Manisnya Berkongsi

>> Wednesday, March 9, 2011



Perkongsian itu sebenarnya menarik,
murid kecil yang membawa bekal makanan berkongsi kepada rakannya sewaktu rehat,
sepasang sahabat baik menceritakan masalah kepada rakan baiknya itu,
burung-burung yang memberi makan anaknya di sarang,
suami isteri yang berkongsi hidup berpuluh-puluh tahun,

itu hanyalah sedikit cerita kongsi..banyak lagi dalam kehidupan kita yang memerlukan kita berkongsi sesama manusia. Hanya manusia angkuh mampu hidup bersendirian tanpa berkongsi apa-apa. Mungkin kita mendapat sesuatu yang positif dan juga negatif dari perkongsian kita itu.

Dengan terledaknya Blog, adalah revolusi perkongsian

Zaman ini perkongsian lebih menarik kerana wujudnya pelbagai medium untuk berkongsi. Sesiapa juga boleh berkongsi, pelajar, guru, pensyarah, petani, doktor, surirumah, fotografer, malah seorang peminat burung juga boleh berkongsi di ruang maya ini.

Apabila kita rajin menjelajah dunia blog ini dapat kita lihat pelbagai ragam manusia dan pelbagai genre blog yang mengikut minat masing-masing. Ada gaya dan mampu mengungkapkan segalanya. Kadang-kadang sesuatu yang tidak kita dapat jangkakan juga sangat banyak di laman-laman ini. Saya secara peribadi sangat mengagumi penulis-penulis dari negara serumpun kita iaitu Indonesia. Walaupun tergambar negara itu miskin, tetapi hakikatnya sangat kaya dengan ilmu penulisan.

Pernah saya menerima bungkusan dari seorang pensyarah Universiti Sriwijaya, Indonesia. Isinya adalah sebuah buku cerita rakyat Palembang Indonesia dan sehelai t-shirt bergambar Jambatan Ampera, Palembang, Indonesia. Ternyata perkongsian saya di alam maya ini mampu merentasi Selat Melaka dan memupuk persahabatan. Mungkin cerita saya mengenai sejarah Palembang terbaca oleh beliau.



Saya membelek-belek buku yang dikirimkan itu. Tajuknya cerita rakyat sumatera selatan, Bangka Belitung. Banyak sekali cerita-cerita rakyat yang tidak pernah terfikirkan oleh kita di dalam buku itu. Patutlah banyak sekali sinetron-sinetron yang mengisahkan cerita rakyat indonesia saban hari tersiar di kaca televisyen kita. Mungkin itu hanya sebilangan kecil dari ribuan cerita rakyat mereka.

Dalam galak-galak kita berkongsi, janganlah sampai tercatat dosa di bahu kiri kita, biarlah tercatat kebaikan. Kerana banyak sekali kini, cerita fitnah, cerita dosa, cerita sampah juga turut terkongsikan. Biarlah terdetik di hati kita, perkongsian kita itu akan membawa impak positif bukan negatif.




Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP