Manusia Pintar di Dunia

>> Sunday, September 27, 2009


Siapa yang tidak kenal Einstein? Dunia ini sentiasa diwarnai dengan kehadiran insan2 yang luar biasa dan ajaib. Sebut saja betapa hebatnya para ilmuan zaman dahulu seperti James watt dan Thomas Alfa Edison, yang menemui sesuatu yang tidak pernah terfikirkan oleh kita sendiri.

Apakah mereka tergolong dari golongan yang ajaib? kita sendiri yang menilaikannya dari perspektif berbeza mengikut pandangan sendiri.




1. Kim Ung-Yong


Kim Ung-Yong ketika berusia 5 tahun memiliki IQ 210. Beliau lahir pada 1962, ketika berusia 4 tahun sudah dapat membaca huruf Jepun, Korea, Jerman dan Inggris. Pada usia 5 tahun sudah dapat menyelesaikan soalan-soalan kalkulus. Ia tercatat di Guinness Book Of Records sebagai orang dengan IQ tertinggi di dunia.






2. Gregory Smith


Lahir pada tahun 1990, Gregory Smith sudah mampu membaca pada umur 2 tahun dan belajar di universiti pada umur 10 tahun. Smith tidak hanya genius, di waktu senggangnya, dia juga melakukan banyak perjalanan mengelilingi dunia sebagai aktivis Perdamaian dan Hak Asasi Anak-anak. Smith merupakan pengasas International Youth Advocates, sebuah organisasi yang menjaga perdamaian dan memberikan bantuan untuk anak-anak di dunia. Dia pernah berdialog dengan Bill Clinton dan Mikhail Gorbachev, dan pernah memberikan pidato di depan PBB. Ketika ini, Smith sudah 4 kali dianugerahkan penghargaan Nobel Peace Prize.




3. Cleopatra Stratan


Cleopatra lahir pada 6 Oktober 2002, di Chisinau, Moldova dan merupakan anak dari penyanyi Pavel Stratan. Cleopatra adalah penyanyi termuda yang meraih kejayaan dengan albumnya yang dilancarkan tahun 2006 (ketika dia berumur 3 tahun). Dia juga memegang rekod sebagai penyanyi termuda yang tampil di depan secara langsung selama 2 jam di depan penonton yang berjumlah besar, penyanyi termuda yang mempunyai bayaran paling tinggi, penyanyi termuda yang menerima MTV Award dan penyanyi termuda yang menembusi #1 hit di negaranya.



4. Akrit Jaswal


Akrit meraih perhatian ketika pada tahun 2000, dia melakukan pembedahan pertamanya. Ketika itu dia berumur 7 tahun. Pesakitnya – seorang anak perempuan yang tidak mampu mendapat rawatan -berumur 8 tahun. Tangan anak perempuan itu terbakar, menyebabkan jari-jarinya dalam posisi menggenggam dan tidak dapat dibuka. Akrit belum pernah mendapatkan latihan atau pengalaman di bidang pembedahan sebelumnya, akan tetapi dia mampu melakukan pembedahan sehingga jari-jari anak perempuan tersebut dapat terbuka kembali dan mampu untuk menggunakan fungsi tangannya sebagaimana biasa.
Akrit memfokuskan kepandaiannya ke bidang perubatan dan pada umur 12 tahun, dia menyatakan bahawa dia sedang dalam penelitian untuk penyembuhan penyakit kanser. Ketika ini dia sedang menjalani kuliahnya dalam jurusan Sains di Chandigarh College dan merupakan mahasiswa termuda yang pernah diterima oleh Universiti di India.



5. Sayyid Mohamad Husein Tabataba'i

Berusia 7 tahun tetapi sudah menghafal dan memahami Al-Quran. Anak kecil ini dapat memahami Al-Quran walaupun bahasa ibunya bukan bahasa Arab, anak ini bernama Sayyid Mohammad Husein Tabataba’i.

Dia telah diuji untuk
Menghafal Al-Quran dan menerjemahkan dalam bahasa ibu (persia)
Menerangkan topik ayat Al-Quran
Menafsirkan dan menerangkan ayat Al-Quran dengan ayat lainya dalam Al-Quran
Bercakap-cakap dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran
Menerangkan makna Al-Quran dengan metode isyarat tangan
Setelah menjalani ujian selama 210 menit, akhirnya tim penguji memberi nilai 93. Dimana nilai ini mengukuhkanya sebagai Doktor Honoris Causa. Standard Penilaian :
60 – 70 Sertifikat diploma
70 – 80 Sarjana Kehormatan
80 – 90 Magister Kehormatan
90 keatas Doktor Kehormatan (honoris cause)
Pada tanggal 19 Februari 1998 Husein menerima ijazah Doktor Honoris Causa dalam bidang Science of The Retention of The Holy Quran.
P/s Dipetik dan diubah dari http://saannisa.wordpress.com/feed/

Read more...

Apa yang sinonim dengan hari raya

>> Saturday, September 19, 2009


Baju Raya


Baju Melayu

Pakaian tradisional kaum lelaki Melayu yakni baju Melayu sudah berusia lebih kurang 700 tahun. Ini dikira sejak Sultan Muhammad Syah (1424-1444)

Dalam teks Hikayat Hang Tuah pula diperikan memakai Cara Melayu = termasuk segala peralatan pakaian kebesaran diraja ditambah dengan tingkah laku sopan yang selaras dengan pegangan Islam.

Dalam sejarah melayu juga dikatakan bahawa baju melayu yang di pakai oleh rakyat melaka singkat dan sendat, tetapi seorang pembesar melayu telah memanjangkannya dan membesarkan pesaknya, maka terbentuklah baju melayu seperti sekarang.


Lagu raya




Kalau lagu raya ni takde memang tak meriah la hari raya..Zaman-berzaman lagu ini didengar, tapi tak pernah bosan..


Malam raya dan mercun/bunga api





Bagi penggemar mercun dan bunga api ni Hari raya takkan lengkap tanpa bahan-bahan terlarang ni...sanggup mendapatkannya walaupun mahal..

banyak kenangan main mercun ni..kat asrama sekolah mesti ade kes main mercun sebelum balik cuti Raya.. Bebudak asrama sekolah aku pernah... semua pelajar lelaki kene denda tengah-tengah malam sampai pagi..dendanya "duduk tanpa kerusi" ...nak patah pinggang aku...sampai ke pagi takde yang mengaku...

sape tah yang main mercun tu..

sampai sekarang tak mengaku..


Bersalam dan mintak maaf dengan keluarga

Sebelum ke masjid tu eloklah kita bersalaman dengan ibu bapa..adik beradik..dan saling bermaafan..

Sembahyang Raya

Sembahyang raye kene pegi awal2 kalu tak sesak la...

Yang paling dibimbangi selipar raye yang baru dibeli akan dikebas..biasanye orang akan pakai selipar lama untuk ke masjid..kalau tak memeang tak khusyuk masa sembahyang raya..

Ni la cara untuk elakkan selipar tak hilang..kalau nasib tak baik jugak dengan mangga tu hilang...


Duit Raya


Yang pastinya kanak-kanaklah insan yang paling gembira apabila menjelang raya.Mereka mendapat habuan duit raya. Sebenarnya istilah “duit raya” atau “ampau raya” dalam Islam tidak wujud, yang ada dalam Islam ialah hanya istilah “sedekah atau derma” sahaja. Mungkin masyarakat kita sudah terikut-ikut dengan amalan masyarakat cina, dan ianya sudah menjadi adab masyarakat kita.

Menjelang saja Hari Raya, mesti kena sediakan duit raya. Begitu juga dengan kanak-kanak, tiba saja Hari Raya pasti duit raya menjadi fokus utama mereka. Namun amalan memberi duit raya ini tidak salah sekiranya dengan niat yang betul iaitu sebagai sedekah atau derma.


Jalan Raya Sesak


Beringat la di jalan raya...pengalaman aku sebagai orang yang tinggal dekat dengan jalan besar memang sadis..tiap2 kali raya mesti ade eksiden..
Satu lagi ...ops sikap..kalau kene saman tak boleh dikurangkan




Berkumpul Bersama Keluarga Dan Rakan-rakan

Di hari Raye ni semua keluarga berkumpul dan makan makanan istimewa Raya macam satay, Lemang, ketupat, tapai, serunding,...dan macam2 lagi..

Ziarah Kubur

Ayah aku cakap pagi raya ziarah orang hidup..jadi keluarga aku selalu pegi ziarah kubur atuk dan nenek petang sebelum raye...

P/s Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin

syazwansafwan.com

Read more...

Hallelujah dan Ameen

>> Sunday, September 13, 2009



Pernah tak anda mendengar perkataan Hallelujah, anda mungkin pernah mendengar perkataan ini disebut di dalam lagu,... di gereja,.... disebut oleh seseorang yang beragama kristian atau yahudi...atau mungkin anda pernah mendengarnya di dalam filem-filem barat terutamanya.

Adakah anda memahami maksudnya...

Hallelujah atau Halleluyah adalah perkataan Ibrani yang bererti "puji Yah ". Perkataan ini sebahagian besarnya ditemui dalam kitab Zabur dan sebutan yang serupa terdapat dalam banyak bahasa. Perkataan ini digunakan dalam agama Yahudi sebagai sebahagian daripada doa-doa Hallel dan dalam lagu puji-pujian Kristian. Perkataan ini telah diterima masuk ke dalam bahasa Inggeris.




Perkataan "hallelujah" yang tersebut dalam kitab zabur adalah perkataan Ibrani bagi meminta jemaah untuk menyertai acara puji-pujian. Terjemahan terbaik bagi hallelujah ialah "Pujilah Yah, wahai kaum", lazimnya dikatakan dalam versi Inggeris sebagai "Praise ye the Lord" atau "Praise the Lord." Bagaimana pun, Yah ialah nama Maha Pencipta; Dia tidak pernah dirujuk sebagai Tuhan (Lord) oleh Bani Israil kuno.

Menurut Ahmad Deedat, kalimah hallelujah berasal daripada kalimah "Allahu Ya". Asalnya ia ucapan bersambung daripada "Ya Allahu Ya Allahu Ya..." Tetapi kalimah ini diucapkan di gereja-gereja.

Umat kristian juga menyebut amen untuk perkenan doa mereka...
P/ s Sesungguhnya agama yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam..

Wikipedia

Read more...

Manusia terkaya di Malaysia 2009

>> Friday, September 11, 2009

Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok - manusia terkaya di Malaysia

Majalah Fortune Malaysia baru-baru ini telah menamakan Tan Sri Robert Kuok sebagai manusia terkaya di Malaysia dengan kekayaan berjumlah RM26.6 billion. Walau bagaimanapun, jumlah kekayaan beliau telah merosot sebanyak RM31.5 billion daripada RM58.1 yang dicatatkan pada tahun lepas.

Mengekori rapat ialah pemilik Astro dan Maxis, T. Ananda Krishnan dengan kekayaan berjumlah RM20.1 billion. Patut la bil astro naik tiap2 tahun, rupa-rupanya nak jadi orng yang paling kaya no 1...

Orang melayu yang terkaya ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary dengan kekayaan berjumlah RM3.2 billion.


Manakala wanita terkaya ialah Puan Sri Lee Kim Hua, balu kepada pengasas Genting, Tan Sri Lim Goh Tong dengan kekayaan berjumlah RM3.5 billion.


Berikut ialah senarai 10 manusia terkaya di Malaysia;




Tan Sri Robert Kuok - (RM26.6 billion)
Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (RM 26.6 billion)
Kerry Group



T. Ananda Krishnan - (RM20.1 billion)
Tan Sri Tatparanandam Ananda Krishnan (RM 20.1 billion)
Maxis Communication Berhad and Astro All Asia Networks Plc


Tan Sri Teh Hong Piow - (RM8.15 billion)
Tan Sri Teh Hong Piow (RM 8.15 billion)
Public Bank Berhad



Tan Sri Lee Shin Cheng - (RM7.4 billion)
Tan Sri Lee Shin Cheng (RM 7.4 billion)
IOI Group



Tan Sri Quek Leng Chan - (RM4.5 billion)
Tan Sri Lee Shin Cheng (RM 7.4 billion)
IOI Group




Puan Sri Lee Kim Hua - (RM3.5 billion)
Puan Sri Lee Kim Hua (RM 3.5 billion)
Genting Group




Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary - (RM3.2 billion)
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (RM 3.2 billion)
Albukhary Foundation



Tan Sri Vincent Tan - (RM1.8 billion)
Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (RM 1.8 billion)
Berjaya Corporation Berhad



Tan Sri Tiong Hiew King - (RM1.6 billion)
Tan Sri Tiong Hiew King (RM 1.6 billion)
Rimbunan Hijau Group


Tan Sri Azman Hashim (RM 1.4 billion)
Amcorp Group Berhad


P/s Orng yang paling miskin takde list pon..
Manusia sekarang ni hanya menilai seseorang dari sudut kebendaan..


Read more...

Adakah Saibaba Dajal?

>> Wednesday, September 9, 2009


Salah satu tanda akhir zaman yang akhir-akhir ini cukup menarik perhatian adalah kehadiran seorang bernama Sai Baba, dia lahir dan tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, iaitu India Selatan. Telah bersabda Rasulullah S.A.W., bahawasanya Dajjal akan keluar dari bumi ini dari kawasan bahagian timur yang bernama Khurasan (Jamiu At-Tirmidzi).Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:
“Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya.”Adalah tidak mustahil bahawa Sai Baba ini adalah salah satu dari 30 dajal-dajal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya Al-Maseh Al-Dajjal. (Dajjal nantinya akan berperang dengan Imam Mahdi dan di bunuh oleh Nabi Isa A.S.)Wallahu A’lam..



Tentang Sai Baba

Sai Baba dikatakan memiliki kemampuan menghidupkan orang mati, menyembuhkan orang lumpuh dan buta, bahkan mampu menurunkan hujan dan mengeluarkan tepung dari tangannya. Ia juga mampu berjalan melintasi belahan bumi dalam sekejap, menciptakan patung emas, merubah besi menjadi emas, dan banyak lagi berbagai fitnah yang ditunjukkan oleh Sai Baba kepada ribuan orang, bahkan jutaan yang datang dari berbagai suku bangsa dan agama.

Ketika ini Sai Baba dikatakan sudah pun memiliki puluhan juta pengikut. Maka sudah saatnya bagi setiap muslim untuk mengetahui masalah ini, agar dirinya tidak turut sama menjadi korban berikut dari fitnah Sai Baba ini.Tentang “Dajjal”“Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan berambut keriting…”(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:“Diawal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian sehingga kalian mati..”(Hadith riwayat Ibnu Majah)


Persamaan antara DAJJAL dan SAI BABA:





1. Dajjal seorang laki yang berpostur pendek, gempal, berambut kerinting, berkaki bengkok (agak pengkor).
Persamaan: Sai Baba seorang yang berpostur pendek dan berambut kerinting.
2. Dajjal memiliki mata yang buta.
Persamaan: Sai Baba pernah mengalami kebutaan semasa muda kemudian sembuh kembali.
3. Dajjal datang dan bersamanya ada gunung roti dan sungai air.
Persamaan: Sai Baba memiliki kemampuan mengeluarkan vibhuti (tepung suci) dari udara melalui tangannya.
4. Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dengan cepat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan yang ditiup angin kencang.
Persamaan: Sai Baba memiliki kemampuan berjalan menjelajahi bumi dalam hitungan kerlipan mata.
5. Dajjal mempunyai pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal.
Persamaan: Sai Baba memiliki pengikut yang jumlahnya puluhan juta manusia dari berbagai macam suku, bangsa, negara dan agama.
6. Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak/baik, sehingga ramai sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya.
Persamaan: Sai Baba mengaku sebagai orang yang bijak yang membawa misi perdamaian, cinta kasih menghapuskan segala persengketaan dengan bijaksana.
7. Dajjal akan muncul dan sebagai nabi.
Persamaan: Sai Baba meletakkan dirinya sebagai nabi kepada pengikut2nya.
8. Dajjal akan menggunakan nama Al-Masih.
Persamaan: Sai Baba mengaku akan menjelma sebagai Isa Al-Masih setelah tahun 2020.
9. Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan.
Persamaan: Sai Baba mengakui bahwa dirinya adalah Tuhan penguasa alam semesta.
10. Dajjal akan mendakwahkan agama Allah.
Persamaan: Dalam banyak majlis darshanya, Sai Baba banyak berbicara tentang Islam, Al-Qur’an dan keharusan untuk memahaminya.
11. Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit.
Persamaan: Sai Baba memiliki kemampuan menghidupkan orang mati juga menyembuhkan penyakit kanser.
12. Dajjal dapat menurunkan hujan.
Persamaan: Sai Baba memiliki kemampuan menurunkan hujan dan mendatangkan air untuk irigasi (di NTT sedang di bangun projek Sai Baba untuk pengairan di daerah yang kering).
13. Dajjal berupaya mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikuti ratunya.
Persamaan: Sai Baba mampu menciptakan patung emas, kalung emas, injil mini dan berbagai bentuk medalai berlafadz ALLAH dalam tempoh yang singkat.
14. Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali.
Persamaan: Sai Baba mampu menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia.
15. Dajjal berupaya berpindah raga dan tempat dari satu bentuk ke bentuk lainnya.
Persamaan: Sai Baba bisa berpindah dari satu jasad ke jasad lainnya yang merupakan bentuk reinkarnasi (reincarnation) dirinya.
16. Dajjal berupaya membesarkan tubuhnya.
Persamaan: Sai Baba memliki kemampuan berjalan di udara dan membuat kemukjizatan pada sebuah pesawat terbang.
17. Dajjal biasa keluar masuk pasar dan makanan.
Persamaan: Sai Baba juga manusia biasa yang makan dan minum sebagaimana manusia lainnya, ia juga berupaya berjalan ke pasar, rumah sakit, projek irigasi dan tempat lain yang biasa dikunjungi manusia.
18. Dajjal bisa memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuh2an dan air.
Persamaan: Sai baba mampu mengeluarkan air dengan hentakan kakinya.
19. Dajjal tidak memliki anak.
Persamaan: Sai Baba mandul, ia tidak beranak dan tidak berkeluarga (tidak menikah).
20. Dajjal memimpin orang yahudi.
Persamaan: Sai Baba memiliki misi menyebarkan teologi zionis.
21. Dajjal muncul di zaman pertikaian.
Persamaan: Sai Baba mengakui bahwa dia datang dari masa banyak pertikaian dan persengketaan, serta kedatangannya untuk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan.


Wahai kaum muslimin, apa lagi yang kita tunggu, marilah segera kita kembali kepada Allah dan rasulnya.

Jika salah seorang diantara kalian telah menyelesaikan bacaan Tasyahhud akhirnya, hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat hal;
Hendaklah ia berkata :
“Ya Allah, aku memohon perlindungan pada Mu dari siksa Neraka Jahannam, azab kubur, fitnah (dugaan) hidup dan mati serta dari keburukan fitnah Dajjal.”

British Broadcast centre BBC Mendedahkan Penipuan Saibaba



P/s Sumber http://beritanyata.blogspot.com

Read more...

Keajaiban air mata

>> Tuesday, September 8, 2009

Adakah menangis tidak ada guna..adakah orang yang selalu menangis tidak sihat?, manja?, mengada-ngada?, banyak air mata? dan lain-lain. Sebenarnya menangis boleh menjadi ubat yang amat mujarab untuk kesihatan tubuh dan akal fikiran..





1. Membantu penglihatan

Air mata boleh membantu penglihatan seseorang. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuatkan penglihatan menjadi kabur.


2. Membunuh bakteria


Tidak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang ada dari dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.


3. Meningkatkan mood


Seseorang yang menangis dapat menurunkan tekanan kerana dengan menangis, mood seseorang akan meningkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis karena emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna untuk tubuh.





4. Mengeluarkan racun


Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis kerana emosional mengandungi racun. Tapi jangan tersalah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.


5. Mengurangkan stress


Bagaimana menangis dapat mengurangkan stres ? Air mata dapat mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.


6. Membina ukhwah


Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang berukhwah. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan kawan-kawan atau seseorang yang dapat membantu, ini akan meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.



7. Melegakan perasaan


Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun Anda dihujani dengan berbagai macam masalah, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan itu membuatkan seseorang merasa lebih baik dan lega.

























Sumber,
Beliefnet

Read more...

Kelah Raja di Sungai

>> Sunday, September 6, 2009

Di Malaysia terdapat beribu-ribu jenis ikan tidak kira di lautan dan juga di sungai-sungai. Ikan Kelah, digelar raja sungai, mendiami di sungai serta tasik, dan naik ke anak sungai yang pantas serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak. Serupa dengan jenis ikan kap yang lain, mereka merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas.

Ikan ni sangat aktif dan merupakan cabaran yang amat digemari oleh kaki pancing. Ayah aku ada bela ikan kelah ni dulu dalam akuarium..habis melompat-lompat..pastu ayah aku belikan aquarium yang besar..pump/filter akuarium pasang sampai 2 sebab nak lajukan arus air dalam akuarium tu..ikan emas dah mati kalau arus laju sangat..habitat ikan ni kat sungai yang air mengalir deras..

Jenis-jenis Ikan Kelah

golden mahseer himalaya






thailand mahseer/ kelah thailand




Red kelah / Malaysian Golden mahseer / kelah merah rebung



Kelah Bara terengganu / pahang


Besarnya ikan kelah ni..Aku penah tengok orang mancing kat tasik Kenyir..beso..dalam 5 kaki panjang dia...sebenarnya ada lagi jenis2 kelah lain macam humback mahseer, kelah indonesia (merah & hijau), Kelah biru Malaysia dan banyak lagi..

Perbezaan Ikan Kelah dan Ikan Tengas

kadang2 ramai yang terkeliru perbezaan tengas dan kelah.. dan ramai jugak org2 aquarium yg sering kali menipu menyatakan tengas adalah kelah... kelah adalah species yg semakin terancam di Malaysia...ni saya akan terangkan sedikit tentang perbezaan tengas dan kelah..kelah bersisik rapat..ada lebihan isi yang panjang di bibir ..terdapat lebihan di cuping median.jika di terbalikkan cuba perhatikan garis di bawah bibir.. terdapat 3 garis







Yang di bulatkan tu ada lebihan isi yg menampakkan 3 ketul daging atau daging berlebihan.. itulah kelah dan disebelahnya adalah tengas..








Sumber,

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=403155&page=2

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP