Bentuk-Bentuk awan & Cara Meramal Cuaca

>> Friday, February 5, 2010

Terdapat pelbagai bentuk awan. Bentuk awan terjadi akibat tinggi atau rendahnya tempat awan itu terbentuk. Di tempat paling tinggi yang udaranya dingin terbentuklah gumpalan awan kecil-kecil. Awan besar yang menyerupai kapas terjadi sewaktu udara panas naik dari permukaan Bumi dan menjadi dingin. Lapisan awan berwarna terbentuk dari udara yang hangat dan lembap dekat permukaan Bumi. Awan diberi nama menurut tinggi dan bentuknya.





1. Awan Rendah

Stratus

Nimbostratus

Stratokumulus






2. Awan Sederhana Tinggi



Altrostratus

Altokumulus



3. Awan Tinggi

Sirus

Cirrostratus

Sirokumulus



4. Awan yang tinggi ke atas

Kumulus

Kumulonimbus





Kita boleh meramal cuaca sendiri melalui awan yang ada di langit tu. Jenis-jenis awan dan cuaca yang dibawa.


Kategori A: Awan tinggi


* Sirus (Ci) - Kalau besar, berkemungkinan awan kumulonimbus bakal terbentuk dan berlaku ribut petir dalam masa beberapa jam
* Sirokumulus (Cc) - cuaca baik secara umumnya
* Sirostratus (Cs) - akan berlaku hujan dalam masa 12 jam



Kategori B: Awan pertengahan


* Altostratus (As) - Hujan pada satu kawasan luas
* Altokumulus (Ac) - Bakal berlaku ribut petir



Kategori C: Awan rendah


* Stratus (St) - Gerimis
* Nimbostratus (Ns) - Hujan berpanjangan
* Kumulus (Cu) - Biasanya cuaca baik, tu pun kalau sikit dan tak berkembang... tapi kalau awan kumulus tu cepat berkembang, tak lama kemudian dier akan membentuk awan kumulonimbus dan akan berlaku ribut petir tak lama lagi
* Stratokumulus (Sc) - Amaran kemungkinan kedatangan awan kumulonimbus



Kategori D: Awan menegak


* Kumulonimbus (Cb) - Ribut petir, puting beliung, tornado, hujan batu














Sumber
-Oeank-




3 comments:

Finaz February 5, 2010 at 10:47 AM  

satu info yg sgt menarik! TQ. Cuma akak kena ingat jenis dgn rupa awan tu lah hehe..
p/s: hari tuh gi Perlis nampak satu kelompok betul2 form seorg lelaki atas sejadah, berserban dan sedang bertahyat..Subhanallah.. (kategori awan itu adalah kategori Allah suh Finaz dan sesapa yg tgk insaf hehe..)
But honestly amazing. Akak tak terkata apa2, tak bercerita pd sapa2, hari nih bila tgk n3 ko baru rasa blh share lak..

sha February 5, 2010 at 11:32 PM  

ya..awan-awan nih "amaze" me sejak dari kecil lagih...

syazwan safwan February 21, 2010 at 5:43 PM  

kak finaz : oo..saya pulak jumpa awan bentuk Allah..mmg sangat jelas dan takde bengkok2 pon..mmg mcm komputer taip..tp sayang masa tu tak beli kamera lagi..x dapat tangkap..

Sha : Sapa yang suka fotografi mmg minat ambik gamba awan ni..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP