Ang Rita, David Breashears, Bear Gryll.....Dan Gunung Everest

>> Friday, August 28, 2009



Bila terbaca tentang seorang Seorang sherpa dari Nepal, iaitu Ang Rita yang telah berjaya mendaki hingga ke puncak gunung tertinggi, Everest untuk kali yang kesepuluh pada 23 Mei 1996.Aku teringat tentang Bear Gryll...ingat tak? man vs wild tu..dia bukan panjat gunung tapi guna payung terjun yang berkipas tu (paramotor) ..dia naik lagi tinggi dari gunung Everest tu..Dia buat tu 2 orang...tapi kawan dia tak berjaya sebab enjin kipas rosak ..untuk safety macam2 ada...




Tapi, berkenaan sherpa tadi pula, apa yang menakjubkan ialah kesemua ekspedisi menawan puncak Gunung Everest yang dilakukan oleh Ang semenjak kejayaan pertamanya mendaki gunung tersebut pada 7 Mei 1983 tidak pernah menggunakan bekalan oksigen.




Sementara itu, David Breashears dari Massachusetts, USA pula berjaya menjadi pendaki pertama yang sampai ke puncak Gunung Everest pada ketinggian 29,028 kaki dengan membawa peralatan untuk penggambaran yang paling berat.

P/s Peminat man vs wild

Read more...

Perkampungan tertinggi di dunia


KIBBER adalah sebuah perkampungan kecil di kawasan bukit yang berpasir di Himachal Pradesh, India . Ia menjadi sebuah perkampungan tertinggi di dunia. Walaupun Kibber terletak di paras ketinggian4,205 meter, namun ia menjadi sebuah perkampungan selesa walaupun di musim sejuk kerana kawasan tersebut mempunyai kemudahan asas yang lengkap bagi kegunaan penduduk di situ.


Kibber sebuah perkampungan yang tidak boleh dianggap mundur dan daif sebaliknya akan menakjubkan dan menggamit hati setiap pengunjungnya. Walaupun ia berada di puncak gunung di sana tetap terdapat bekalan elektrik, jalan raya untuk kenderaan bermotor, sekolah dan pejabat pos serta klinik.


Read more...

Penyakit Perut

>> Thursday, August 27, 2009


Al-Ma'idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan. Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.





6 punca penyebab penyakit dari perut:-

1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: "Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit." (Riwayat Abu Hurairah)




4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak (menggosok gigi)." (Riwayat Ibnu Majah)

6. Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor.

Read more...

Memori kartun & Cerita2 Hero

>> Wednesday, August 26, 2009

Dalam kartun, terdapat unsur-unsur yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran untuk kanak-kanak. kartun boleh mempengaruhi minda kanak-kanak untuk mengikut dan dijadikan panduan dalam melakukan sesuatu perkara.

Kartun juga turut menceritakan tentang sesuatu perkara yang lucu, lawak dan jenaka yang dapat menghiburkan hati kanak-kanak. Kartun juga merupakan media yang mudah mendapat rangsangan kerana berjaya mencuit hati penonton berada di luar logik akal sendiri.

Masa zaman aku kecik2 aritu banyak sangat tengok kartun..
Sebab tu belajar dalam negara je ni..kalu tak dah belaja kat luar negara..hehe

Kartun tempatan macam Usop sontorian, Anak2 Sidek..(masih ada diulang tayang kan)
Kartun luar macam doraemon,(ada lagi kat TV7), dragon ball, Tomatoman, Sailormon, Cardcaptor sakura,
Kalau power rangers tu ade macam2 jenis..



Power Rangers





ni Jetman



Tomatoman
Tomatoman ni suka main 'koma'..sebatang kayu yang diikat satu bola kayu..bola tu kene dimasukkan dalam lubang..Ada pak sedara aku balik dari jepon beli bende ni..senang je nak main ni..pak sedara aku beli yang macam no 4 tu...






Cyber Cop

cyber cop ni aku ingat lagi..barang2 dia macam baju, pistol, motor ade kat mane2..kat taman, bawah jambatan, kat pokok pon ade..tapi memang stail





Dash Yankuro

Setiap kereta ni ada nama2 sendiri macam horizon, burning sun, Emperor..dan lain2..
Kereta yang aku ada mase kecik takde kat sini...kereta tu warna ungu..name ape ek..aku lupe dah..Paling best main kereta ni kat longkang sebab takde litar..sanggup beli enjin kecik tu sampai RM60-RM80..paling top mase tu enjin tamiya..bateri mesti guna bateri charge...baru power kereta..


Dragon Ball



Kartun yang paling amat best sekali ialah dragon ball ni la...yang lain memang tak boleh lawan..
Mesti ramai yang minat ni..


Doraemon

Anak-Anak Sidek

Ayat yang tak boleh dilupakan..wak sakawi yang cakap...'sabar Sidek'...dengan nada Jawa


Ultraman

Ultraman ni ramai adik beradik..sepupu sepapat...siap ada ayah ngan mak lagi...suka tengok ultraman ni bila dia melawat antara satu sama lain untuk lawan rasaksa..



Cardcaptor Sakura & Sailormoon



ni pon layan jugak ke..macam pompuan...tak kire la yang penting best!

Read more...

Gigi Gajah

>> Tuesday, August 25, 2009


Korang pernah terfikir tak macamana rupa gigi binatang..
macam gigi tikus ke...gigi kangaroo ke..gigi monyet ke...






Tapi aku terkejut tengok dalam berita tadi tengok gigi gajah kene jual..
Gigi gajah ni adalah gigi yang terbesar di kalangan binatang yang ada di muka bumi ni..Kalau dinosour ada lagi.. gigi dinosour la kot yang paling besar..

Read more...

Lampu Pada Zaman Mesir Purba


Para arkeologi yang mengkaji seni lukisan dinding-dinding di dalam piramid Mesir menyedari, bahawa tanpa adanya alat penerangan maka bagaimana para pekerja mahupun senimannya dapat melakukan pekerjaannya? Jika demikian, maka seharusnya ada alat yang menerangi dalam piramid yang gelap itu. Tetapi yang membingungkan mereka adalah tak pernah ditemui adanya jelaga atau bekas-bekas sisa pembakaran api sebagaimana lazimnya alat kuno (obor, lilin, lampu minyak). Apa yang mereka gunakan pada masa itu?



  1. Priest
  2. ionised fumes
  3. electric discharge (snake)
  4. Lamp socket (Lotos)
  5. Cable (Lotos stem)
  6. Air god
  7. Isolator (Djed-Pillar)
  8. Light bringer Thot with knifes
  9. Symbol for "current"
  10. Inverse polarity (Haarpolarit├Ąt +)
  11. Energy storage (electrostatic Generator?)


Dalam suatu ruang di bawah Kuil Dendera, sebuah kuil yang terletak di sebelah selatan Luxor (Mesir) dan dibina oleh firaun Mesir untuk memuja Dewi Hathor pada 4.200 tahun yang lalu, terdapat lukisan2 di dinding piramid yang menggambarkan alat seperti lampu yang berupa bola lampu panjang berukuran besar.

Bahagian kepala bola lampu disangga oleh pemegang dapat berfungsi untuk menaikkan atau menurunkan arah (sorotan) lampu. Sedangkan bahagian hujung lainnya terhubung dengan semacam paip yang melengkung ke kotak dasar alat tersebut. Walaupun seandainya gambar tersebut merupakan simbol, tetapi bagaimana masyarakat pada masa itu dapat membuat design teknik seperti itu?

P/s Persoalan ni sama macam persoalan bagaimana masyarakat mesir lalu membina piramid..

Read more...

Bandar yang Teruk

>> Monday, August 24, 2009

Bandar Chernobyl



Bandar Chernobyl terkenal dengan letupan Reaktor Nuklear pada tahun 80an yang menyebabkan radiasi tersebar ratusan kilometer malah 100 kali lebih besar dari kesan Bom Atom di Hiroshima & Nagasaki. Dengan kepadatan penduduk 135 000 orang keseluruhan kota Chernobyl telah di kuarantin sehingga kini setelah puluhan tahun masih lagi terdapat zon berbahaya seluas 19batu persegi, di mana tidak ada satu kehidupan yang berada disana



Bandar Dzerzinsk





Dzerzinsk mempunyai populasi 300 000 orang dan ianya hasil dari pencemaran Senjata Kimia Perang Dingin antara US dan USSR, Bandar ini merupakan tempat pengilangan & simpanan terbesar Senjata Kimia Tentera USSR. Toxic kimia merebak keseluruh system pengairan menyebabkan kadar kematian yang tinggi dihadapi penduduk Dzerzinsk

Bandar Linfen





Linfen China bukanlah satu-satunya Bandar yang terkotor di China, Perlombongan Arang Batu adalah aktiviti utama di Bandar ini. menyebabkan sulfur dioksida & Carbon Monoxide tersebar diudara, kabus perang adalah permandangn biasa bg Linfen. Ianya juga banyak memberi efek terhadap pencemaran Air di bandar ini.


Bandar Mailuu-Suu



Bandar Mailuu-Suu, Kyrgyzstan sering dilanda mala-petaka. Ianya merupakan salah satu tempat pemprosesan Uranium terbeasr di dunia. Pembuatan Bom Atom adalah Tujuan kepada perlombongan Uranium ini, setiap tahun hamper 1.96 juta cubic meter hasil perlombongan sisa radioaktif.

Read more...

Negara Paling Kecil & Negara Mikro

>> Saturday, August 22, 2009

Vatican City

Kota Vatican merupakan pusat Takhta Suci dan pusat pentadbiran Gereja Roman Katolik sedunia.

Vatican City, Rom, Itali

Jata Vatican City

Vatican City merupakan sebuah negara kota yang dikelilingi bandar raya Rom. Dengan keluasan tanah 44 hektar, Kota Vatican merupakan negara yang paling kecil di dunia.



Negara Sealand


Jata Sealand
Bendera Sealand
Biar betul ni negara..tapi dalam wikipedia cakap ini merupakan sebuah negara..siap dengan jata dan bendera..



Aku ingatkan negara yang paling kecil ialah Vatican City...rupanya salah..jadi Negara manakah yang paling kecil di dunia? Vatican bukan lagi sebuah negara yang terkecil di dunia. Masih ada sebuah negara yang lebih kecil dari Vatican. Negara itu adalah Sealand.

Percaya atau tidak, negeri ini tidak berada di daratan seperti negara lain. Sealand berdiri diatas sebuah menara di tengah laut seluas 550 meter persegi. Negara ini terletak 11 kilometer di lepas pantai Harwich, sebelah timur England. Negara ini hanya dapat dicapai oleh helikopter atau kapal.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP