Sejarah Zip dan Syarikat Pengeluar Zip Terbesar Dunia, YKK

>> Friday, February 19, 2010



Saban hari kita memulakan hari dengan memakai seluar untuk ke sekolah, tempat kerja, bersosial dengan rakan-rakan dan ke mana-mana sahaja dalam dunia ini. Pasti ada perkara yang kita ambil remeh tentang kehidupan seharian kita. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK. YKK (YKKグループ) bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip seluar yang anda pakai sekarang . Ia telah diasaskan di Jepun pada 1934.




Kumpulan YKK juga mengilang produk kancing lain seperti butang-butang, produk seni bina, dan juga mesin industri. Pada awal penciptaan zip ia telah dipanggil "clasp locker" . Ia telah direka pada 1891 oleh Whitcomb L Judson. Kemudian, pada 1913, Gideon Sundback Sweden mengubahsuai zip "clasp locker" dan menggunakan gigi logam lalu terciptalah zip seperti yang kita lihat hari ini, dan terpaten ia pada 1917. Hari ini, terdapat juga zip yang dibuat daripada plastik.





Jenama YKK biasanya dijumpai dalam barangan :

* Pakaian
* Perabot
* Kenderaan
* Beg
* Peralatan Sukan






Satu kawasan kilang YKK di Macon, di Amerika Syarikat menghasilkan 7 juta zip sehari, dalam sejumlah 1,500 jenis dan dalam lebih daripada 427 standard warna-warna. Ia merupakan kilang zip terbesar dunia. Kilang zip di Macon ini juga menghasilkan acuannya yang sendiri untuk membuat gigi-gigi zip dan bahagian-bahagian gelangsar untuk zip tersebut. Kilang sama juga mengeluarkan dan mewarna benang itu. YKK juga mengeluarkan mesin-mesin itu yang membuat zip itu.

























Sumber,
Maklumat lebih lanjut di,

How Stuff Works
Wikipedia Ykk Group

4 comments:

Unikversiti February 19, 2010 at 6:58 PM  

Salaam. whoaa, selama ni duk pakai zip YKK, ni baru ambe tahu asal usul dia. Dalam digali ni, bags sekali bro

Baarokallahu lakum :)

sha February 20, 2010 at 8:38 AM  

Tak jumpa lagi kilang buat zip untuk mulut..eh!

Mr Kamikaze February 20, 2010 at 1:05 PM  

Barulah gua tahu sejarah zip nie...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP