Geisha

>> Saturday, December 5, 2009


Masihkah anda teringat tentang imej wanita yang menyolek putih mukanya dan berkimono. Geisha merupakan ikon terkenal di Jepun dan menjadi identiti unik di negara matahari terbit itu. Geisha berasal dari kata “Gei” yang bererti seni atau pertunjukan dalam bahasa Jepun dan “Sha” bererti orang, jadi Geisha (person of the arts) merupakan seorang seniman tradisional penghibur di Jepun. Di Kyoto sendiri, kata “Geiko” digunakan untuk gambaran para seniman seperti itu. Kehadiran geisha di abad 18 dan 19 merupakan hal yang umum dan hingga kini merekapun masih tetap ada walaupun jumlah mereka sudah berkurang.



Geisha dilatih secara tradisional sejak masa kecil mereka. Rumah geisha sering membeli gadis-gadis kecil dari keluarga yang miskin dan mengambil tanggung jawab untuk membesarkan dan melatih mereka. Selama masa kanak-kanak, geisha yang dilatih bekerja sebagai pembantu, kemudian sebagai pembantu senior rumah geisha, selain sebagai latihan ini juga dipakai untuk membantu kos hidup dan pendidikan mereka.


kimono

Sistem tradisi latihan yang panjang ini masih tetap ada di Jepun, dimana seorang mahasiswa yang tinggal di rumah guru seninya, mulai melakukan pekerjaan rumah yang umum dan mengamati serta membantu gurunya hingga akhirnya berpindah untuk menjadi tuan bagi dirinya sendiri. Latihan ini memakan waktu beberapa tahun.


sumber

http://indoculture.wordpress
http://en.wikipedia.org/wiki/Geisha


5 comments:

Finaz December 5, 2009 at 10:19 PM  

putihnya muka diorg nih hehe...

ahmad humairi December 5, 2009 at 11:11 PM  

salam,
takut plak aku muke putih-putih ni...

oh, vanella. December 6, 2009 at 12:06 AM  

HAHA. awan dania episod spoloh pon pakai mcm nih la jgak. lawa lawa ngattt. ;DD

sha December 6, 2009 at 9:42 PM  

Oh..oh..sekarang baru tau.."Sha" tuh..."orang"...lega rasanyer

syazwan safwan December 6, 2009 at 10:22 PM  

Kalau kat m'sia pakai macam ni berpeluh-peluh la..
Tapi kalau musim hujan..buat baju tido best..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP