Pranav Mistry : Teknologi SixthSense
>> Saturday, April 17, 2010
TED ialah satu Persidangan ‘Perkembangan Idea yang Bernilai’ ( Ideas Worth Spreading). Ia bermula (pada 1984) sebagai satu persidangan membawa bersama golongan dari tiga buah dunia yang berbeza iaitu : Teknologi, Hiburan, Reka Bentuk (Technology, Entertainment, Design). Hingga kini, skopnya semakin meluas ke bidang-bidang yang lain.
Begitu banyak idea dan pandangan dibentangkan oleh pembentang di TED. Antara yang menarik ialah idea dari Pranav Mistry. Beliau merupakan pelajar PhD dalam Fluid Interfaces Group di MIT (Massachusetts Institute of Technology). Sebelum kajian-kajiannya di MIT, dia bekerja dengan Microsoft sebagai penyelidik UX. Mistry sangat teruja tentang idea menyepadukan pengalaman digital dan interaksi realiti dalam kehidupan seharian manusia.
Di persidangan TED di India, Pranav Mistry mempersembahkan beberapa alat yang membantu dunia fizikal berinteraksi dengan dunia data seperti pen 3D, TaPuMa (Peta Digital), Quickies (digital sticky note) dan lain lagi. Ciptaannya yang paling mendapat perhatian ialah ‘Teknologi sixth sense’ yang membolehkan kita mengawal dunia digital hanya menggunakan jari kita.
Dapatkah anda bayangkan, melukis sesuatu tanpa kertas dan alat lukis, menghantar gambar ke komputer hanya menggunakan jari tanpa menggunakan kabel, mengedit gambar tanpa komputer, membuat panggilan telefon tanpa telefon, melihat masa di tangan tanpa jam, bermain permainan komputer hanya di atas sehelai kertas, dan banyak lagi kegunaan alat ini tanpa anda pernah terfikir tentangnya.
Sumber,
http://www.ted.com/
1 comments:
I would like to exchange links with your site muhammadsyazwansafwan.blogspot.com
Is this possible?
Post a Comment