Semangat 46

>> Monday, August 10, 2009

Mase aku kecik aritu...dalam tahun 1990..aku masih teringat..tak tau la kenapa..


ditampal poster bendera satu parti politik..yang lambangnya masih segar di ingatan ku..


mungkin kita dah kenal parti2 politik gergasi di pentas arena politik negara macam umno, pas, keadilan, dap, dll....tp parti ni mungkin kita x kenal sbb ia dah berkubur...dalam buku sejarah pon takde...dan parti politik yang lama dan glemer yang diketahui masa sekolah menengah macam AWAS-angkatan wanita sedar-, API-angkatan pemuda insaf-, parti negara dll ....Orang2 lama mungkin tau...tapi generasi baru mungkin langsung x tau...





Semangat 46



Parti Melayu Semangat 46 atau Semangat 46 (Singkatan: S46) merupakan sebuah parti politik serpihan UMNO. S46 ditubuhkan pada tahun 1988 selepas kekalahan Tengku Razaleigh Hamzah menentang Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan Presiden UMNO dengan majoriti 43 undi. Selepas itu Tengku Razaleigh mendakwa UMNO dan memenangi kes ini, menyebabkan pendaftaran UMNO dilucutkan.
Selepas ini, Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Semangat 46 bersama dengan Dato' Seri Utama Rais Yatim. Maksud "Semangat 46" ialah, meneruskan semangat penubuhan UMNO yang ada pada tahun 1946. Manakala Datuk Seri Dr Mahathir menubuhkan UMNO Baru ketika itu, untuk menggantikan UMNO yang diharamkan sebelum itu.
Tengku Razaleigh mendakwa bahawa parti Semangat 46 ini ialah parti UMNO yang sebenar dan asal, manakala UMNO Baru yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir itu merupakan satu tiruan sahaja.
Parti Melayu Semangat 46 bekerjasama dengan PAS, BERJASA, HAMIM, dan KIMMA untuk menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah demi bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1990 dan Pilihanraya Umum Malaysia 1995. Namun setakat itu mereka cuma mampu memenangi kuasa pemerintahan negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS di sana, pada tahun 1990. Pada masa yang sama, S46 juga bekerjasama dengan DAP, PBS, dan PRM untuk menubuhkan Gagasan Rakyat demi bertanding dalam Pilihanraya Umum 1990.
Selepas Semangat 46 dibubarkan pada bulan Mei 1996, Tengku Razaleigh Hamzah dan Dato' Seri Utama Rais Yatim menyertai UMNO Baru. Oleh sebab itu, Mahathir Mohamed menyeru PAS supaya mengikut jejak S46 dan menyertai UMNO demi menyatukan semula bangsa Melayu di bawah satu parti.

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Melayu_Semangat_46"

P/s Ambil tahu perkembangan politik semasa & sejarah.......

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP