Hallelujah dan Ameen

>> Sunday, September 13, 2009



Pernah tak anda mendengar perkataan Hallelujah, anda mungkin pernah mendengar perkataan ini disebut di dalam lagu,... di gereja,.... disebut oleh seseorang yang beragama kristian atau yahudi...atau mungkin anda pernah mendengarnya di dalam filem-filem barat terutamanya.

Adakah anda memahami maksudnya...

Hallelujah atau Halleluyah adalah perkataan Ibrani yang bererti "puji Yah ". Perkataan ini sebahagian besarnya ditemui dalam kitab Zabur dan sebutan yang serupa terdapat dalam banyak bahasa. Perkataan ini digunakan dalam agama Yahudi sebagai sebahagian daripada doa-doa Hallel dan dalam lagu puji-pujian Kristian. Perkataan ini telah diterima masuk ke dalam bahasa Inggeris.




Perkataan "hallelujah" yang tersebut dalam kitab zabur adalah perkataan Ibrani bagi meminta jemaah untuk menyertai acara puji-pujian. Terjemahan terbaik bagi hallelujah ialah "Pujilah Yah, wahai kaum", lazimnya dikatakan dalam versi Inggeris sebagai "Praise ye the Lord" atau "Praise the Lord." Bagaimana pun, Yah ialah nama Maha Pencipta; Dia tidak pernah dirujuk sebagai Tuhan (Lord) oleh Bani Israil kuno.

Menurut Ahmad Deedat, kalimah hallelujah berasal daripada kalimah "Allahu Ya". Asalnya ia ucapan bersambung daripada "Ya Allahu Ya Allahu Ya..." Tetapi kalimah ini diucapkan di gereja-gereja.

Umat kristian juga menyebut amen untuk perkenan doa mereka...
P/ s Sesungguhnya agama yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam..

Wikipedia

5 comments:

nur adilin September 14, 2009 at 10:25 AM  

hmm...
mcm2 kn agenda yg tersembunyi d sebalik perkataan2 yg tanpa kta sedari de byk maksud tersirat. silap2 aribulan leh pesongkan akidah org Islam...
tringat kes org kristian nk guna perkataan "Allah" bg nama tuhan diorang...
ntah pape jek...

rei demon September 15, 2009 at 12:16 PM  

ntah nape aq tergerak utk singgah kijap. padahal sbenarnya aq x kisah pa org cakap pasal agama aq. cakap la pa mo dicakap. bagi aq agama ko agama ko la. agama aq agama aq. tak syiok ar main cakap2 pasala agama org. last2 sama2 masuk kubur juga. apa2 pun selamat hari raya. peace!

cybernetic88 September 15, 2009 at 8:32 PM  

mane sumber ko dpt ni?. bgus2. bru thu selalu dok dngr je. mksud x thu. huhu

syazwan safwan September 16, 2009 at 10:11 AM  

Post ini hanyalah untuk info sahaja..mungkin ramai orang Islam tidak mengetahuinya dan mungkin dah ada yang tahu..tidak terdetik sekelumit pun di hati saya untuk menghina agama lain..

aku kan suka tengok citer nicholas cage..dia suka sebut hallelujah dan ameen bile baca doa..

Ni ambik dari wikipedia je...
pastu tambah skit2..

amatxkesah September 27, 2009 at 2:34 PM  

kalu sebut dose dok??

awok2 ni kuat layan lagu mat saleh,cth:

paramore - hallelujah
bon jovi - hallelujah
fall out boy - hum hallelujah

siap wat g jeming g,.ape kes,.

nicolas cage-aku xdan tengok g,pekse hekpon,huhu~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP