Mengapa Kita merasa Geli Ketika Digeletek, terutamanya di Bahagian Ketiak dan Tapak Kaki
>> Thursday, February 25, 2010
Setiap orang mungkin memiliki bahagian sensitif yang berbeza. Seseorang mungkin memiliki daerah sensitif dimana orang lain tidak merasakan apapun. Tapak kaki dan ketiak merupakan dua bahagian dalam tubuh yang paling sensitif bagi kebanyakan orang. Hal ini kerana pada tapak kaki memiliki konsentrasi Meissner's corpuscles yang lebih tinggi. Hujung saraf ini akan membuat tapak kaki memiliki kadar geli yang lebih tinggi daripada bahagian tubuh lainnya. Health, Khamis (13/8/2009).
Pada bahagian ketiak mengandungi pembuluh darah dan arteri. Tambahan pula, sangkar rusuk tidak lagi memberikan perlindungan kepada rongga dada di sekitar ketiak. Hal yang sama juga berlaku pada bahagian tubuh yang geli lainnya seperti leher. Karena tidak ada perlindungan dari tulang, maka secara automatik seseorang akan bereaksi ketika daerah tersebut disentuh oleh orang lain. Saraf reseptor yang dekat dengan permukaan kulit akan membuat sensitivitinya semakin tinggi.
Peneliti juga menunjukkan bahwa cerebellum (otak kecil), yang merespons sentuhan akan menunjukkan aktiviti yang lebih ketika diberi sentuhan yang mendadak. Jika otak sudah bisa mengenali sentuhan yang akan datang, hal ini akan membuat saraf respons tidak terlalu sensitif. Makanya, seseorang itu tidak akan merasa geli jika menggeletek dirinya sendiri.
Seseorang yang tertawa ketika digeletek juga dipengaruhi oleh faktor sosial, kerana orang akan tertawa jika yang melakukan sentuhan tersebut adalah seseorang yang dekat atau sudah mengenali satu sama lain seperti orang tua, sahabat, atau teman. Namun, jika yang melakukannya adalah orang lain, responsnya bukan tertawa menjadi marah.
Sumber,
Lagi Maklumat,
http://www.empowher.com/
http://haxims.blogspot.com/
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives
5 comments:
xthu knp, aku xgeli, doktor pon xthu.
http://fitridzulkifli.blogspot.com
betul2 kat kaki memang geli sangat.
silap geletek kwn..leh melatah x henti kut kwn tuh....kesian2...
kalau org tak kenal dtg geletek kita..bukan rasa geli rasa nak penyepak..hehe
xgeli pon..tp leher geli..huhu
Post a Comment