Lawatan Ke Negeri Medan Indonesia. 3
>> Friday, March 19, 2010
Melawat Perkampungan Batak di Danau Toba
Destinasi yang kami tuju seterusnya ialah Perkampungan Batak di Danau Toba. Perkampungan ini terletak di Ambarita, Samosir. Ternyata keindahan alam dan keunikan cerita-cerita sejarah di sini mampu menggamit kunjungan ramai pelancong tidak kira dari Asia khususnya, dan seluruh dunia amnya. Majoriti kaum batak beragama Kristian.
Pintu Gerbang yang menyambut kedatangan Pelancong
Pintu masuk ke Kerusi Batu
Rumah-Rumah lama kaum batak dibina dengan pintu yang kecil. Apabila memasuki rumah tersebut, badan perlu ditundukkan menunjukkan rasa hormat. Terdapat juga corak-corak aneh yang menarik, dipercayai dapat menghalau hantu dan semangat jahat. Terdapat banyak sekali ukiran-ukiran payudara di Rumah Batak ini yang melambangkan kesuburan bagi wanita-wanita batak. Menurut sejarah, kaum Batak pada asalnya adalah leluhur Cina, dan atap-atap rumah dibina sedemikian rupa untuk mengingati kedatangan mereka ke bumi Indonesia ini dengan kapal.
Kerusi Batu ini menjadi tempat pengadilan kepada pesalah-pesalah suku Batak di atas kesalahan-kesalahan kecil dan juga kesalahan-kesalahan besar.
Sebelum dihukum, pesalah di pasung di bawah rumah dan diberi makanan yang enak-enak. Segala kemahuannya dituruti sebelum dihukum dengan hukuman mati.
Di sinilah pesalah-pesalah dihukum bunuh. Mayatnya dipotong-potong dan dibahagikan kepada penduduk kampung untuk dimakan.
Terdapat pelbagai cenderamata dan kraftangan yang sesuai dibuat ole-ole untuk keluarga mahupun kenalan. Namun diingatkan, kita haruslah pandai tawar-menawar kerana mereka menganggap orang Malaysia berduit. Jangan menawarkan harga jika tidak mahu membeli. Cara jualan di sini sangat tidak menyenangkan, mereka seakan-akan memaksa kita untuk membeli barangan jualan mereka.
Saya sangat tertarik dengan ucapan Sukarno, mantan Presiden Indonesia yang pernah mengatakan jika bekerja, bekerjalah seperti Bangsa Jawa, kerana mereka adalah satu bangsa yang sangat rajin bekerja. Jika berdiplomasi, contohilah Bangsa Minang, mereka sangat pandai menyusun bicara. Jika mahu merancang strategi, contohilah Bangsa Batak, mereka boleh memulakan perniagaan tanpa sebarang modal.
Air Terjun Si Piso-Piso
Si Piso-Piso bermaksud 'Seperti Pisau-Pisau' dalam Bahasa Melayu. Di sini kita dapat menikmati pemandangan yang sangat mengagumkan. Air terjun ini berpuncakan dari tasik Danau Toba.
Pasar Buah-Buahan di Si Piso-Piso. Tanah di sini sangat subur. Banyak pohon buah-buahan dan sayur-sayuran ditanam dan boleh dilihat di sepanjang perjalanan.
Lawatan diteruskan ke Universiti Negeri Medan. Di sini kami diberikan taklimat tentang Universiti Negeri Medan serta melawat sekitar universiti ini. Kami juga mengadakan dialog ilmiah bersama pensyarah-pensyarah di sana serta beramah mesra dengan pelajar-pelajar Malaysia di Universiti ini.
Bergambar kenangan
Itulah sedikit Travelog yang mampu saya coretkan, semoga dapat menambahkan sedikit pengetahuan tentang Negeri Medan ini.
P/s Kumpul duit lagi..Pergi ke negeri-negeri lain di Indonesia ni..
5 comments:
Best gak melawat tmpat org kan..
jauh perjalanan luas pemandangan..
perggh
cantik medan. patut aar ramai org g sana
ada lg yg ke 4 x?
hoho..
bapa bajet utk sorg neh?
xde dah miera..
pakej tu 800..
siap semua..
hotel...
makan...
bas..dll
maaf mnggangu..
soalan mgkin dh outdated dgn tarikh post ni,tp klo xkeberatan nk tmpg tnya tentang lwtan anda ke universiti medan. perlu x saya hubungi sesiapa di sana sekiranya ingin mmbuat lwatan ke sana? kalau x keberatan utk berkongsi, minta pm saya kat emel maxanne2118@yahoo.com. tma kasih..
Post a Comment