah memanjangkannya dan membesarkan pesaknya, maka terbentuklah baju melayu seperti sekarang.
Lagu raya
Kalau lagu raya ni takde memang tak meriah la hari raya..Zaman-berzaman lagu ini didengar, tapi tak pernah bosan..
Malam raya dan mercun/bunga api
Bagi penggemar mercun dan bunga api ni Hari raya takkan lengkap tanpa bahan-bahan terlarang ni...sanggup mendapatkannya walaupun mahal..
banyak kenangan main mercun ni..kat asrama sekolah mesti ade kes main mercun sebelum balik cuti Raya.. Bebudak asrama sekolah aku pernah... semua pelajar lelaki kene denda tengah-tengah malam sampai pagi..dendanya "duduk tanpa kerusi" ...nak patah pinggang aku...sampai ke pagi takde yang mengaku...
sape tah yang main mercun tu..
sampai sekarang tak mengaku..
Bersalam dan mintak maaf dengan keluarga
Sebelum ke masjid tu eloklah kita bersalaman dengan ibu bapa..adik beradik..dan saling bermaafan..
Sembahyang Raya
Sembahyang raye kene pegi awal2 kalu tak sesak la...
Yang paling dibimbangi selipar raye yang baru dibeli akan dikebas..biasanye orang akan pakai selipar lama untuk ke masjid..kalau tak memeang tak khusyuk masa sembahyang raya..
Yang pastinya kanak-kanaklah insan yang paling gembira apabila menjelang raya.Mereka mendapat habuan duit raya. Sebenarnya istilah “duit raya” atau “ampau raya” dalam Islam tidak wujud, yang ada dalam Islam ialah hanya istilah “sedekah atau derma” sahaja. Mungkin masyarakat kita sudah terikut-ikut dengan amalan masyarakat cina, dan ianya sudah menjadi adab masyarakat kita.
Menjelang saja Hari Raya, mesti kena sediakan duit raya. Begitu juga dengan kanak-kanak, tiba saja Hari Raya pasti duit raya menjadi fokus utama mereka. Namun amalan memberi duit raya ini tidak salah sekiranya dengan niat yang betul iaitu sebagai sedekah atau derma.
Jalan Raya Sesak
Beringat la di jalan raya...pengalaman aku sebagai orang yang tinggal dekat dengan jalan besar memang sadis..tiap2 kali raya mesti ade eksiden..
Satu lagi ...ops sikap..kalau kene saman tak boleh dikurangkan
Berkumpul Bersama Keluarga Dan Rakan-rakan
Di hari Raye ni semua keluarga berkumpul dan makan makanan istimewa Raya macam satay, Lemang, ketupat, tapai, serunding,...dan macam2 lagi..
Ziarah Kubur
Ayah aku cakap pagi raya ziarah orang hidup..jadi keluarga aku selalu pegi ziarah kubur atuk dan nenek petang sebelum raye...
P/s Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin
syazwansafwan.com
2 comments:
selamat hari raya, maaf zahir batin
awokbola mengucapkan selamat hari raya.maaf zahir dan batin..
Post a Comment