Menara Condong Pisa

>> Saturday, October 17, 2009


Menara Condong Pisa (dalam Bahasa Itali: Torre pendente di Pisa) atau yang biasa disebut The Tower of Pisa (La Torre di Pisa) adalah sebuah menara loceng dari sebuah catedral di kota Pisa, Itali. Menara ini terletak di belakang catedral dan merupakan struktur ketiga di Campo dei Miracoli (keajaiban) Pisa. Walaupun pembangunan semula dibangunkan, menara itu mulai condong ke arah tenggara setelah pembinaan dilakukan di tahun 1173.


Tinggi dari menara tersebut adalah 55,86 km dari permukaan tanah di sisi terendah, dan 56,70 m di sisi yang tertinggi. Lebar alas bangunan itu adalah 4,09 m dan lebar puncaknya adalah 2,48 m. Berat menara ini diperkirakan 14,500 tan dan memiliki 294 anak tangga. Pembangunan Menara Pisa dibuat dalam tiga tahap, yang memakan waktu sekitar 200 tahun. Pembinaan marmar putih di lantai pertama dimulakan pada tanggal 9 Ogos 1173, pada masa kejayaan ketenteraan dan kemakmuran Itali. Lantai pertama ini dikelilingi oleh beberapa pilar dan walaupun posisinya condong, namun tetap bertahan selama berabad-abad.





Ada kontroversi mengenai identiti arkitek yang membangunkan Menara Condong Pisa. Selama bertahun-tahun, pelan tersebut diyakini dibuat oleh Guglielmo dan Bonanno Pisano, artis tempatan yang terkenal di abad ke-12. Bonanno Pisano meninggalkan Pisa di tahun 1185 dan pindah ke Monreale, Sicilia, namun kemudian kembali lagi dan meninggal di tanah kelahirannya itu. Makamnya ditemui di bawah di tahun 1820.


Menara itu pertama kali condong setelah lantai ketiga dibaikpulih di tahun 1178, dan menjadi condong akibat pergerakan tanah. Ini bererti bahawa pelan menara tersebut telah cacat sejak pada awalnya. Pembinaan dihentikan sementara selama hampir seabad lamanya, kerana warga Pisa hampir terlibat peperangan dengan Genoa, Lucca dan Florence. Selama masa ‘istirehat’ ini, struktur tanah di bawahnya telah kembali stabil. Dan di tahun 1198, dipasang jam untuk sementara pada bangunan yang masih belum siap itu.

Pada tahun 1272, pembinaan bangunan itu dilanjutkan kembali oleh Giovanni di Simone, arkitek dari Camposanto. Lantai keempat dibina untuk mengimbangi kecodongan menara ini. Pembangunan kembali dihentikan pada tahun 1284, ketika Pisa ditakluk oleh Genoa dalam Pertempuran Meloria. Pembangunan menara loceng ini tidak terhenti hingga 1372. Setelah itu, Tommaso di Andrea Pisano berjaya menyelesaikan elemen-elemen Gothic dari menara tersebut, dengan memberikan sentuhan gaya Roma. Terdapat tujuh loceng pada menara tersebut, yang masing-masing mewakili not pada nada. Lonceng yang terbesar dipasang pada tahun 1655.


http://ms.wikipedia.org/wiki/Menara_Condong_Pisa

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP