Pulau Terbesar dan Pulau Terkecil
>> Sunday, February 28, 2010
Bandar Qaqortoq di selatan Greenland
Pulau terbesar di dunia adalah Greenland. Ada anggapan yang menyatakan bahawa Australia adalah sebuah pulau, namun begitu pada hakikatnya Australia adalah sebuah benua. Begitu juga dengan Antartik, ia juga adalah sebuah benua - lebih besar daripada Eropah dan Australia.
Greenland terletak di Lautan Atlantik, bahagian utara timur laut Kanada. Luas wilayahnya adalah 2.166.086 km² dan merupakan pulau terbesar di dunia. Pulau ini termasuk wilayah Kerajaan Denmark. Sejak tahun 1979, Greenland diberi autonomi penuh sejak tahun 1985, dan tidak lagi menjadi anggota EU (Europe Union). Akan tetapi, Ratu Denmark masih merupakan pemerintah Greenland . Ibukota Greenland adalah Nuuk.
Pulau Terkecil Di Dunia
Pulau paling kecil di dunia - menurut Guinness Book Records - adakah Bishop Rock. Ia terletak di United Kingdom. Ia adalah salah satu daripada 1040 buah pulau sekitar Britain dan hanya mempunyai sebuah rumah api. Pada 1861, kerajaan Britain itu menolak parameter bahawa Bishop Rock adalah sebuah pulau. Akhirnya, telah diputuskan bahawa jika ia telah didiami, maka ia telah ia dianggap pulau, berapa kecilnya saiz pulau tersebut adalah tidak penting.
Sumber,
Maklumat Lanjut,
http://en.wikipedia.org/wiki/Greenland
Sumber,
Maklumat Lanjut,
http://en.wikipedia.org/wiki/Greenland
1 comments:
ya ALLAH ada ya ....pulau sekecil itu
Post a Comment