Potong kuku pun Matematik ke?

>> Monday, May 2, 2011


Petang itu, ada seorang rakan sanggup datang dari jauh untuk mengambil bukunya. Elok juga, kerana tertinggal barang sampai juga dia ke rumah. Kalau tidak tertinggal, alamatnya memang takkan datang ke rumah. Sampainya dia di rumah, bersalamanlah dia dengan abah saya, seorang guru yang telah lama berkhidmat dalam bidangnya. Lebih dari 30 tahun rasanya. Manakala saya dan rakan saya yang tertingal buku itu baru sahaja tamat dari praktikal mengajar di sebuah sekolah di Besut selama 3 bulan. Banyak bezanya 30 tahun dan 3 bulan tu.

Menjadi kesukaan abah untuk berbual-bual dengan tetamu-tetamu yang bertandang terutamanya rakan-rakan saya yang akan bergelar guru kelak. Kata abah, cara pengajaran sesetengah guru langsung tidak menjurus ke arah Islam. Sebab tu la banyak benar kes-kes pukul guru terpampang di dada akhbar. Sehinggakan guru besar juga dipukul. Sebenarnya dalam pendidikan semua perkara boleh digabungjalinkan dengan Islam dan diajarkan kepada kanak-kanak. Sebagai contoh katanya, ilmuan matematik agung Islam, al khawarizmi menerapkan nilai Islam dalam matematik. Dari takbir hingga salam semuanya adalah matematik. Semasa takbir dua tangan diangkat ke telinga, satu tangan ada lima jari. Lima tambah lima sepuluh.



Sehinggakan cara potong kuku pun ada cara dan tertib tersendiri. Bermula dari jari telunjuk tangan kanan hingga ibu jari tangan kanan. Memotong kuku jari kaki juga ada tertibnya. Inilah indahnya Islam, dari sekecil-kecil perkara hingga kepada sebesar-besar perkara, semuanya sangat terperinci. Ada perkara-perkara yang kadang-kadang kita langsung tidak terfikir ia saling berkaitan. Memotong kuku pun berkait dengan matematik juga. Setiap jari yang mana harus dipotong dahulu mempunyai susunan nombor masing-masing. Sangat Matematik!! saya langsung tidak terfikirkan mengenai sunnah nabi ini dengan matematik sebelum ini.




3 comments:

Led May 3, 2011 at 11:51 AM  

keberkatan dalam ilmu matematik

nur September 29, 2011 at 9:15 AM  

ye..sebelum ni ustazah ada juga ajar cara potong kuku..kadang2 depends on the teacher..so,cikgu2 mesti la berkongsi ilmu dgn anak murid ye...xrugi pon sbb nnt ilmu kalian akan bertambah tanpa kalian sedari...:)..that's from my experience..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP