Kekeliruan aku Mengenai United Kingdom, Britain, Great Britain dan England

>> Thursday, August 6, 2009




Korang perasan x masa sukan komenwel ke, olimpik ke, piala dunia ke....
sesekali England, sesekali Britain...yang mane satu ni...sampai aku sendiri pon pening...
walaupun tajuk ni macam remeh, tapi aku pasti ramai jugak yang tak tau..

Dari Wikipedia Bahasa Melayu

United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (Kerajaan Bersatu Britain Besar dan Ireland Utara) ialah sebuah negara di Eropah Barat yang biasanya dikenali sebagai United Kingdom (singkatan: UK). United Kingdom terbentuk hasil beberapa Akta Kesatuan yang menyatukan England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Secara tepatnya, Great Britain atau Britain merujuk kepada gabungan England, Wales dan Scotland yang tidak termasuk Ireland Utara.

United Kingdom = England+Scotland+Wales+Ireland Utara
Great Britain = England+Wales+Scotland



England merupakan sebahagian daripada United Kingdom. England meliputi bahagian selatan Pulau Great Britain dan berkongsi sempadan darat di bahagian utara dengan Scotland dan bahagian barat dengan Wales. England juga dikelilingi oleh laut dan merupakan negara yang mempunyai paling ramai penduduk di UK.


England dinamakan sempena nama Angles, sebuah puak Jerman. England bersama-sama dengan Scotland, Wales dan Ireland Utara membentuk United Kingdom. Bandaraya terbesar England iaitu London ialah ibu negara United Kingdom.

P/s Tak Faham lagi cari kat Wikipedia







3 comments:

Unknown August 7, 2009 at 11:54 AM  

Salam wan,rajin mu wak research.Bagus2,lama dok dgr berita mu?

syazwan safwan August 7, 2009 at 3:04 PM  

Wasalam..boleh lah sikit2...
Irza ni sape?
Nik Nor Azrizam ke?

Golden D'Sunflower Shoppe June 30, 2011 at 1:25 PM  

sy suke prince william (tetibe) haha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP