Antara Buah merah Papua dan Buah Tunjuk Langit
>> Sunday, November 22, 2009
Buah Merah Papua
Mungkin kita tidak pernah mendengar ataupun melihat buah Merah Papua ini kerana ia jarang ditanam di negara kita. Buah Merah adalah sejenis buah tradisional dari Papua. Masyarakat Wamena di Papua, menyebut buah ini sebagai kuansu. Nama saintifiknya ialah Pandanus Conoideus Lam kerana tanaman Buah Merah termasuk tanaman keluarga pandan-pandanan dengan pohon menyerupai pandan, namun tinggi tanaman dapat mencapai 16 meter dengan tinggi batang bebas cabang sendiri setinggi 5-8 m yang diperkukuhkan dengan akar-akar tunjang pada batang sebelah bawah.
Bagi masyarakat di Wamena, Buah Merah disajikan untuk makanan pada pesta adat bakar batu. Namun, banyak pula yang memanfaatkannya sebagai obat. Secara tradisional, Buah Merah dari zaman dahulu secara turun temurun sudah digunakan kerana berkhasiat dalam menyembuhkan berbagai macam penyakit seperti mencegah penyakit mata, kecacingan, kulit, dan meningkatkan stamina.
Buah Tunjuk Langit
Satu lagi buah yang unik yang jarang dikenali ialah Buah Tunjuk Langit. Bentuknya yang pelik dan rasanya yang sangat pahit pastinya membuatkan sesiapa yang memakannya secara mentah bersumpah tidak akan memakannya buat kali kedua. Di tempat saya belajar banyak ditanam pokok ini, buah ini dijadikan gurauan. Saya pernah terkena. Saya hanya menggigit sedikit dari kepingan buah ini.....dan rasa pahitnya terasa di lidah sehingga malam.
Dikenali sebagai Skyfruit, ia berasal dari kawasan di Selatan Pasifik, khususnya di Kepulauan Solomons. Penduduk asli di situ telah menggunakan buah ini sejak turun temurun bagi tujuan kesihatan dan perawatan.Khasiat Buah Tunjuk Langit ini telah di proses secara saintifik dan di pek bagi kemudahan pengguna di seluruh dunia,keberkesanan nya telah terbukti secara traditional untuk membantu mereka yang mengidap penyakit seperti Kencing Manis, Darah Tinggi, Gout, Alergi Kulit dan pelbagai jenis penyakit lagi.

2 comments:
ni fakta ke auta wang????
Ni fakauta...
Post a Comment