Masjid Bukit Besar & Masjid Raja Chendering Di Terengganu

>> Thursday, August 13, 2009

Dalam perjalanan nak ke maktab..ikut jalan pasir panjang Kuala terengganu..aku terlihat sebuah masjid lama telah diruntuhkan...Pernah sembahyang kat masjid ni...kenapa nak diruntuh kan...Kat Kuala terengganu ni banyak masjid2 yang berumur lebih 100 tahun...

Masjid Bukit Besar


Masjid ini dipercayai sudah berumur lebih 80 tahun digelar Masjid Raja kerana menjadi masjid rasmi raja Terengganu pada suatu masa dahulu.





Telah diruntuhkan untuk pembinaan masjid baru..walaupun banyak bocor di sini sana dan sukar dibaikpulih...pasti ada cara untuk kekalkan warisan terengganu...




Pokok Pait (Sabu) Di Masjid Bukit Besar Keluarkan Air

Dipetik dari Kosmo! Online



Air mata pokok Sabu
KUALA TERENGGANU – Sebatang pokok Sabu atau pokok India yang dianggarkan berusia lebih 100 tahun berhampiran Masjid Raja, Bukit Besar di sini, menjadi tumpuan orang ramai sejak tiga hari lalu apabila dahan-dahannya dilihat mengalirkan air tanpa henti.
Kejadian itu semakin menarik apabila orang ramai mendakwa terdengar pokok itu mengeluarkan bunyi seperti orang menangis pada waktu malam.
Ekoran itu, pokok yang terletak dalam kawasan tanah perkuburan Islam di masjid berkenaan menjadi tumpuan penduduk siang dan malam.


Seorang penduduk, Norhayati Husin hairan kerana pokok yang tidak mengeluarkan buah itu tiba-tiba mengeluarkan air berbuih dan berbau seperti air kelapa muda.
Guru di pusat fardu ain kawasan itu, Azrul Alias pula menceritakan, ia berlaku selepas proses memajukan seluruh kawasan tersebut dimulakan sejak seminggu lalu.
“Baru minggu lalu penduduk mendapat bayaran untuk membangunkan kawasan ini termasuk masjid dan kawasan tanah perkuburan,” katanya.



Masjid Raja Chendering




Masjid Raja di kampung Chendering ini juga menerima nasib yang sama...pembinaan masjid baru diharap dapat menaikkan semangat org kampung untuk datang ke masjid...

http://almasjid.wordpress.com

5 comments:

Abu Handzalah August 14, 2009 at 3:43 PM  

misi meroboh masjid menjadi suatu kemestian bagi mereka2 yang gilakan projek demi kepentingan dan keuntungan sendiri.persoalannya adakah mereka tidak tahu atau buat2 tak tahu bahawa masjid yang sekian lama dibina itu hasil wakaf orang ramai sejak zaman berzaman.lu pikir la sendiri!!!

Mr_17 August 14, 2009 at 4:50 PM  

kekalkan bentuk asal n ubahsuai jer mcm yg dibuat dkt masjidil haram...ubahsuai siket2 jer....ni semua angkara tangan2 manusia yg bodoh...

syazwan safwan August 14, 2009 at 9:22 PM  

Nilai sejarah sangat penting...
Buat masjid baru xpe kalau ramai jemaah yang makmurkan masjid..

nur adilin August 15, 2009 at 9:56 PM  

sy stuju ngn syazwan.mgkin pembinaan masjid yg baru ni utk tmbahkan keselesaan jemaah nt.lau xslesa kang de plak yg merungut2 n dh jd xikhlas nk wt ibadat.mgkin jg faktor xdpt d baiki lg dh yg dorong pd pembinaan yg baru.lgpn masjid ni d robohkan bkn tnpa sbb..kta xblh trus judge org sbb kta sndri xtaw.kn dpt dosa free jek lau kta slh anggap niat sbnar org...

Anonymous,  September 8, 2011 at 2:01 PM  

salam...Masjid ni indah sangat2...kosnye pun pehhh...bolah tahan juga..untuk decorative grc tu pun aku rasa makan juta,,,semoga kita kusyuk dalam mengerjakan ibadat,,,,semoga nilai yg dibelanjakan berbaloi...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP