Panik Ketika Kemalangan

>> Sunday, August 2, 2009

Hari tu, aku pegi ke bandar ngan ayah ngan mak aku...aku la drive..tiba-tiba berasap pulak kancil...masa tu kat traffic Light..aku pon tekan signal emergency..dan tolak kereta kat tepi jalan...
Tengah sibuk ngan kereta berasap tu...Tiba2...POm!!! ade 2 motor eksiden..aku tengok je orang tu melambung...tinggi jugak..

Aku ngan ayah aku bergegas kat orang tu...tak gerak2 org tu..aku tengok dah tua...ingatkan mat rempit...kalau mat rempit bimbang jugat nak tolong...ade HIV ke..siflis ke..takut jugak...aku tak tau nak buat ape...sedang aku ngan ayah aku ade kat situ..ramai la yang sound..woi!! angkat la..
aku rase nak lempang je yang sound tu..sambil berkata dalam hati...angkatla sendiri..

Aku cabut helmet org tua tu dan tanya dia sakit kat mana..dia kata sakit kat bahu..dia pon bukak baju dia..Mak aih!!!...TERKELUAR..tulang...

Orang pon ramai kerumun..aku ngan ayah aku pon Blah...bukan tak nak tolong..
dah ramai yang tolong..aku pon x smayang lagi...

Aku rasa org malaysia ni bukan tak nak tolong, tapi ;
1. Tak tau nak buat ape
2. Takut darah
3. Malu
4. Panik
5. Tiada kemahiran bantu mula
6. Kedekut kredit nak telefon ambulan (padahal free kan)



PERTOLONGAN CEMAS / BANTU MULA

Definisi:

Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.

Teknik-Teknik RAWATAN Pertolongan Cemas



Luka/Pendarahan

1. Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti [darah membeku]
2. Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas kawasan yang luka
3. Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan otak. Praktikkan teknik RICE .
4. Tenangkan mangsa.
5. Hantar mangsa dengan segera ke hospital.




Terseliuh [dislocation]
Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta lutut.

Rawatan: RICE

  1. Rehatkan kawasan yang cedera [Rest]
  2. Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera [Ice]
  3. Balut tempat yang cedera [Compression]
  4. Tinggikan tempat cedera dari paras jantung [Elevation]
  5. Hantar ke hospital


Ketegangan Otot
Kecederaan apada otot akibat terregang berlebihan, akibat terlebih guna atau mengangkat benda yang berat. Tanda dan alamat - sakit yang tajam di tempat cedera dan diikuti dengan bengkak.

Rawatan: RICE

Terkehel
Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya. Biasanya di bahu, siku, jari dan rahang. Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang. Tanda-tanda: Sakit tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, cacat bentuk anggota tersebut.

Rawatan:
1. Berikan rawatan renjatan.
2. Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal.
3. Jangan lakukan banyak pergerakan.
4. Balut dengan padding atau anduh di tempat yang cedera.
5. Hantar segera ke hospital.


P/s PBSM masa sekolah rendah

4 comments:

Anonymous,  August 4, 2009 at 10:18 PM  

salam..nh pengalaman sdiri ker..cm ngeri jek..huhu

syazwan safwan August 6, 2009 at 10:53 PM  

wsalam...yep pengalaman sendiri...
kalau eksiden melibatkan kematian...lagi x tau nak buat ape..seram..

wanahaf August 6, 2009 at 11:06 PM  

info yg bagus utk dpraktikkan. bleh dijdkan panduan jika turut mengalami keadaan yg sama seperti penulis.

syazwan safwan August 6, 2009 at 11:34 PM  

Betul wanahaf...
semua akan jadi panik dan x tau nak buat ape mase eksiden ni...
jadi penting sangat tau skit2 bantu mula ni...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP