Pulau Bungin dan Kisah Kambing makan kertas

>> Sunday, December 6, 2009


Kalau dilihat dari satelit ( google Earth) seolah-olah tiada ruang sedikit pun untuk tumbuhan. Keseluruhan pulau tersebut dipenuhi penempatan manusia. Disebut sebagai pulau terpadat di dunia, karena kepadatan penduduknya +14,000 orang/km.

Di pulau ini tidak akan ditemui tanah untuk pertanian, perkebunan ataupun penternakan. Tanah-tanah yang ada dimanfaatkan untuk membangunkan penempatan. Untuk membangun rumah baru, mereka harus bergotong royong dengan cara menyusun batu karang yang telah dikumpulkan sebelumya.


Kisah yang sangat terkenal mengenai pulau ini ialah kambing-kambing peliharaan penduduk pulau ini tidak hanya memakan dedaunan, tetapi juga kertas, ikan laut, dan kain-kain baju yang telah koyak. Pulau Bungin berada dalam wilayah Alas atau + 70 km dari kota Sumbawa besar. Untuk ke pulau ini menaiki perahu motor yang hilir mudik antara pulau Bungin dan Dermaga Alas atau melalui darat dengan kenderaan bermotor.




Sumber

http://www.sumbawanews.com/sumbawa/wisata/bungin-pulau-terpadat-dan-kambing-makan-kertas.html

Read more...

Geisha

>> Saturday, December 5, 2009


Masihkah anda teringat tentang imej wanita yang menyolek putih mukanya dan berkimono. Geisha merupakan ikon terkenal di Jepun dan menjadi identiti unik di negara matahari terbit itu. Geisha berasal dari kata “Gei” yang bererti seni atau pertunjukan dalam bahasa Jepun dan “Sha” bererti orang, jadi Geisha (person of the arts) merupakan seorang seniman tradisional penghibur di Jepun. Di Kyoto sendiri, kata “Geiko” digunakan untuk gambaran para seniman seperti itu. Kehadiran geisha di abad 18 dan 19 merupakan hal yang umum dan hingga kini merekapun masih tetap ada walaupun jumlah mereka sudah berkurang.



Geisha dilatih secara tradisional sejak masa kecil mereka. Rumah geisha sering membeli gadis-gadis kecil dari keluarga yang miskin dan mengambil tanggung jawab untuk membesarkan dan melatih mereka. Selama masa kanak-kanak, geisha yang dilatih bekerja sebagai pembantu, kemudian sebagai pembantu senior rumah geisha, selain sebagai latihan ini juga dipakai untuk membantu kos hidup dan pendidikan mereka.


kimono

Sistem tradisi latihan yang panjang ini masih tetap ada di Jepun, dimana seorang mahasiswa yang tinggal di rumah guru seninya, mulai melakukan pekerjaan rumah yang umum dan mengamati serta membantu gurunya hingga akhirnya berpindah untuk menjadi tuan bagi dirinya sendiri. Latihan ini memakan waktu beberapa tahun.


sumber

http://indoculture.wordpress
http://en.wikipedia.org/wiki/Geisha


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP