Di depan sekolah lamaku

>> Saturday, August 8, 2009

Pada tahun 2004-2005..aku bersekolah di Sekolah menengah imtiaz Dungun..Terengganu..Dekat je dengan Uitm dungun..banyak kenangan aku kat sini...Kawasannya tepi pantai memang cantik..tapi bila musim tengkujuh, air laut naik atas jalanraya...

Betul2 depan sekolah aku ni ada binaan bersejarah dari zaman jepon yang nak angkut bijih timah dari bukit besi...memang bersepah-sepah batu bijih depan sekolah aku ni...diangkut dari bukit besi sampai la ke pantai betul-betul depan imtiaz Dungun ni...

Rambut kembang...angin kuat



Dulu ade rel kereta api pengangkut dari bukit besi sampai kat sini, pastu dicurahkan semua bijih besi tu kat sini dan diangkut ke kapal..terus ke jepon..

Dulu banyak tiang jambatan ni sekarang tinggal satu ni je...dari jambatan ni la diorang angkut ke kapal...pantai kat sini dalam..sebab tu kapal besar boleh masuk...aku pon tak berani mandi kat sini..





Sejarah Bukit Besi


Bukit Besi terletak di daerah Dungun, Terengganu Darul Iman, Malaysia. Jarak daripada bandar Dungun ialah 33 km dan dari Kuala Terengganu 77 km. Suatu masa dahulu ia terkenal dengan perlombongan bijih besi yang terbesar di Asia Tenggara. Sejarah kegemilangannya bermula di permulaan suku abad ke 20


Kegiatan perlombongan bijih besi di Bukit Besi bermula apabila seorang ahli kajibumi dari Jepun, Mr. Kuhara datang ke Cemuak, Ulu Dungun pada tahun 1916 dan mendapati terdapat kandungan bijih besi dengan jumlah yang besar di kawasan tersebut.


Di zaman permulaan, bijih besi diangkut dengan kereta tolak daripada Bukit Besi ke Kg. Dendang. Kemudian ia dibawa ke Dungun menggunakan bot. Syarikat Kuhara Mining Ltd telah menjalankan kegiatan melombong bijih secara tidak rasmi semenjak 1927.

P/s Googlekan untuk maklumat lanjut mengenai Bukit Besi

2 comments:

cikpuanNaiz September 27, 2009 at 9:44 AM  

dlu, kt depan pantai ni mrsm yt-dungun..hm,..skg, hakisan da mkin kuat berlaku kt pntai teluk lipat ni.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP