XPDC menawan Puncak Gunung Tebu, Puncak Tertinggi di Terengganu

>> Thursday, March 18, 2010

3/3/2010-4/3/2010

Perjalanan ke Lata Belatan dimulakan seawal jam 6.30 pagi. Sebelum memulakan pendakian kami mendengar taklimat yang diberikan, bukan oleh pegawai perhutanan tetapi oleh pensyarah kami yang telah berpengalaman mendaki gunung dan melakukan aktiviti-aktiviti lasak sebelum ini.

Gunung Tebu mempunyai ketinggian setinggi 1,039 meter (3,408 kaki). Gunung Tebu adalah kemuncak paling tinggi di Terengganu dengan ketinggian kira-kira 1,039 meter (m) dari paras laut. Cabarannya, berjalan, mendaki curam, dan membawa peralatan yang berat. Namun, itu semua dapat diatasi dengan semangat membara untuk menawan puncak tertinggi di negeri sendiri ini.

Sepanjang pendakian, kami berhenti di beberapa tempat menarik yang biasa disinggahi oleh pendaki-pendaki seperti Sungai Cakah Dua, Batu Mat Hassan, dan Jendela Pandang.



Mendaki dengan botol kosong untuk mengurangkan beban, air diisikan di Sungai Cakah Dua. Airnya sangat bersih dan dingin.






Di Jendela Pandang para pendaki dapat melihat panorama indah setelah penat berjalan dan mendaki cerun bukit. Namun itu hanya separuh perjalanan ke puncak. Seolah-olah Jendela pandang menambahkan lagi semangat untuk ke puncak.



Dari Batu Mat Hassan, jarak pendakian hanya tinggal 2.5 kilometer lagi.



Di Puncak

Segala penat letih, lelah jerih terbayar apabila hawa dingin semula jadi menyucuk-nyucuk kulit ini. Semakin dekat ke puncak semakin dingin terasa. Perasaan tidak dapat digambarkan apabila tiba ke puncak ini, puncak gunung Tebu.


Keindahan ciptaan Allah. Banyak sekali pokok bonsai yang bersaiz besar terdapat di puncak gunung ini. Pokok ini sangat cantik dan unik.


Dari atas gunung Tebu ini kita dapat menikmati pemandangan yang sungguh indah. Melihat daerah Besut, juga melihat Matahari terbit dan terbenam serta merasai udara yang sangat nyaman. Bagaikan hilang segala keletihan mendaki selama 7 jam. Setelah bermalam dengan diselimuti kabus yang sangat sejuk, kami menuruni Gunung Tebu keesokan harinya, mengambil masa 3 jam.

9 comments:

DILA is AZIE March 19, 2010 at 12:27 AM  

first time dgr nme gunung ni. hurm, nice pics. cntik prmndangan. :)

m i e r a March 19, 2010 at 12:39 AM  

dpt tengok sunset?
bermalam situ k?
bila plak trunnye?

syazwan safwan March 19, 2010 at 12:45 AM  

Dila> kene pegi sekali tu Dila..


miera>
Dapat..2 2 dapat..sunrise & sunset..
bermalam kat situ..mmg sejuk yang amat2..x boleh tido pon..(kalo nk datang, bawak sleeping beg yang tebal2)..Turun pagi esoknya..

sepet March 19, 2010 at 1:20 AM  

bgs wan...teruskan usaha mendaki gunung yg lain...hehehe

ahsfantasy24 March 19, 2010 at 10:21 AM  

waa...
besny..xajk sy pom ae? huhu..

m i e r a March 20, 2010 at 12:57 AM  

waa..best..
ada chalet ke kt atas tu..?
ni pg sniri2 or under program mktab?

syazwan safwan March 20, 2010 at 10:04 AM  

Best2..

xde chalet pon miera.. bawak khemah je..Ni program Maktab..

alias_safwan June 12, 2010 at 9:57 PM  

camne signboard skolah kite ade kaat c2? sape bbuh?

syazwan safwan June 15, 2010 at 1:18 AM  

Dop tahu la safwan..junior bawah dr kita kot..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP