Mengapa Kita 'Menangis' semasa memotong Bawang

>> Friday, March 19, 2010

http://realezi.com




Bawang , seperti tumbuh-tumbuhan lain, adalah terbina dari sel-sel. Sel-sel itu terbahagi kepada dua bahagian yang dipisahkan oleh satu membran. Membran tersebut mengandungi satu enzim yang membantu proses-proses kimia terdapat dalam badan anda. Sebahagian lain membran itu mengandungi molekul-molekul yang mengandungi sulfur.





Bila anda memotong selabu bawang, kandungan bahagian-bahagian tersebut akan bercampur dan menyebabkan tindak balas kimia. Tindak balas ini menghasilkan molekul-molekul seperti ethylsufine yang boleh membuatkan mata anda berair. Untuk mencegah mata berair atau 'menangis' potong bawang di bawah siraman air.




Sebatian-sebatian sulfur akan terlarut dalam air sebelum mereka mengenai mata anda. Anda boleh juga meletakkan bawang dalam penyejuk beku untuk sepuluh minit sebelum anda memotongnya. Suhu sejuk memperlahankan tindak balas antara enzim dan sulfur. Jadi, selepas ini, tidak lagi menangis semasa memotong bawang.

5 comments:

Pena Crystal March 19, 2010 at 1:20 AM  

i selalu nanges bila potong bawang.huhuhu.tp i tak makan bawang..lalala.:)

Azizah Omar March 19, 2010 at 1:40 AM  

ouh. mama dila relax je potong bawang. hehe. :)

Maiyah March 19, 2010 at 3:15 AM  

suka mkn bwg goreng.. bdn pun dah bau bwg ngee

Md Nasir March 19, 2010 at 10:29 AM  

salam..
menangis time potong bawang mmg betul..nak2 time rewang rumah org kahwin,sampai basah satu muka menangis.
pernah gak baca 2-3 petua nak hilangkan pedih tu,tp bab potong bawang dlm air & masukkan kat freeze dulu tu x pernah dgr lagilah..thanks for sharing..

Mashe September 3, 2010 at 3:03 PM  

ada petua owg tua2, letak bawang kat ujung pisau tuh....
ntah kena ngan sains @ tak~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP