Adidas Batik Jawa

>> Friday, October 30, 2009


Batik boleh ditemui di beberapa kawasan di Afrika atau India dan di beberapa negara Asia Tenggara, batik Indonesia adalah unik dan sangat menarik.


Batik Indonesia dibuat di beberapa kawasan seperti di bandar-bandar Yogyakarta, Solo, Cirebon, Pekalongan dan Indramayu. Seluruh Indonesia telah memakai batik sampai sekarang dan mengekalkan seni tekstil ini.


Keindahan Batik merupakan penghargaan dan lambang untuk kesabaran, kreativiti perempuan Jawa, pulau utama di Indonesia. Paling menarik, syarikat Adidas telah menghargai seni batik jawa ini dan menzahirkannya di baju-baju keluaran syarikatnya.

P/s Bila pulak adidas nak buat baju untuk batik Malaysia..
Kita serumpun..

Read more...

Ciptaan Unik Abad 20

Motorized Surfboard, 1948
Joe Gilpin mencuba ciptaan beliau, papan luncur bermotor
Photo: Peter Stackpole./Time Life Pictures/Getty Images
Apr 01, 1948

Rocket Belt, 1961
Engineer Harold Graham membuat tabik hormat kepada President Kennedy selepas membuat demonstrasi.
Photo: John Loengard./Time Life Pictures/Getty Images
Jan 01, 1961

Illuminated Tires, 1961
Seorang wanita membetulkan stoking nya di depan tayar bernyala Goodyear's. Dibuat dari getah sintetik dan menyala terang dari mentol yang diletakkan dalam rim tayar itu.
Photo: Douglas Miller/Getty Images
Oct 16, 1961


Cigarette Pack Holder, 1955

Sapa yang nak mati cepat tu boleh la buat macam ni..

Photo: Jacobsen/Getty Images



Shower Hood, 1970
Ciptaan ni untuk wanita yang malas nak mekap sekali lagi...

Photo: Keystone/Getty Images
Feb 12, 1970

Rainy Day Cigarette Holder, 1954

President of Zeus Corp., Robert L. Stern, menghisap rokok ciptaannya sendiri. Di Malaysia takde orang buat lagi ni...sapa2 yang merokok tu, boleh la mencuba.




Sumber
http://www.life.com/image/2668080/in-gallery/25371/30-dumb-inventions

Read more...

Aksi Jackie Chan

>> Friday, October 23, 2009



Pernahkah anda menonton Jackie Chan dalam film-film? Jackie Chan memang terkenal dengan adegan-adegan aksi yang luar biasa membuat kita berasa sangat kagum. Yang lebih hebat lagi, semua adegan tersebut dilakukannya sendiri tanpa bantuan stuntman atau pengganti.

Read more...

Tokoh Kidal yang Terkenal

Menjadi orang kidal bererti menjadi golongan minoriti diantara majoriti orang bertangan kanan yang jumlahnya berkali-kali ganda lebih banyak. Tapi siapa kata golongan minor tidak boleh menyamai yang majoriti, baru-baru ini majalah TIME mengeluarkan daftar 10 orang kidal yang paling top di dunia.



1. Barrack Obama - Presiden Amerika Syarikat.


2. Bill Gates - Orang paling kaya di dunia versi Forbes.


3. Oprah Winfrey - Wanita paling kaya di dunia.


4. Babe Ruth - Pemain baseball legenda dengan 714 homerun.



5. Napoleon Bonaparte - Jeneral perang legenda dari Perancis.


6. Leonardo da Vinci - Seniman era rennaisance paling genius.


7. Marie Curie - Peneliti atom penerima hadiah nobel.




8. Aristoteles - Ahli falsafah era Yunani kuno.




9. Ned Flanders - Salah satu tokoh dalam siri animasi "The Simpsons".


10. Jimi Hendrix - Gitaris legenda dunia.

Memang kita harus mengakui bahawa orang bertangan kidal biasanyanya mempunyai kebijaksaan yang lebih tinggi dari yang bertangan kanan. Selain 10 orang dalam daftar diatas, tokoh-tokoh terkenal lainnya yang juga bertangan kidal diantaranya Michelangelo (seniman), Raphael (seniman), Albert Einstein (saintis), Frederick Nietzsche (ahli falsafah), Sir Isaac Newton (saintis), Brad Pitt (pelakon), Angelina Jolie (pelakon), dan tokoh-tokoh lainnya.

Persolannya adalah kenapa orang-orang kidal ini biasanya begitu cemerlang? Menurut kajian dan penelitian National Bureau of Economic Research, orang-orang kidal terbiasa berfikir secara lateral(luar kotak), dimana mereka selalu kreatif dalam mengeluarkan idea-idea yang biasanya belum diekspolarasi oleh orang normal. Orang kidal juga biasanya memikirkan idea-idea yang ekstrim dibandingkan orang normal. Itulah kenapa orang-orang kidal kebanyakan memiliki kebijaksanaan lebih tinggi dari orang biasa.

Sumber:Dipetik dari TIME.com

http://www.time.com/time/specials/packages/article/0,28804,1916052_1916054_1915945,00.html

Read more...

Bendera negeri yang Unik

1. Libya

Nama "Libya" berasal daripada bahasa Mesir iaitu "Lebu", yang merupakan sebutan bagi orang-orang Berber yang tinggal di sebelah barat Sungai Nil, dan dipinjam oleh bahasa Yunani sebagai "Libya". Pada zaman Yunani kuno, istilah ini mempunyai erti yang lebih luas, yang mencakupi seluruh Afrika Utara di sebelah barat Mesir, dan kadang-kadang juga ditujukan untuk seluruh benua Afrika.

Libya adalah sebuah kerajaan yang didirikan pada 24 Disember 1951. Raja Indris I bertindak sebagai pemimpin pemerintahan. Itali telah mencuba untuk merebut Libya dari Turki dan menjadikannya wilayah jajahan. Tetapi, negara yang berbatasan dengan Laut Tengah ini mendapat kemerdekaan dan kebebasan setelah Itali menyerah kalah kepada Sekutu dalam Perang Dunia Kedua.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Libya


2. Lombardy, Italy


Lombardy
ialah salah satu wilayah dari negara Italy.Ibu negerinya adalah Milan. Satu perenam daripada populasi Italy adalah di Lombardy. Pelancongan utama di wilayah ini termasuklah bandar bersejarah Milan iaitu, Mantua, Pavia, Cremona and Bergamo, and the lakes Garda, Como, Maggiore and Iseo.


http://en.wikipedia.org/wiki/Lombardy_(Italy)


3. Kirgizstan

Kirgizstan sebelum berpisah dari Uni Soviet dikenal sebagai Kirgisia adalah sebuah negara yang terletak di Asia Tengah. Berbatasan dengan Republik Rakyat Cina, Kazakhstan, Tajikistan, dan Uzbekistan. Ibu kotanya berada di Bishkek (dulunya Frunze).


http://id.wikipedia.org/wiki/Kyrgyzstan


4. Nepal


Nepal, terletak di Himalaya, adalah sebuah negara di Asia Selatan yang berbatasan dengan Republik Rakyat Cina (Daerah Otonomi Tibet) di sebelah utara dan India di barat, timur, dan selatan.

Negara Nepal dibentuk melalui Persatuan Nepal pada 21 Desember 1768. Prithvi Narayan Shah menjadi raja pertama. Nepal merdeka dari Inggris pada 21 Desember 1923. Sebelumnya, negara yang terletak di Himalaya ini berstatus protektorat setelah dikalahkan Inggris dalam perang tahun 1815. Pada tahun 1990, Nepal mengubah sistem pemerintahan menjadi monarki konstitusional. Kemudian pada tahun 2008 kerajaan Nepal resmi dibubarkan dan Nepal berubah menjadi negara republik federal yang sekuler.

Meskipun luas wilayahnya kecil, negara ini memiliki lansekap yang bervariasi, mulai dari Terai yang lembab di selatan sampai Himalaya yang tinggi di utara. Nepal memiliki delapan dari sepuluh puncak tertinggi dunia, termasuk Gunung Everest dekat perbatasan Tiongkok. Kathmandu merupakan ibu kota dan kota terbesar.

Selain itu Nepal merupakan satu-satunya negara yang memiliki bendera berbentuk lain daripada yang lain, yaitu segitiga.

http://id.wikipedia.org/wiki/Nepal



5. Isle Of Man



Pulau Man (bahasa Manx: Ellan Vannin) adalah sebuah dependensi mahkota Britania yang terletak di Laut Irlandia, hampir sama jauhnya dari Inggris, Irlandia, Skotlandia dan Wales. Wilayahnya seluas 572 km² dengan penduduk sejumlah 76.315 jiwa (2001). Pulau Man memiliki "parlemen aktif tertua di dunia" bernama Tynwald yang didirikan kira-kira pada 979.


http://id.wikipedia.org/wiki/Isle_of_Man


Read more...

Kisah Lina Medina

>> Saturday, October 17, 2009


Foto ini telah mengubah sejarah perubatan yang mana Lina Medina, seorang ibu yang paling muda yang telah melahirkan anaknya ketika berusia 5 tahun. Dilahirkan di Peru pada 1933, Lina telah dibawa ke hospital terdekat oleh ibu bapanya kerana perutnya yang membesar, yang disangkakan akibat tumor. Selepas beberapa siri rawatan dan pemeriksaan, doktor telah mengesahkan bahawa dia telah mengandung 7 bulan. Sebulan kemudian, Lina telah melahirkan anaknya dan memberikan nama anak lelaki itu sebagai Gerardo.



Lina medina merupakan kes pertama dikenalpasti sebagai mengandung awal/cepat matang (precocious pregnancy), dan berdasarkan kajian menunjukkan dia mengalami haid seawal 8 bulan, pertumbuhan payudara pada usia 4 tahun dan matang ketika berusia 5 tahun.


Anaknya, Garardo pada mulanya menyangkakan Lina adalah kakaknya, tetapi akhirnya dia telah mengetahui perkara yang sebenar ketika berusia 10 tahun. Pada tahun 1972, Lina Medina telah berkahwin dan melahirkan anaknya yang kedua, 33 tahun selepas Garardo dilahirkan. Gerardo meninggal dunia tujuh tahun kemudian pada umur 40 tahun akibat penyakit tulang sum-sum. Lina berusia 70-an sekarang, meneruskan hidup bersama suaminya di Chicago, Chico, di Lima, Peru.

tahun gambar diambil : 1939
Maklumat Lanjut : Wikipedia

Read more...

Facebook : Kajian Terbaru




Anda sangat rajin ber Facebook? Berhati-hatilah. Kajian terbaru mendedahkan, ada kemungkinan terjadi penurunan nilai untuk siswa dan pelajar yang sering melayari Facebook.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Ohio State University, semakin sering seseorang menggunakan Facebook, semakin sedikit waktu belajarnya dan semakin buruk pula nilai-nilai mata pelajarannya.

Laporan kajian yang mengambil sampel 219 mahasiswa Ohio State University. Namun penulis laporan mengatakan, laporannya hanya memperlihatkan kemungkinan hubungan antara penggunaan Facebook dan menurunnya nilai-nilai yang seseorang peroleh di sekolah.



Fakta-fakta pengguna Facebook, untuk mengetahui status yang dikhabarkan oleh teman-teman mereka. Termasuk mengirim posting, menambah aplikasi, dan chatting dengan sesama pengguna dan kenalan baru.

Kajian menunjukkan, dengan kegiatan ini siswa atau pelajar menghabiskan waktu kurang dari satu jam per minggu.
Peneliti Ohio State University menyebutkan, 65 peratus mahasiswa setiap hari mengakses Facebook paling minimal satu kali sehari dan menghabiskan setidaknya satu jam di laman tersebut.




Yang menariknya, 79 peratus dari pengguna Facebook merasa bahwa menggunakan laman tersebut tidak mempengaruhi kualiti pekerjaan mereka. Namun yang terpengaruh adalah nilai ujian.

Ini ibarat perbezaan antara dapat nilai A dan B,’ kata Aryn Karpinski, peneliti Ohio State yang menanyakan 219 mahasiswa untuk penelitiannya.
Jillian Pratt, seorang mahasiswa kimia di University of Alberta mengatakan, penggunaan Facebook tidak menyusahkan sama sekali baginya. Facebook hanya menjadi selingan pekerjaan.

Sumber : The Calgary Herald

Read more...

Menara Condong Pisa


Menara Condong Pisa (dalam Bahasa Itali: Torre pendente di Pisa) atau yang biasa disebut The Tower of Pisa (La Torre di Pisa) adalah sebuah menara loceng dari sebuah catedral di kota Pisa, Itali. Menara ini terletak di belakang catedral dan merupakan struktur ketiga di Campo dei Miracoli (keajaiban) Pisa. Walaupun pembangunan semula dibangunkan, menara itu mulai condong ke arah tenggara setelah pembinaan dilakukan di tahun 1173.


Tinggi dari menara tersebut adalah 55,86 km dari permukaan tanah di sisi terendah, dan 56,70 m di sisi yang tertinggi. Lebar alas bangunan itu adalah 4,09 m dan lebar puncaknya adalah 2,48 m. Berat menara ini diperkirakan 14,500 tan dan memiliki 294 anak tangga. Pembangunan Menara Pisa dibuat dalam tiga tahap, yang memakan waktu sekitar 200 tahun. Pembinaan marmar putih di lantai pertama dimulakan pada tanggal 9 Ogos 1173, pada masa kejayaan ketenteraan dan kemakmuran Itali. Lantai pertama ini dikelilingi oleh beberapa pilar dan walaupun posisinya condong, namun tetap bertahan selama berabad-abad.





Ada kontroversi mengenai identiti arkitek yang membangunkan Menara Condong Pisa. Selama bertahun-tahun, pelan tersebut diyakini dibuat oleh Guglielmo dan Bonanno Pisano, artis tempatan yang terkenal di abad ke-12. Bonanno Pisano meninggalkan Pisa di tahun 1185 dan pindah ke Monreale, Sicilia, namun kemudian kembali lagi dan meninggal di tanah kelahirannya itu. Makamnya ditemui di bawah di tahun 1820.


Menara itu pertama kali condong setelah lantai ketiga dibaikpulih di tahun 1178, dan menjadi condong akibat pergerakan tanah. Ini bererti bahawa pelan menara tersebut telah cacat sejak pada awalnya. Pembinaan dihentikan sementara selama hampir seabad lamanya, kerana warga Pisa hampir terlibat peperangan dengan Genoa, Lucca dan Florence. Selama masa ‘istirehat’ ini, struktur tanah di bawahnya telah kembali stabil. Dan di tahun 1198, dipasang jam untuk sementara pada bangunan yang masih belum siap itu.

Pada tahun 1272, pembinaan bangunan itu dilanjutkan kembali oleh Giovanni di Simone, arkitek dari Camposanto. Lantai keempat dibina untuk mengimbangi kecodongan menara ini. Pembangunan kembali dihentikan pada tahun 1284, ketika Pisa ditakluk oleh Genoa dalam Pertempuran Meloria. Pembangunan menara loceng ini tidak terhenti hingga 1372. Setelah itu, Tommaso di Andrea Pisano berjaya menyelesaikan elemen-elemen Gothic dari menara tersebut, dengan memberikan sentuhan gaya Roma. Terdapat tujuh loceng pada menara tersebut, yang masing-masing mewakili not pada nada. Lonceng yang terbesar dipasang pada tahun 1655.


http://ms.wikipedia.org/wiki/Menara_Condong_Pisa

Read more...

Minuman Bertenaga

>> Friday, October 16, 2009



Apa yang akan Anda lakukan jika berada dalam suasana yang sangat panas dan keletihan? Semestinya adalah meneguk minuman yang segar, sejuk dan mampu memulihkan tenaga. Salah satu jenis minuman yang sangat popular untuk menghilangkan dahaga ialah minuman bertenaga yang kebelakangan ini banyak di pasaran.


Komposisi minuman ini hampir sama dengan minuman ringan lainnya, hanya ditambah dengan sedikit vitamin. Secara umum, minuman ini terdiri atas 90 peratus air dan selebihnya merupakan kombinasi dan pemanis buatan, gas C02, perasa, pewarna, fosfat, kafein, dan beberapa mineral, terutama aluminium. Pengguna sangat menggemari minuman ringan adalah kerana rasanya yang manis dan kesannya yang menyegarkan.


Rasa manis selalu memiliki bahaya tersembunyi jika diambil berlebihan. Bahan-bahan aditif juga harus diperhatikan. Di dalam kandungannyanya, banyak hal yang dapat menimbulkan kesan negatif bagi kesihatan. Kesan tersebut mungkin memang tidak secara terus, tetapi akan dirasakan di masa mendatang apabila meminumnya secara kerap.

Read more...

DAFTARKAN BLOG PADA SEARCH ENGINE

>> Thursday, October 15, 2009

Banyak cara yang kita lakukan agar blog kita dikenali dan di kunjungi, antara lain adalah dengan kita blogwalking atau berkunjung ke blog milik orang lain, mendaftarkan ke berbagai agregator, dan yang paling efektif adalah melalui search engine atau mesin pencari.

Bagi blogger baru mungkin beranggapan bahawa apabila kita membuat website atau blog akan secara automatik terindeks atau berada pada list berbagai search engine, dan kenyataannya tidaklah demikian. Seperti halnya sebuah sekolah, agar nama kita terdaftar pada buku daftar pelajar, tentunya kita melakukan pendaftaran terlebih dahulu ke sekolah tersebut.

Sama halnya dengan mesin pencari, agar blog kita terindeks pada mesin pencari, maka kita harus terlebih dahulu mendaftarkan blog milik kita pada mesin pencari.


Terdapat baanyak Search engine dan pada ketika ini yang paling terkenal di dunia adalah Google, Yahoo, serta Msn. Apabila blog kita ingin terindeks pada mesin pencari mereka, maka kita hendaklah mendaftarkan URL blog kita pada mesin pencari mereka.









Daftar Google


Untuk mendaftar ke google, kunjungilah

http://www.google.com/addurl/, apabila sudah berada pada halaman pendaftaran ada beberapa langkah yang harus di lakukan, iaitu mengisi form yang di sediakan :

·

· URL –> Isi dengan URL blog anda.

· Comments –> Isi dengan keyword atau kata kunci yang berhubungan dengan blog anda.

· Isi kotak kosong dengan huruf Verifikasi yang tersedia

· Klik Add URL

· Selesai. Setelah anda melakukan pendaftaran ke Google, maka tidak serta merta blog anda terindeks pada mesin pencarinya, akan tetapi memerlukan 3 sampai 4 minggu baru blog anda terindeks. Jika sudah 3 sampai 4 minggu, maka klik alamat blog anda pada mesin pencari google, adakah sudah terindeks atau belum? jika belum, cuba tunggu beberapa minggu lagi, dan tuliskan kembali alamat blog anda, Jika ternyata masih belum juga, cuba deh daftarkan lagi blognya ke google seperti langkah di atas.













Daftar Yahoo!

Untuk mendaftar ke yahoo! kunjungi https://siteexplorer.search.yahoo.com/submit. Akan tetapi untuk mendaftar ke yahoo, anda harus terlebih dahulu mempunyai account yahoo, kerana di perlukan log in terlebih dahulu ke account yahoo, bagi yang sudah ada, login dengan username serta password anda. Apabila sudah login, nanti sudah tersedia colum untuk di isi,isi colum tersebut dengan URL anda, kemudian klik Add URL, selesai.



Jika ingin memasukan alamat feed sekalian, anda boleh memasukannya. Ingat, alamat feed di blogger hanya tinggal menambahkan atom.xml atau rss.xml di belakang uRL blog anda, contoh :
http://muhammadsyazwansafwan.blogspot.com/atom.xml Atau
http://muhammadsyazwansafwan.blogspot.com/rss.xml





· Daftar ke Msn

Untuk daftar ke Msn,m kunjungi http://search.msn.com/docs/submit.aspx?FORM=WSDD2 isi huruf verifikasi dan URL anda pada kotak yang tersedia, kemudian klik Submit URL, selesai.



di alih bahasa dari :
http://anekatipsmenarik.blogspot.com/

Read more...

Menara-menara Jam Di Malaysia

>> Saturday, October 10, 2009

1. Menara Jam Dataran Segamat.





Gambar oleh syazwan safwan. com



Dataran Segamat - Dataran Segamat telah dibina pada tahun 1996 sebagai tempat utama berlangsungnya sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Johor. Sebelum diubahsuai dan diberi nama sebagai Dataran Segamat, tempat ini dahulunya dikenali sebagai Padang Besar Segamat. Pada tahun 2005, Segamat sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri. Pengubahsuaian dilakukan, tidak hanya menara jam malah replika durian juga di letakkan bersebelahan sebagai tarikan dan mercu tanda utama bandar Segamat.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Segamat



2. Menara Jam Kota Tinggi.




Gambar menara ni aku ambik masa pegi jalan-jalan kat johor.




3. Menara Jam Masjid, Kelantan



Menara Jam Masjid Negeri Kelantan, yang lebih bercirikan Islam, dengan corak Moor pada kubah dan lengkungnya. Bentuknya yang formal serta kukuh, memberikan sifat rasmi kepada strukturnya yang tersendiri di tengah-tengah bandar Kota Bharu.




4. Menara Kuala Kangsar, Bandar Diraja Perak







5. Menara Jam Masjid Zahir, Alor Setar.





Gambar oleh syazwan safwan.com


Menara jam yang menarik ini dibina pada 1912 dan mempunyai pengaruh Moor, memperlihatkan gabungan motif seni Hindu dan Islam. Terletak di sepanjang Jalan Putera berhampiran dengan Masjid Zahir, fungsi serta takdir menara ini berkait rapat dengan masjid tersebut, apabila panggilan azan dilaksanakan selaras dengan masa yang ditunjukkan pada muka jam. Menara jam yang tinggi ini menyumbangkan nilai estetik yang tersendiri dan memberikan bandar Alor Setar suatu mercu tanda yang bersejarah dan indah.





6. Menara Condong Teluk Intan.



Menara ini telah dibina oleh arkitek cina En. Leong Choon Cheong dan berfungsi sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduk sekitar disamping berfungsi sebagai jam.

Pada masa ini menara ini tidak lagi berfungsi sebagai tangki simpanan air namun jam tersebut masih lagi berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit. Kawasan sekitar menara telah diturap dengan bata dan dijadikan sebagai plaza untuk pelbagai aktiviti di samada aktiviti rasmi atau tidak rasmi.

Jalan di tengah-tengah Bandar Teluk Intan telah dinamakan sebagai Jalan Ah Cheong sempena memperingati sumbangan En. Leong Choon Cheong yang telah membina menara tersebut.



http://www.mpti.gov/



7. Menara Jam Atkinson, Kota Kinabalu, Sabah



Disiapkan pada tahun 1905, Menara Jam Atkinson merupakan salah sebuah bangunan tertua di Kota Kinabalu. Seperti menara-menara Malaya British, ia dibina untuk memperingati individu tertentu yang mempunyai kedudukan penting dalam pentadbiran kolonial. Beliau ialah Residen pertama Sabah, Francis George Atkinson, yang malangnya meninggal dunia pada usia 28 tahun akibat malaria (anehnya ia dipanggil sebagai ‘Demam Borneo’ pada waktu itu). Ia juga pada asalnya berfungsi sebagai rumah api, memberikan maklumat kedudukan kepada kapal-kapal yang melalui pelabuhan Jesselton yang juga dikenali sebagai nama lama bagi Kota Kinabalu.



8. Menara Jam Peringatan J.W.W. Birch, Ipoh, Perak Darul Ridzuan





Menara jam yang dibina dengan hiasan yang teliti ini didirikan pada tahun 1909 sebagai memperingati J.W.W. Birch, Residen pertama pentadbiran kolonial British di Perak. Beliau telah dibunuh pada awal pembangunan nasionalisme Malaysia yang akhirnya membawa kepada kemerdekaan tanah air daripada pemerintahan kolonial. Paparan asal yang menggambarkan Sejarah Ketamadunan di muka-muka sekeliling menara tersebut, pada satu ketika dulu turut menggambarkan Nabi Muhammad, menimbulkan kontroversi dan kemudiannya diubah pada tahun 1970-an. Sungguhpun dengan perubahan itu, menara jam ini kekal sebagai kaitan yang penting kepada sejarah negara.




9. Menara Jam Sungai Petani



Menara Jam, Sungai Petani terletak di Jalan Ibrahim, Sungai Petani. Bangunan Menara Jam ini dibina dalam tahun 1910 oleh mendiang Lim Lian Teng seorang hartanah tempatan berasal dari Sungai Lalang sebagai hadiah tanda kenangan beliau kepada King George V yang memerintah England dan menjadi Emperor Empayar British pada masa itu. Tinggi bangunan ini ialah 15.2 meter. Dibina dengan menggunakan tenaga manusia sepenuhnya dan mengambil masa 26 tahun untuk disiapkan (1936).


10. Menara Jam Melaka.

Gambar oleh syazwan safwan.com

Menara jam ini terletak di Dataran Belanda berhampiran dengan Gerja Christ Melaka. Menara Jam ini adalah sebuah menara jam yang tertua di Malaysia. Ianya telah dibina oleh Tan Jiak Kim sebagai tanda ingatan kepada bapanya, Tan Beng Swee, pada tahun 1886. Menara setinggi 50 kaki ini berbentuk sebuah bangunan tiga tingkat empat persegi di mana di bahagian atas setiap seginya terdapat sebuah jam.

Menurut sejarahnya, Tan Beng Swee tersangat ingin melihat melihat menara jam didirikan di tengah-tengah bandar Melaka ( pada masa tersebut Dataran Melaka merupakan Pusat Bandar Melaka)

Selama 4 tahun masa diambil untuk menyiapkan pembinaan menara jam yang dinamakan sempena nama Tan Beng Swee. Empat buah jam telah diimport daripada England bagi disesuaikan dengan bentuk yang telah diukir pada setiap segi bangunan itu.













Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP