XPDC menawan Puncak Gunung Tebu, Puncak Tertinggi di Terengganu

>> Thursday, March 18, 2010

3/3/2010-4/3/2010

Perjalanan ke Lata Belatan dimulakan seawal jam 6.30 pagi. Sebelum memulakan pendakian kami mendengar taklimat yang diberikan, bukan oleh pegawai perhutanan tetapi oleh pensyarah kami yang telah berpengalaman mendaki gunung dan melakukan aktiviti-aktiviti lasak sebelum ini.

Gunung Tebu mempunyai ketinggian setinggi 1,039 meter (3,408 kaki). Gunung Tebu adalah kemuncak paling tinggi di Terengganu dengan ketinggian kira-kira 1,039 meter (m) dari paras laut. Cabarannya, berjalan, mendaki curam, dan membawa peralatan yang berat. Namun, itu semua dapat diatasi dengan semangat membara untuk menawan puncak tertinggi di negeri sendiri ini.

Sepanjang pendakian, kami berhenti di beberapa tempat menarik yang biasa disinggahi oleh pendaki-pendaki seperti Sungai Cakah Dua, Batu Mat Hassan, dan Jendela Pandang.



Mendaki dengan botol kosong untuk mengurangkan beban, air diisikan di Sungai Cakah Dua. Airnya sangat bersih dan dingin.






Di Jendela Pandang para pendaki dapat melihat panorama indah setelah penat berjalan dan mendaki cerun bukit. Namun itu hanya separuh perjalanan ke puncak. Seolah-olah Jendela pandang menambahkan lagi semangat untuk ke puncak.



Dari Batu Mat Hassan, jarak pendakian hanya tinggal 2.5 kilometer lagi.



Di Puncak

Segala penat letih, lelah jerih terbayar apabila hawa dingin semula jadi menyucuk-nyucuk kulit ini. Semakin dekat ke puncak semakin dingin terasa. Perasaan tidak dapat digambarkan apabila tiba ke puncak ini, puncak gunung Tebu.


Keindahan ciptaan Allah. Banyak sekali pokok bonsai yang bersaiz besar terdapat di puncak gunung ini. Pokok ini sangat cantik dan unik.


Dari atas gunung Tebu ini kita dapat menikmati pemandangan yang sungguh indah. Melihat daerah Besut, juga melihat Matahari terbit dan terbenam serta merasai udara yang sangat nyaman. Bagaikan hilang segala keletihan mendaki selama 7 jam. Setelah bermalam dengan diselimuti kabus yang sangat sejuk, kami menuruni Gunung Tebu keesokan harinya, mengambil masa 3 jam.

Read more...

Fakta Menarik Mengenai Burung Madu (Hummingbird). Satu-Satunya Burung yang boleh Terbang secara Mengundur.

>> Tuesday, March 2, 2010



Burung madu adalah burung yang sangat kecil dan sangat mempesonakan dan biasanya akan melawat kawasan belakang rumah anda jika anda menanam tanaman yang akan menarik burung-burung tersebut. Suatu masa dahulu penjelajah-penjelajah Sepanyol yang mengembara untuk mencari dunia baru memanggil burung-burung tersebut dengan gelaran 'Joyas Volardores' atau permata-permata yang melayang.





Mengapa burung madu kelihatan seperti terapung? Bagaimanakah mereka dapat terbang dengan sangat stabil, walaupun, terbang menjunam, terbang ke belakang dan ke sisi? Satu perkara lagi yang sangat menarik mengenai burung madu ialah tentang warna mereka, terutamanya ketika terdapatnya cahaya matahari. Warna yang dapat dilihat oleh mata kita sebenarnya adalah terbentuk oleh pigmen-pigmen yang menyerap dan membiaskan beberapa warna.




Burung madu boleh memutarkan setiap sayap-sayapnya dalam satu bulatan, membuatkan ia menjadi satu-satunya burung yang boleh terbang ke hadapan, ke belakang, naik, jatuh, ke sisi atau terbang dalam ruang curam. Untuk terapung, burung madu menggerakkan sayap-sayap mereka ke belakang dan depan.




Burung madu dapat bergerak serta-merta dalam sebarang arah, boleh bermula dengan kelajuan penuh. Burung madu juga boleh terbang dalam jarak pendek secara tunggang terbalik, dan juga menggunakan muslihat mereka apabila diserang oleh burung pemangsa.



























Sumber,
Maklumat lanjut,

http://www.humming-birds.com/facts.html

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP