Sedu (hiccups) : Penyebab Sedu dan cara merawat Sedu
>> Friday, April 23, 2010
Sedu (hiccups) berlaku apabila diafragma, otot yang mengawal pernafasan kita, menjadi kejang, mengecut dan tidak boleh dikawal, otot-otot diafragma mengecut dengan mendadak dan tidak disengajakan. Biasanya, tindakan ini berulang banyak kali. Satu bunyi pelik (hic) dihasilkan.
Bunyi disebabkan oleh epiglotis yang tertutup secara tiba-tiba apabila udara masuk ke trakea . Kebiasaannya, Sedu ialah bukanlah sesuatu yang menyakitkan, tetapi ia boleh menjadi masalah apabila ia berlaku dalam masa yang agak lama. Ia juga membuatkan kita akan berasa tidak selesa.
Biasanya, apabila saya sedu (hiccups), saya hanya meminum dua gelas air dan ia hilang
(kadang-kadang tidak menjadi) Tetapi dalam kes-kes serius, kaedah ini tidak cukup.
Terdapat juga petua yang terkenal untuk hilangkan sedu, tarik nafas sedalam yang boleh, lakukan 3 atau 4 kali. Pastinya sedu anda beransur hilang selepas itu. Namun, itu juga mungkin tidak akan menghilangkan sedu anda dengan cepat. Jadi elakkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan sedu.
Perkara-Perkara yang boleh menyebabkan Sedu ialah :
Jika anda cuba ingat, anda mesti pernah membuat satu daripada tindakan-tindakan yang dinyatakan di bawah sebelum mendapat sedu.
1. Makan dengan amat cepat,
2. Makan sesuatu yang panas tetapi setelah itu meminum air sejuk,
3. Terisak-isak atau menangis - kerana makan makanan yang sangat pedas,
4. Makan makanan yang sangat panas,
5. Meminum alkohol atau soda berlebihan,
6. Batuk dengan teruk,
7. Ketawa dengan teruk.
Sumber,
http://www.beyondbiology.org/beyondbiology.org/index.php?option=com_content&view=article&id=280:why-do-people-hiccup&catid=114:questions-answers&Itemid=84
10 comments:
wah..nice n3..
sy pun adakalanya sedu lepas makan.. :)
terimakasih artikelnya sahabat
baguih2...baru ceq tau camna ceq bersedudu..
hmm..
kte pom ske mnum i byak2
klw sedu..hehe~
nabilah > makan jangan main telan je..hehe
kurniawan > sama2..
sepet > besedu takpe..jgn berkesedudukan..
ayu > satu lagi org cakap bernafas dalam beg ketas kan..pernah dengar tak?
good info :) hehe. btw dah makan maggi kat sini :)
tengah sedu :(
minum air suam berkesan gak ilang sedu...
saya copy punca sedu yer ^^ terima kasih, dah kreditkan sekali ^^
aku seorang yg mudah terkena SEDU dan lebih mengecewakan aku apabila time dah nak start SEDU tu sampai 1-4hari berturut-turut tak henti-henti sehingga menyebabkan ulu hati pedih.apa yg membuat aku lebih bengang ialah..biasanya kan apabila kita sedu akan mengeluarkan bunyi "hik"!dgn bunyi sekali aje tapi sedu aku ni pelik dari yg pelik hingga 2-3kali berjurut menyebabkan bila berbual dengan orang2 mereka tersenyum.aku dah try cuba tarik nafas sedalam2nyer dan alhamdulilah...terus terhenti.aku harap tak akan datang lagi terima kasih tips anda god bless u..........
Post a Comment