Fenomena Nombor dalam Hidup Anda

>> Thursday, May 5, 2011


Pernahkah anda terperasan sesuatu, sebaik sahaja melihat jam digital anda atau melihat resit pembelian ataupun melihat nombor plat kenderaan nombor itu sering sahaja muncul. Bukan sekali malah berkali-kali dalam hidup anda. Bagi saya, nombor yang sering terlihat adalah 11:03, terutamanya ketika melihat jam digital saya. Pada masa-masa lain pula nombor yang sering terlihat adalah 11. Ingatkan fenomena ni berlaku pada saya seorang sahaja rupa-rupanya bila bertanya rakan mereka pun menyatakan hal yang sama, tetapi nombor-nombornya adalah berlainan antara individu. Ada yang mengatakan 126, 300, 222 dan macam-macam nombor lagi. Tetapi yang paling kerap terlihat adalah 11.




Apabila tersedar tentang hal ini, saya terus meng'google'. Rupa-rupanya bukan saya dan rakan sahaja mengalami perkara ini malah ramai lagi di dunia ini yang turut sama berkongsikan hal ini. Malah terdapat forum (11 Phenomenon.com) di internet yang membincangkan hal fenomena nombor ini semata-mata. Terdapat beberapa alasan mengapa kita sering terlihat nombor-nombor yang sama, iaitu kita telah men'set'kan nombor itu di minda kita. Apabila terlihat nombor lain, kita tidak mengendahkannya, tetapi apabila melihat nombor yang telah di'mindset'kan itu, mulalah kita terlalu memikirkan nombor itu yang sebenarnya tidak memberikan apa-apa makna pun. Bagi masyarakat melayu yang beragama islam,perkara tentang nombor ini janganlah di jadikan ikutan kita kerana bimbang akan membawa kepada syirik.







Angka 11 dalam hidup Perdana Menteri kita,
Temuramah di Hot FM.




"CHRONOHABITUATION"

Read more...

Harga Yang Mahal untuk Sebatang Gigi

>> Wednesday, May 4, 2011


Rasa-rasanya sakit yang paling sakit dalam dunia ni adalalah sakit gigi. Masa sakit gigi ni, seseorang tu akan bersikap lain daripada biasa. Sebabnya, sakit gigi ni sangat mengganggu masa tidur kita. Rasa yang paling sakitnya ialah di waktu malam. Kadang-kadang sampai seminggu tak boleh nak tidur. Berdenyut-denyut sampai ke otak. Masa ni memang kita tak fikir lain dah, melainkan nak cabut je gigi tu. Usahkan budak kecil, malah pahlawan yang bertubuh sasa boleh menangis kerana sebatang gigi yang berlubang ini. Benarlah kata pepatah, mencegah lebih baik dari merawat. Memang banyak kali didengar di televisyen mahupun radio cara-cara mencegah kerosakan gigi. Tapi ikut resmi kita, memang semua nasihat-nasihat itu tak boleh pakai. Akibatnya berlubanglah sebatang dua gigi kita yang kita bela dari sejak kecil ni. Masa sakit gigi ni macam-macam petua timbul, letak bunga cengkih la, jumpa bomoh gigi la, macam-macam. Baru menyesal makan gula-gula tak gosok gigi.




Nak dicabut sayang, nak ditampal dah tak boleh, kerananya bakteria tu dah masuk ke dalam saraf paling dalam kata doktor. Ada satu pilihan lagi 'rawatan akar gigi'. Berdasarkan pengalaman sebelum ni yang dah banyak kali kecewa di hospital kerajaan, rawatan akar gigi diteruskan saja di klinik gigi swasta ni. Kosnya sahaja menyamai empat biji rim sport kancil. Namun, terpaksa diteruskan untuk mengelakkan 'sikap lain daripada biasa'. Rawatan ni menyebabkan kita terpaksa tiga kali berdating dengan doktor, dan sekali dating ongkosnya RM150. Kali pertama dating tu, mungkin rasa sakit sikit sebab, doktor letak ubat bius kot, nak korek bakteria sampai ke dalam. Kali kedua, dah tak sakit dah. Kita pun boleh bersikap seperti biasa semula.





























Jadi nasihat paling mudah, ambil berat la pasal gigi anda.
Semua iklan nasihat yang menyuruh kita gosok gigi tu adalah benar belaka..

Read more...

Potong kuku pun Matematik ke?

>> Monday, May 2, 2011


Petang itu, ada seorang rakan sanggup datang dari jauh untuk mengambil bukunya. Elok juga, kerana tertinggal barang sampai juga dia ke rumah. Kalau tidak tertinggal, alamatnya memang takkan datang ke rumah. Sampainya dia di rumah, bersalamanlah dia dengan abah saya, seorang guru yang telah lama berkhidmat dalam bidangnya. Lebih dari 30 tahun rasanya. Manakala saya dan rakan saya yang tertingal buku itu baru sahaja tamat dari praktikal mengajar di sebuah sekolah di Besut selama 3 bulan. Banyak bezanya 30 tahun dan 3 bulan tu.

Menjadi kesukaan abah untuk berbual-bual dengan tetamu-tetamu yang bertandang terutamanya rakan-rakan saya yang akan bergelar guru kelak. Kata abah, cara pengajaran sesetengah guru langsung tidak menjurus ke arah Islam. Sebab tu la banyak benar kes-kes pukul guru terpampang di dada akhbar. Sehinggakan guru besar juga dipukul. Sebenarnya dalam pendidikan semua perkara boleh digabungjalinkan dengan Islam dan diajarkan kepada kanak-kanak. Sebagai contoh katanya, ilmuan matematik agung Islam, al khawarizmi menerapkan nilai Islam dalam matematik. Dari takbir hingga salam semuanya adalah matematik. Semasa takbir dua tangan diangkat ke telinga, satu tangan ada lima jari. Lima tambah lima sepuluh.



Sehinggakan cara potong kuku pun ada cara dan tertib tersendiri. Bermula dari jari telunjuk tangan kanan hingga ibu jari tangan kanan. Memotong kuku jari kaki juga ada tertibnya. Inilah indahnya Islam, dari sekecil-kecil perkara hingga kepada sebesar-besar perkara, semuanya sangat terperinci. Ada perkara-perkara yang kadang-kadang kita langsung tidak terfikir ia saling berkaitan. Memotong kuku pun berkait dengan matematik juga. Setiap jari yang mana harus dipotong dahulu mempunyai susunan nombor masing-masing. Sangat Matematik!! saya langsung tidak terfikirkan mengenai sunnah nabi ini dengan matematik sebelum ini.




Read more...

Manisnya Berkongsi

>> Wednesday, March 9, 2011



Perkongsian itu sebenarnya menarik,
murid kecil yang membawa bekal makanan berkongsi kepada rakannya sewaktu rehat,
sepasang sahabat baik menceritakan masalah kepada rakan baiknya itu,
burung-burung yang memberi makan anaknya di sarang,
suami isteri yang berkongsi hidup berpuluh-puluh tahun,

itu hanyalah sedikit cerita kongsi..banyak lagi dalam kehidupan kita yang memerlukan kita berkongsi sesama manusia. Hanya manusia angkuh mampu hidup bersendirian tanpa berkongsi apa-apa. Mungkin kita mendapat sesuatu yang positif dan juga negatif dari perkongsian kita itu.

Dengan terledaknya Blog, adalah revolusi perkongsian

Zaman ini perkongsian lebih menarik kerana wujudnya pelbagai medium untuk berkongsi. Sesiapa juga boleh berkongsi, pelajar, guru, pensyarah, petani, doktor, surirumah, fotografer, malah seorang peminat burung juga boleh berkongsi di ruang maya ini.

Apabila kita rajin menjelajah dunia blog ini dapat kita lihat pelbagai ragam manusia dan pelbagai genre blog yang mengikut minat masing-masing. Ada gaya dan mampu mengungkapkan segalanya. Kadang-kadang sesuatu yang tidak kita dapat jangkakan juga sangat banyak di laman-laman ini. Saya secara peribadi sangat mengagumi penulis-penulis dari negara serumpun kita iaitu Indonesia. Walaupun tergambar negara itu miskin, tetapi hakikatnya sangat kaya dengan ilmu penulisan.

Pernah saya menerima bungkusan dari seorang pensyarah Universiti Sriwijaya, Indonesia. Isinya adalah sebuah buku cerita rakyat Palembang Indonesia dan sehelai t-shirt bergambar Jambatan Ampera, Palembang, Indonesia. Ternyata perkongsian saya di alam maya ini mampu merentasi Selat Melaka dan memupuk persahabatan. Mungkin cerita saya mengenai sejarah Palembang terbaca oleh beliau.



Saya membelek-belek buku yang dikirimkan itu. Tajuknya cerita rakyat sumatera selatan, Bangka Belitung. Banyak sekali cerita-cerita rakyat yang tidak pernah terfikirkan oleh kita di dalam buku itu. Patutlah banyak sekali sinetron-sinetron yang mengisahkan cerita rakyat indonesia saban hari tersiar di kaca televisyen kita. Mungkin itu hanya sebilangan kecil dari ribuan cerita rakyat mereka.

Dalam galak-galak kita berkongsi, janganlah sampai tercatat dosa di bahu kiri kita, biarlah tercatat kebaikan. Kerana banyak sekali kini, cerita fitnah, cerita dosa, cerita sampah juga turut terkongsikan. Biarlah terdetik di hati kita, perkongsian kita itu akan membawa impak positif bukan negatif.




Read more...

Minat

>> Sunday, February 20, 2011


Minat kita adalah sentiasa berubah-ubah. Akan ada jangka hayatnya untuk sesuatu minat itu kerana pasti timbul dalam diri kita untuk mencuba sesuatu yang baru. Apabila anda minat sesuatu itu, tiada apa yang dapat menghalang anda. Mungkin anda terfikir mengapa orang yang minat memancing sanggup menunggu berjam-jam untuk mendapat ikan dan menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan ikan. Mengapa tidak beli sahaja di pasar. Tidaklah membazir masa yang amat berharga itu. Begitu juga dengan orang yang meminati burung. Apa yang menarik sangat dengan suara burung itu sehingga dipertandingkan malah burung-burung yang bersuara merdu itu dijual dengan harga beribu-ribu ringgit. Benarlah kata orang, hanya orang yang ahli dalam bidang akan tahu nikmat dalam bidangnya. Dalam pada kita memenuhi minat kita janganlah terlalu melampaui batas sehingga lupa diri .




Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)

Jadi cubalah barukan minat anda, pasti akan ada orang yang akan sama minat dengan anda dan dari minat yang sama inilah anda boleh memulakan persahabatan. Timbulkanlah minat juga dalam belajar, bekerja dan dalam apapun. Yang penting, ia dilakukan dengan bersemangat dan membawa kegembiraan kepada kita.















Read more...

Diet Rasulullah

>> Wednesday, February 16, 2011

Rasulullah contoh teladan terbaik

Setiap perlakuan Nabi Muhammad merupakan contoh terbaik bagi seluruh umat manusia. Setiap aktivivi dan pola hidup baginda perlu diikuti oleh kita sebagai umatnya. Bermula dari bangun pagi hingga ke tidur semula telah disiapkan contoh amalan terbaik dari Rasulullah s.a.w.


Hal pertama yang menjadi menu kehidupan Raulullah ialah menikmati udara segar di subuh hari yang sangat kaya dengan oksigen segar yang belum dicemari. Bangun di awal pagi membawa pengaruh besar dalam kehidupan seseorang, tidak hairanlah jika kita bangun lewat, kita berasa amat malas untuk melakukan aktiviti seharian.

2. Seterusnya Rasulullah menggunakan siwak atau kayu sugi untuk menjaga kesihatan mulut dan giginya.

3. Setelah Subuh, Rasulullah memulakan sarapannya dengan segelas air yang dicampur dengan sesudu madu asli.
Madu sangat berkhasiat untuk tubuh badan. Dalam Al qur`an, perkataan “syifa” atau membawa maksud kesembuhan dan juga membawa maksud yang sangat umum dan menyeluruh. Di tinjau dari ilmu kesihatan, madu befungsi membersihkan perut, mengaktifkan usus-usus, menyembuhkan sembelit, buasir dan radang.

4. Masuk waktu dhuha, Rasulullah selalu makan tujuh butir kurma ajwa`/matang.
Sabda beliau, barang siapa yang makan tujuh butir kurma, maka akan terlindung dari bisa racun. Dan ini terbukti ketika seorang wanita yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah dalam sebuah cubaan bunuh di perang khaibar, racun yang tertelan oleh baginda telah dineutralkan oleh zat-zat yang terkandung dalam kurma. Bisyir ibnu al Barra`, salah seorang sahabat yang termakan racun tersebut, akhirnya meninggal. Kebelakangan ini terbukti bahawa kurma memiliki zat-zat yang dapat mematikan sel-sel kanser.


5. Menjelang petang, menu Rasulullah selanjutnya adalah cuka dan minyak zaitun. Tentu saja bukan hanya cuka dan minyak zaitun, tetapi dimakan dengan makanan ruji, seperti roti dan nasi sebagai contoh. Manfaatnya sangat banyak, diantaranya ialah menguatkan tulang, melancarkan sembelit, menghancurkan kolesterol dan melancarkan pencernaan. Ia juga berfungsi untuk menncegah kanser dan menjaga suhu tubuh di musim sejuk.


6. Di malam hari, menu utama Rasulullah adalah sayur-sayuran.
Beberapa riwayat mengatakan, baginda selalu memakan "sana al makki" dan "sanut". Anda kenal nama tersebut? Di mesir, kata Dr. Mustafa, keduanya adalah seperti dengan bijirin hitam.

Disamping menu wajib di atas, ada beberapa jenis makanan yang disukai Rasulullah tetapi beliau tidak sering memakannya. Diantaranya ialah roti dan daging dengan kuah air masak,labu manis, dan juga anggur.
Yang paling penting adalah menghindari "isrof", atau berlebihan. Kata Rasulullah, “cukuplah bagi manusia itu beberapa suap makanan, kalaupun harus makan, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk air minumnya dan sepertiga lagi untuk nafasnya” (al hadis).Ketika seseorang terlalu banyak makanan, maka perutnya akan penuh dan pernafasannya menjadi tidak lancar, sehingga zat-zat yang terkandung dalam makanan tersebut menjadi tidak berfungsi dengan baik.


Kemudian Rasulullah juga melarang untuk makan lagi sesudah kenyang. Suatu hari, di masa setelah wafatnya rasulullah, para sahabat mengunjungi Aisyah ra. Ketika itu Islam sudah memerintah. Sambil menunggu Aisyah ra, para sahabat, yang sudah menjadi orang-orang kaya, bercerita tentang menu makanan mereka yang mewah dan bermacam-macam. Aisyah ra, yang mendengar hal itu tiba-tiba menangis. “apa yang membuatmu menangis, wahai bonda?” tanya para sahabat.

Aisyah ra lalu menjawab, “dahulu Rasulullah tidak pernah mengenyangkan perutnya dengan dua jenis makanan. Ketika sudah kenyang dengan roti, beliau tidak akan makan kurma, dan ketika sudah kenyang dengan kurma, beliau tidak akan makan roti”. Dan penelitian membuktikan bahwa berkumpulnya berjenis-jenis makanan dalam perut telah melahirkan bermacam-macam penyakit.

Yang selanjutnya , rasulullah tidak makan dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan yang dingin secara bersamaan. Beliau juga tidak makan ikan dan daging dalam satu waktu dan juga tidak langsung tidur setelah makan malam, karena tidak baik bagi jantung. Baginda juga meminimumkan untk makan daging, sebab terlalu banyak daging akan membawa akibat buruk pada sendi-sendi dan ginjal. Pesan Umar ra ” Jangan kau jadikan perutmu sebagai kubur bagi haiwan-haiwan ternak!”.



(diubahsuai dari Ceramah Umum “ghidza`unnabi” oleh Prof. Dr. Musthofa Romadlon di Wisma Nusantara, Mesir) tulisan ini ditulis oleh Muhammad As'ad Mahmud, Lc.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP