Minuman Bertenaga
>> Friday, October 16, 2009
Apa yang akan Anda lakukan jika berada dalam suasana yang sangat panas dan keletihan? Semestinya adalah meneguk minuman yang segar, sejuk dan mampu memulihkan tenaga. Salah satu jenis minuman yang sangat popular untuk menghilangkan dahaga ialah minuman bertenaga yang kebelakangan ini banyak di pasaran.
Komposisi minuman ini hampir sama dengan minuman ringan lainnya, hanya ditambah dengan sedikit vitamin. Secara umum, minuman ini terdiri atas 90 peratus air dan selebihnya merupakan kombinasi dan pemanis buatan, gas C02, perasa, pewarna, fosfat, kafein, dan beberapa mineral, terutama aluminium. Pengguna sangat menggemari minuman ringan adalah kerana rasanya yang manis dan kesannya yang menyegarkan.
Rasa manis selalu memiliki bahaya tersembunyi jika diambil berlebihan. Bahan-bahan aditif juga harus diperhatikan. Di dalam kandungannyanya, banyak hal yang dapat menimbulkan kesan negatif bagi kesihatan. Kesan tersebut mungkin memang tidak secara terus, tetapi akan dirasakan di masa mendatang apabila meminumnya secara kerap.
1 comments:
minum kopi pun sedap!..hihi
Post a Comment