Menara-menara Jam Di Malaysia

>> Saturday, October 10, 2009

1. Menara Jam Dataran Segamat.





Gambar oleh syazwan safwan. com



Dataran Segamat - Dataran Segamat telah dibina pada tahun 1996 sebagai tempat utama berlangsungnya sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Johor. Sebelum diubahsuai dan diberi nama sebagai Dataran Segamat, tempat ini dahulunya dikenali sebagai Padang Besar Segamat. Pada tahun 2005, Segamat sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri. Pengubahsuaian dilakukan, tidak hanya menara jam malah replika durian juga di letakkan bersebelahan sebagai tarikan dan mercu tanda utama bandar Segamat.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Segamat



2. Menara Jam Kota Tinggi.




Gambar menara ni aku ambik masa pegi jalan-jalan kat johor.




3. Menara Jam Masjid, Kelantan



Menara Jam Masjid Negeri Kelantan, yang lebih bercirikan Islam, dengan corak Moor pada kubah dan lengkungnya. Bentuknya yang formal serta kukuh, memberikan sifat rasmi kepada strukturnya yang tersendiri di tengah-tengah bandar Kota Bharu.




4. Menara Kuala Kangsar, Bandar Diraja Perak







5. Menara Jam Masjid Zahir, Alor Setar.





Gambar oleh syazwan safwan.com


Menara jam yang menarik ini dibina pada 1912 dan mempunyai pengaruh Moor, memperlihatkan gabungan motif seni Hindu dan Islam. Terletak di sepanjang Jalan Putera berhampiran dengan Masjid Zahir, fungsi serta takdir menara ini berkait rapat dengan masjid tersebut, apabila panggilan azan dilaksanakan selaras dengan masa yang ditunjukkan pada muka jam. Menara jam yang tinggi ini menyumbangkan nilai estetik yang tersendiri dan memberikan bandar Alor Setar suatu mercu tanda yang bersejarah dan indah.





6. Menara Condong Teluk Intan.



Menara ini telah dibina oleh arkitek cina En. Leong Choon Cheong dan berfungsi sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduk sekitar disamping berfungsi sebagai jam.

Pada masa ini menara ini tidak lagi berfungsi sebagai tangki simpanan air namun jam tersebut masih lagi berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit. Kawasan sekitar menara telah diturap dengan bata dan dijadikan sebagai plaza untuk pelbagai aktiviti di samada aktiviti rasmi atau tidak rasmi.

Jalan di tengah-tengah Bandar Teluk Intan telah dinamakan sebagai Jalan Ah Cheong sempena memperingati sumbangan En. Leong Choon Cheong yang telah membina menara tersebut.



http://www.mpti.gov/



7. Menara Jam Atkinson, Kota Kinabalu, Sabah



Disiapkan pada tahun 1905, Menara Jam Atkinson merupakan salah sebuah bangunan tertua di Kota Kinabalu. Seperti menara-menara Malaya British, ia dibina untuk memperingati individu tertentu yang mempunyai kedudukan penting dalam pentadbiran kolonial. Beliau ialah Residen pertama Sabah, Francis George Atkinson, yang malangnya meninggal dunia pada usia 28 tahun akibat malaria (anehnya ia dipanggil sebagai ‘Demam Borneo’ pada waktu itu). Ia juga pada asalnya berfungsi sebagai rumah api, memberikan maklumat kedudukan kepada kapal-kapal yang melalui pelabuhan Jesselton yang juga dikenali sebagai nama lama bagi Kota Kinabalu.



8. Menara Jam Peringatan J.W.W. Birch, Ipoh, Perak Darul Ridzuan





Menara jam yang dibina dengan hiasan yang teliti ini didirikan pada tahun 1909 sebagai memperingati J.W.W. Birch, Residen pertama pentadbiran kolonial British di Perak. Beliau telah dibunuh pada awal pembangunan nasionalisme Malaysia yang akhirnya membawa kepada kemerdekaan tanah air daripada pemerintahan kolonial. Paparan asal yang menggambarkan Sejarah Ketamadunan di muka-muka sekeliling menara tersebut, pada satu ketika dulu turut menggambarkan Nabi Muhammad, menimbulkan kontroversi dan kemudiannya diubah pada tahun 1970-an. Sungguhpun dengan perubahan itu, menara jam ini kekal sebagai kaitan yang penting kepada sejarah negara.




9. Menara Jam Sungai Petani



Menara Jam, Sungai Petani terletak di Jalan Ibrahim, Sungai Petani. Bangunan Menara Jam ini dibina dalam tahun 1910 oleh mendiang Lim Lian Teng seorang hartanah tempatan berasal dari Sungai Lalang sebagai hadiah tanda kenangan beliau kepada King George V yang memerintah England dan menjadi Emperor Empayar British pada masa itu. Tinggi bangunan ini ialah 15.2 meter. Dibina dengan menggunakan tenaga manusia sepenuhnya dan mengambil masa 26 tahun untuk disiapkan (1936).


10. Menara Jam Melaka.

Gambar oleh syazwan safwan.com

Menara jam ini terletak di Dataran Belanda berhampiran dengan Gerja Christ Melaka. Menara Jam ini adalah sebuah menara jam yang tertua di Malaysia. Ianya telah dibina oleh Tan Jiak Kim sebagai tanda ingatan kepada bapanya, Tan Beng Swee, pada tahun 1886. Menara setinggi 50 kaki ini berbentuk sebuah bangunan tiga tingkat empat persegi di mana di bahagian atas setiap seginya terdapat sebuah jam.

Menurut sejarahnya, Tan Beng Swee tersangat ingin melihat melihat menara jam didirikan di tengah-tengah bandar Melaka ( pada masa tersebut Dataran Melaka merupakan Pusat Bandar Melaka)

Selama 4 tahun masa diambil untuk menyiapkan pembinaan menara jam yang dinamakan sempena nama Tan Beng Swee. Empat buah jam telah diimport daripada England bagi disesuaikan dengan bentuk yang telah diukir pada setiap segi bangunan itu.













3 comments:

alan January 16, 2010 at 9:40 PM  

bro, aku rase pas ni nko uat lak research pasal uamah api yang ada kat malaysia ni. yang aku penah sampi due je. satu kat bkt melawati, satu lagi kat tg tuan.

syazwan safwan February 17, 2010 at 2:15 PM  

Terima kasih kerana cadangan tu..insyaAllah lepas ni ada la pasal rumah api..tapi lambat sket la kot..hehe

Che August 18, 2010 at 9:12 AM  

Salam.. ada sebuah menara jam lagi yang miss.. di Sungai siput.. :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP