Narwhal Paus Unicorn

>> Monday, March 29, 2010



Sumber gambar : http://jangeisler.wordpress.com/2007/05/


Narwhal adalah paus bergigi yang bersaiz sederhana hidup di sekitar perairan Artik. Sumber-sumber melaporkan bahawa Narwhal telah ditangkap sepanjang seribu tahun lalu oleh rakyat Inuit di Kanada Utara dan Greenland untuk daging dan gadingnya. Perubahan iklim merupakan ancaman terbesar untuk binatang.





Narwhal adalah pemangsa yang unik. Dalam musim sejuk, ia hanya memakan benthic (enapan hidupan laut yang telah mati di dasar laut) , dan juga menjadikan ikan sebelah sebagai makanannya, pada kedalaman sehingga 1500 m di bawah ais.










Sumber,

Lagi Maklumat di,

Read more...

Lawatan Ke Negeri Medan Indonesia. 3

>> Friday, March 19, 2010



Melawat Perkampungan Batak di Danau Toba


Destinasi yang kami tuju seterusnya ialah Perkampungan Batak di Danau Toba. Perkampungan ini terletak di Ambarita, Samosir. Ternyata keindahan alam dan keunikan cerita-cerita sejarah di sini mampu menggamit kunjungan ramai pelancong tidak kira dari Asia khususnya, dan seluruh dunia amnya. Majoriti kaum batak beragama Kristian.


Pintu Gerbang yang menyambut kedatangan Pelancong


Pintu masuk ke Kerusi Batu


Rumah-Rumah lama kaum batak dibina dengan pintu yang kecil. Apabila memasuki rumah tersebut, badan perlu ditundukkan menunjukkan rasa hormat. Terdapat juga corak-corak aneh yang menarik, dipercayai dapat menghalau hantu dan semangat jahat. Terdapat banyak sekali ukiran-ukiran payudara di Rumah Batak ini yang melambangkan kesuburan bagi wanita-wanita batak. Menurut sejarah, kaum Batak pada asalnya adalah leluhur Cina, dan atap-atap rumah dibina sedemikian rupa untuk mengingati kedatangan mereka ke bumi Indonesia ini dengan kapal.


Kerusi Batu ini menjadi tempat pengadilan kepada pesalah-pesalah suku Batak di atas kesalahan-kesalahan kecil dan juga kesalahan-kesalahan besar.



Sebelum dihukum, pesalah di pasung di bawah rumah dan diberi makanan yang enak-enak. Segala kemahuannya dituruti sebelum dihukum dengan hukuman mati.




Di sinilah pesalah-pesalah dihukum bunuh. Mayatnya dipotong-potong dan dibahagikan kepada penduduk kampung untuk dimakan.




Terdapat pelbagai cenderamata dan kraftangan yang sesuai dibuat ole-ole untuk keluarga mahupun kenalan. Namun diingatkan, kita haruslah pandai tawar-menawar kerana mereka menganggap orang Malaysia berduit. Jangan menawarkan harga jika tidak mahu membeli. Cara jualan di sini sangat tidak menyenangkan, mereka seakan-akan memaksa kita untuk membeli barangan jualan mereka.

Saya sangat tertarik dengan ucapan Sukarno, mantan Presiden Indonesia yang pernah mengatakan jika bekerja, bekerjalah seperti Bangsa Jawa, kerana mereka adalah satu bangsa yang sangat rajin bekerja. Jika berdiplomasi, contohilah Bangsa Minang, mereka sangat pandai menyusun bicara. Jika mahu merancang strategi, contohilah Bangsa Batak, mereka boleh memulakan perniagaan tanpa sebarang modal.

Air Terjun Si Piso-Piso



Si Piso-Piso bermaksud 'Seperti Pisau-Pisau' dalam Bahasa Melayu. Di sini kita dapat menikmati pemandangan yang sangat mengagumkan. Air terjun ini berpuncakan dari tasik Danau Toba.



Pasar Buah-Buahan di Si Piso-Piso. Tanah di sini sangat subur. Banyak pohon buah-buahan dan sayur-sayuran ditanam dan boleh dilihat di sepanjang perjalanan.




Universitas Negeri Medan



Lawatan diteruskan ke Universiti Negeri Medan. Di sini kami diberikan taklimat tentang Universiti Negeri Medan serta melawat sekitar universiti ini. Kami juga mengadakan dialog ilmiah bersama pensyarah-pensyarah di sana serta beramah mesra dengan pelajar-pelajar Malaysia di Universiti ini.

Bergambar kenangan























Itulah sedikit Travelog yang mampu saya coretkan, semoga dapat menambahkan sedikit pengetahuan tentang Negeri Medan ini.


P/s Kumpul duit lagi..Pergi ke negeri-negeri lain di Indonesia ni..

Read more...

Lawatan Ke Negeri Medan Indonesia. 2





Pagi keesokan harinya, kami bertolak ke Danau Toba, sepanjang perjalanan dapat dilihat jalanraya begitu sesak kerana terdapat demonstrasi. Menurut pemandu pelancong, itu merupakan fenomena biasa jika salah seorang calon pilihan mereka kalah pilihanraya.


Tunjuk perasaan secara aman bagi membantah kekalahan calon walikota (Datuk Bandar) pilihan mereka.




Kami melewati Istana Maimun yang merupakan istana Sultan Deli. Istana ini didirikan oleh Sultan Kerajaan Deli, Sultan Maimun Al Rasyid Perkasa Alamsyah dengan sekitar tahun 1888. Bangunannya berdiri di atas tanah seluas 2.772 Meter persegi, terdiri dari 30 kamar, dan menghadap Timur. Istana ini merupakan mercu tanda dan juga tempat pelancongan yang sangat terkenal di Kota Medan ini.




Banyak lagi papan tanda yang menarik dapat dilihat di sekitar Bandar Medan, bandar yang didiami oleh pelbagai suku kaum termasuk suku Jawa, Batak, Cina dan India.


Tiba Di Danau Toba


Setelah menelusuri jalanraya yang sangat curam dan begitu menakutkan, tiba juga kami ke Danau Toba, mengambil masa kira-kira 4 jam dari kota Medan. Kami menginap di Hotel Patra Jasa, Parapat. Pemandangan di sini begitu mengagumkan. Suasana yang nyaman dan angin yang dingin tidak melupakan kami bahawa Danau Toba merupakan sebuah gunung berapi aktif yang boleh meletus bila-bila masa.


Keindahan Ciptaan Tuhan. Saujana mata memandang.



Kenangan manis diabadikan di dalam potret terindah.




Kisah yang agak menakutkan di sini ialah jika seseorang itu mati lemas di dalam tasik ini, mayat nya tidak akan dicari, kerana daya tarikan graviti amat kuat di tasik ini. Menurut pemandu pelancong, pada tahun 2007, sebuah bot telah karam di sini kerana lebih muatan.

Read more...

Lawatan Ke Negeri Medan Indonesia. 1




Setelah lama merancang, akhirnya sampai juga kami ke negeri Medan, Utara Sumatra, Indonesia. Lapangan Terbang Polonia menyambut kedatangan kami ke Negeri Medan ini. Hotel Garuda menjadi penginapan pertama. Tidak mahu membazirkan waktu malam itu, sebahagian kami mengambil peluang menikmati angin malam Kota Medan dengan beca. Harus diingatkan, kita perlulah pandai tawar- menawar harga untuk perkhidmatan beca di sini, kerana mereka menganggap rakyat Malaysia banyak duit.



Salah satu Mercu tanda di Kota Medan

Satu budaya menarik yang dapat dilihat di Medan ini ialah mereka selalu membunyikan hon kenderaan semasa di jalan raya. Jika di Malaysia, membunyikan hon dianggap sebagai marah atau menegur rakan. Keadaan agak bising terutamanya di waktu pagi, di waktu malam hanya sedikit kenderaan berada di jalan raya. Banyak kedai-kedai ditutup seawal jam 6 petang.


Read more...

Mengapa Kita 'Menangis' semasa memotong Bawang

http://realezi.com




Bawang , seperti tumbuh-tumbuhan lain, adalah terbina dari sel-sel. Sel-sel itu terbahagi kepada dua bahagian yang dipisahkan oleh satu membran. Membran tersebut mengandungi satu enzim yang membantu proses-proses kimia terdapat dalam badan anda. Sebahagian lain membran itu mengandungi molekul-molekul yang mengandungi sulfur.





Bila anda memotong selabu bawang, kandungan bahagian-bahagian tersebut akan bercampur dan menyebabkan tindak balas kimia. Tindak balas ini menghasilkan molekul-molekul seperti ethylsufine yang boleh membuatkan mata anda berair. Untuk mencegah mata berair atau 'menangis' potong bawang di bawah siraman air.




Sebatian-sebatian sulfur akan terlarut dalam air sebelum mereka mengenai mata anda. Anda boleh juga meletakkan bawang dalam penyejuk beku untuk sepuluh minit sebelum anda memotongnya. Suhu sejuk memperlahankan tindak balas antara enzim dan sulfur. Jadi, selepas ini, tidak lagi menangis semasa memotong bawang.

Read more...

XPDC menawan Puncak Gunung Tebu, Puncak Tertinggi di Terengganu

>> Thursday, March 18, 2010

3/3/2010-4/3/2010

Perjalanan ke Lata Belatan dimulakan seawal jam 6.30 pagi. Sebelum memulakan pendakian kami mendengar taklimat yang diberikan, bukan oleh pegawai perhutanan tetapi oleh pensyarah kami yang telah berpengalaman mendaki gunung dan melakukan aktiviti-aktiviti lasak sebelum ini.

Gunung Tebu mempunyai ketinggian setinggi 1,039 meter (3,408 kaki). Gunung Tebu adalah kemuncak paling tinggi di Terengganu dengan ketinggian kira-kira 1,039 meter (m) dari paras laut. Cabarannya, berjalan, mendaki curam, dan membawa peralatan yang berat. Namun, itu semua dapat diatasi dengan semangat membara untuk menawan puncak tertinggi di negeri sendiri ini.

Sepanjang pendakian, kami berhenti di beberapa tempat menarik yang biasa disinggahi oleh pendaki-pendaki seperti Sungai Cakah Dua, Batu Mat Hassan, dan Jendela Pandang.



Mendaki dengan botol kosong untuk mengurangkan beban, air diisikan di Sungai Cakah Dua. Airnya sangat bersih dan dingin.






Di Jendela Pandang para pendaki dapat melihat panorama indah setelah penat berjalan dan mendaki cerun bukit. Namun itu hanya separuh perjalanan ke puncak. Seolah-olah Jendela pandang menambahkan lagi semangat untuk ke puncak.



Dari Batu Mat Hassan, jarak pendakian hanya tinggal 2.5 kilometer lagi.



Di Puncak

Segala penat letih, lelah jerih terbayar apabila hawa dingin semula jadi menyucuk-nyucuk kulit ini. Semakin dekat ke puncak semakin dingin terasa. Perasaan tidak dapat digambarkan apabila tiba ke puncak ini, puncak gunung Tebu.


Keindahan ciptaan Allah. Banyak sekali pokok bonsai yang bersaiz besar terdapat di puncak gunung ini. Pokok ini sangat cantik dan unik.


Dari atas gunung Tebu ini kita dapat menikmati pemandangan yang sungguh indah. Melihat daerah Besut, juga melihat Matahari terbit dan terbenam serta merasai udara yang sangat nyaman. Bagaikan hilang segala keletihan mendaki selama 7 jam. Setelah bermalam dengan diselimuti kabus yang sangat sejuk, kami menuruni Gunung Tebu keesokan harinya, mengambil masa 3 jam.

Read more...

Fakta Menarik Mengenai Burung Madu (Hummingbird). Satu-Satunya Burung yang boleh Terbang secara Mengundur.

>> Tuesday, March 2, 2010



Burung madu adalah burung yang sangat kecil dan sangat mempesonakan dan biasanya akan melawat kawasan belakang rumah anda jika anda menanam tanaman yang akan menarik burung-burung tersebut. Suatu masa dahulu penjelajah-penjelajah Sepanyol yang mengembara untuk mencari dunia baru memanggil burung-burung tersebut dengan gelaran 'Joyas Volardores' atau permata-permata yang melayang.





Mengapa burung madu kelihatan seperti terapung? Bagaimanakah mereka dapat terbang dengan sangat stabil, walaupun, terbang menjunam, terbang ke belakang dan ke sisi? Satu perkara lagi yang sangat menarik mengenai burung madu ialah tentang warna mereka, terutamanya ketika terdapatnya cahaya matahari. Warna yang dapat dilihat oleh mata kita sebenarnya adalah terbentuk oleh pigmen-pigmen yang menyerap dan membiaskan beberapa warna.




Burung madu boleh memutarkan setiap sayap-sayapnya dalam satu bulatan, membuatkan ia menjadi satu-satunya burung yang boleh terbang ke hadapan, ke belakang, naik, jatuh, ke sisi atau terbang dalam ruang curam. Untuk terapung, burung madu menggerakkan sayap-sayap mereka ke belakang dan depan.




Burung madu dapat bergerak serta-merta dalam sebarang arah, boleh bermula dengan kelajuan penuh. Burung madu juga boleh terbang dalam jarak pendek secara tunggang terbalik, dan juga menggunakan muslihat mereka apabila diserang oleh burung pemangsa.



























Sumber,
Maklumat lanjut,

http://www.humming-birds.com/facts.html

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP