Kegigihan 'Lelaki Separuh'

>> Friday, December 11, 2009



Tubuhnya terbelah dua ketika dilanggar oleh lori barang, sebahagian besar kehidupan Peng Shuilin berubah sama sekali. Kejadian malang tersebut berlaku di Shenzhen, China pada tahun 1995.


Kulit dipindahkan dari kepalanya ke bahagian bawah tubuhnya yang putus untuk menjaga organ-organ dan mencegah jangkitan kuman. Selepas beberapa pembedahan dia masih terlalu lemah untuk menahan kesakitan organ-organ dan menghabiskan bulan-bulan berikutnya dalam posisi horizontal.



Mr Peng membina kekuatan untuk bergerak dan kemudian mulai mencari syarikat yang khusus dalam pembuatan kaki palsu. Doktor di Pusat Penyelidikan Rehabilitasi cina membantu Mr Peng belajar berjalan lagi dengan dua kaki Bionik, melekat pada casting khusus.



Ketekunan beliau berjuang untuk hidup, dan sejumlah alat bantu pergerakan, membantunya melakukan kegiatan seharian seperti orang-orang bertubuh normal.






Sumber,

http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/1575854/Half-man-learns-to-walk-in-China.html

Read more...

Lubang yang besar untuk batu yang Kecil...Lombong Berlian Utama Dunia

>> Tuesday, December 8, 2009

Lombong Diavik, Canada



Diavik Mine, Canada - Lombong berlian di wilayah barat daya, Canada. Sekitar 300 kilometer (186 batu) utara Yellowknife. Ia telah menjadi pembangun utama perekonomian daerah, memberikan peluang pekerjaan kepada 700 orang, dan memberi pendapatan C $ 100 juta dalam penjualan, dan menghasilkan 8 juta carats (1600 kg) berlian setiap tahun. Lombong ini dimiliki bersama oleh Harry Winston Diamond Corporation dan Diavik Diamond Mines Inc., anak syarikat kepada Rio Tinto Group.

Kawasan itu disurvei pada tahun 1992 dan pembinaan bermula pada tahun 2001, dengan pengeluaran bermula pada Januari 2003. Kawasan ini dihubungkan dengan Lapangan Terbang Diavik




Lombong Berlian Lain




Mirny Diamond Mind, Siberia - Lombong yang dalamnya 525 meter dan diameter 1200 meter. Merupakan lombong berlian yang pertama dan antara yang terbesar di Russia.



Udachnaya Pipe, Russia - Merupakan tempat simpanan berlian di Daldyn-Alakit padang kimberlite di Republik Sakha, Russia. Udachnaya ditemui pada 15 Jun 1955, 2 hari selepas penemuan paip berlian Mir oleh ahli geologi Soviet Vladimir Shchukin dan kumpulannya.







Sumber :

http://en.wikipedia.org/wiki/Diavik_Diamond_Mine
www.nunalogistics.com/.../image_gallery.html

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP