Kisah Lina Medina

>> Saturday, October 17, 2009


Foto ini telah mengubah sejarah perubatan yang mana Lina Medina, seorang ibu yang paling muda yang telah melahirkan anaknya ketika berusia 5 tahun. Dilahirkan di Peru pada 1933, Lina telah dibawa ke hospital terdekat oleh ibu bapanya kerana perutnya yang membesar, yang disangkakan akibat tumor. Selepas beberapa siri rawatan dan pemeriksaan, doktor telah mengesahkan bahawa dia telah mengandung 7 bulan. Sebulan kemudian, Lina telah melahirkan anaknya dan memberikan nama anak lelaki itu sebagai Gerardo.



Lina medina merupakan kes pertama dikenalpasti sebagai mengandung awal/cepat matang (precocious pregnancy), dan berdasarkan kajian menunjukkan dia mengalami haid seawal 8 bulan, pertumbuhan payudara pada usia 4 tahun dan matang ketika berusia 5 tahun.


Anaknya, Garardo pada mulanya menyangkakan Lina adalah kakaknya, tetapi akhirnya dia telah mengetahui perkara yang sebenar ketika berusia 10 tahun. Pada tahun 1972, Lina Medina telah berkahwin dan melahirkan anaknya yang kedua, 33 tahun selepas Garardo dilahirkan. Gerardo meninggal dunia tujuh tahun kemudian pada umur 40 tahun akibat penyakit tulang sum-sum. Lina berusia 70-an sekarang, meneruskan hidup bersama suaminya di Chicago, Chico, di Lima, Peru.

tahun gambar diambil : 1939
Maklumat Lanjut : Wikipedia

1 comments:

Atiqah November 23, 2009 at 11:07 PM  

sape bape kpd baby die tu kalo die mengandung mse umur 5thn? musykil

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP