Kopi Luwak Kopi Tahi Musang

>> Thursday, January 28, 2010



Apa yang terjadi pada biji kopi antara ketika mereka berada di pokok dan ketika kopi itu akhirnya menjadi minuman yang paling eksklusif di Dunia?




Luwak (paradoxus hermaphroditus), haiwan yang bertanggungjawab untuk penciptaan Kopi Luwak. Luwak adalah kerabat musang dan besar sedikit daripada kucing. Ada berjenis-jenis luwak, yang boleh dijumpai di seluruh kawasan tropika, namun spesis tertentu yang menghasilkan Kopi Luwak tertumpu di Asia Tenggara.






Luwak hanya memakan buah kopi yang matang dan sempurna. Pencernaan luwak juga unik, yakni hanya mencerna buah kopi tetapi biji kopi tidak ikut tercerna. Selama berada di dalam perut luwak, biji-biji kopi difermentasi (diperam) dan bercampur dengan sejumlah enzim dalam usus. Sekitar 12 jam setelah ditelan, biji-biji kopi dikeluarkan kembali. Tentunya bercampur bersama kotoran.




Walaupun kopi luwak ini nampak kotor dan menjijikkan untuk diminum, biji-biji itulah yang menjadi kopi yang eksklusif dan sangat digemari . Harganya pun amat tinggi. Ketika ini harga pasaran antarabangsa kopi luwak berkisar US$ 100 hingga US$ 350 atau Rp 1 juta sehingga Rp 3,5 juta per kilogram. Harga kopi ini menjadi sangat mahal kerana pengeluarannya yang amat terbatas , sekitar 500 kg di pasar antarabangsa setiap tahun.













Sumber

Berita Liputan 6

Read more...

Perbezaan Antara Kad Permainan Perancis dan Inggeris

>> Sunday, January 24, 2010

Pada suatu ketika, bermula pada abad ke 15, pengeluar kad di Perancis diarahkan oleh mahkamah untuk untuk mengambil nama-nama kad sempena mitos atau sejarah. Amalan ini semakin menghilang pada abad ke 19. Nama-nama yang paling sinonim pada kad permainan.



King



Secara umumnya, kad ini dipanggil David. Kebiasaanya, Kad David perancis memegang sebatang kayu di tangan kanan dan harp di tangan kirinya. Manakala di kad Britain pula, memegang sebilah pedang.


Heart


Di Perancis kad ini disebut sebagai 'Charles', mungkin selepas Charles the Great (Charlemagne), atau selepas pemerintahan King Charles VII (French). Dia memegang sebilah pedang. Pada kad di Britain pula dia juga memegang sebilah pedang yang diletakkan di belakang kepalanya.




Kad permainan ini dipanggil “César” di Perancis. Kemungkinan selepas pemerintahan Julius Cæsar




Di Perancis kad permainan ini dipanggil “Alexandre”, bermungkinan selepas pemerintahan Alexander the Great.






Queens




Di Perancis kad ini dipanggil 'Pallas' nama yang diambil sempena nama Dewi Greek Athens.



Di Perancis kad ini dipanggil 'Judith' nama yang diambil sempena nama Judith of Bavaria (805 – 19 or 23 April 843).



Di Perancis kad ini dipanggil 'Rachel'



Di Perancis kad ini dipanggil 'Argine' nama yang diambil sempena nama Latin bagi puteri iaitu “regina”. Sesetengah pendapat pula mengatakan nama diambil sempena nama Argos di Greek. Dalam kad Perancis, ini adalah satu-satunya gambar puteri yang tidak memegang bunga.




Jacks (knaves)




Di Perancis kad ini dipanggil 'Hogier' nama yang diambil sempena nama Ogier the Dane dari lagu the Song of Rolland.






Di Perancis kad ini dipanggil 'Hogier' nama yang diambil sempena nama Étienne “La Hire” de Vignolles, pendamping Joan of Arc (French: Jeanne d'Arc;[1] ca. 1412[2] – 30 May 1431)





Di Perancis kad ini dipanggil 'Hector' nama yang diambil sempena nama seorang teman Lancelot, seorang pahlawan Knight dalam lagenda Arthurian.






Di Perancis kad ini dipanggil 'Lancelot' nama yang diambil sempena nama perwira Arthurian.








Sumber,
http://www.madore.org/~david/misc/cards.html

Read more...

Mengapa ada bahagian Putih di bahagian bawah kuku

>> Friday, January 22, 2010



Bahagian putih di bawah kuku disebut lunula (lunule). Kata lunula itu sendiri berkaitan dengan bentuk bulan sabit atau half-moon. Lunula tidak lebih daripada udara yang terperangkap yang tidak naik ke bahagian atas kuku kerana perlekatan yang kuat antara kuku dan kulit di bawahnya di luar Lunula.



Sesetengah orang mempercayai, Lunula dapat menggambarkan keadaan kesihatan dan penyakit yg ada di dalam tubuh kita, seperti penyakit ginjal, paru-paru, hati, gangguan jantung, dll. Perbezaan dan perubahan warna serta bentuk yang terjadi pada lunula dapat mengesan penyakit atau gangguan kesihatan tertentu.








Sumber,
wikipedia-Lunula

Read more...

Gigi yang tanggal



Gigi susu kita tanggal pada usia sekitar 6 tahun. Gigi susu digantikan oleh gigi tetap yang harus kita jaga sepanjang hidup kita. Gigi susu didorong oleh gigi tetap yang ada di bawahnya, iaitu di dalam gusi. Gigi tetap mula-mula kecil, lalu bertumbuh menjadi semakin besar mendorong gigi susu sehingga tanggal. Gigi Kanak-kanak baru berjumlah 20, kemudian terus bertambah sehingga menjadi 32 gigi tetap.






Binatang juga berganti gigi?
Binatang seperti kuda dan singa misalnya juga mendapatkan gigi baru sekali seumur hidupnya seperti manusia. Sedangkan reptilia seperti ular dan buaya giginya bisa berganti beberapa kali seumur hidupnya.











Read more...

Mengapa Jarum Jam Bergerak Ke kanan?

>> Wednesday, January 20, 2010


Jam yang pertama adalah Jam Matahari yang ditemukan oleh orang Mesir. Orang Mesir mengetahui waktu dengan mengamati bayangan obelisk (sebuah tugu batu). Bayangan akan timbul jika matahari bersinar. Kerana matahari bergerak dari Timur ke Barat, sedangkan Mesir berada di Belahan bumi Utara, bayangan tugu itu bergerak ke kanan. Maka jam mekanis pertama dibuat berputar ke kanan.




Australia berada di Belahan bumi Selatan. Di Australia bayangan jatuh ke selatan dan bergerak berlawanan dengan bayangan tugu batu di Mesir. Maka seandainya jam mekanis diciptakan di Australia, jarumnya mungkin akan berputar ke kiri, dan bukan ke kanan.

Read more...

Jackass

>> Monday, January 18, 2010



Selain Remi Gaillard terdapat ramai lagi pranker yang terkenal bukan hanya di Perancis malah seantero dunia. Antara yang paling terkenal ialah Jakass. Jackass adalah siri televisyen Amerika Syarikat, awalnya dipaparkan di MTV 2000-2002, yang menampilkan orang-orang yang melakukan pelbagai berbahaya, kasar, dan melukai diri dengan membuat aksi ngeri (stunts) dan pranks. Sejak tahun 2002, dua film teatrikal Jackass telah dihasilkan dan dikeluarkan oleh syarikat MTV dan Paramount Pictures.





Sejak episod pertama, Jackass sering memaparkan amaran bahawa stunts dilakukan itu berbahaya dan tidak boleh ditiru.Selain itu, dipapaparkan juga 'tengkorak dan logo tongkat' di bahagian kanan bawah skrin untuk melambangkan aksi itu sebagai berisiko. Meskipun demikian, program ini telah disalahkan untuk sejumlah kematian dan kecederaan yang melibatkan remaja dan anak-anak meniru kembali stunts tersebut.








Sumber,
Lagi maklumat di,
http://en.wikipedia.org/wiki/Jackass_%28TV_series%29

Read more...

Remi Gaillard



Remi Gaillard (lahir 7 Februari 1975 di Montpellier, Perancis) adalah seorang 'prank'er di Perancis. Dia mendapat perhatian di media Perancis selepas melakukan aksi-aksi prank(khianat) yang pelik, termasuk penampilan terkenal Lorient menyamar sebagai pemain bola sepak tahun 2002 Coupe de France final, di mana beliau mengambil bahagian dalam perayaan pemenang dan bahkan disambut oleh saat itu presiden Perancis Jacques Chirac. Gaillard telah muncul di beberapa kegiatan sukan, TV game show dan demonstrasi politik, biasanya dia dapat melanggar kawalan keselamatan dengan mudah.

Menurut sebuah wawancara, Gaillard memulakan pranks setelah kehilangan pekerjaan di sebuah kedai kasut. Dia dipercayai mula menggunakan waktu yang ada untuk "bersenang-senang".

Moto Gaillard adalah "C'est en faisant n'importe quoi qu'on devient n'importe qui" bermaksud: "buatlah apa pun untuk menjadi siapa yang anda mahu", di mana dia menjelaskan alasan perilakunya. Dia menjadi terkenal melalui Youtube, di mana sebahagian besar video dapat ditemui.















Sumber,
Lagi Maklumat di,
http://en.wikipedia.org/wiki/R%C3%A9mi_Gaillard

Read more...

Keunikan Unta

>> Sunday, January 17, 2010

Firman Allah yang bermaksud:
“Apakah kamu tidak melihat kepada unta, bagaimana ia diciptakan.”
(Al-Ghasyiah: 17)

Berdasarkan ayat tersebut, Allah mengajar manusia supaya berfikir dan mengambil iktibar daripada penciptaan unta yang mempunyai banyak keajaiban dari segi kekuatan menunggang beban serta kesabaran menanggung kepayahan. Manfaat lain yang boleh diambil oleh manusia seperti ia boleh ditunggangi, membawa barangan, dagingnya yang boleh dimakan dan susunya yang boleh diminum.



Firman Allah yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu kamu beroleh pengajaran yang mendatangkan
iktibar. Kami beri minum kepada kamu dari apa yang terbit dari dalam perutnya yang lahir dari
hampas makan dan darah, iaitu susu yang bersih, mudah diminum dan sedap rasanya bagi orang
yang meminumnya.”
(An-Nahl: 66)






Unta ialah spesies ungulat yang mempunyai bilangan jari kaki yang genap dalam genus Camelus, iaitu:



* Camelus dromedarius (bonggol tunggal) yang terdapat di Afrika utara dan Asia barat;




* Camelus Bactrianus (bonggol kembar) yang terdapat lebih jauh di utara dan timur Asia
tengah.



Kedua-dua jenis berasal dari gurun dan kawasan kering Asia dan Afrika utara. Jangka hayat purata seekor unta antara 30 hingga 50 tahun.

Manusia membela jinak unta lebih kurang 5,000 tahun dahulu. Kedua-dua jenis Camelus dromedarius dan Camelus Bactrianus masih diternak untuk susunya yang lebih berkhasiat berbanding susu lembu, untuk dagingnya, dan sebagai haiwan tenaga.




Fakta menarik tentang unta



1. Unta mampu hidup selama 8 hari pada suhu 50 darjah celcius.
2. Unta meminum air satu pertiga dari berat badannya dalam masa 10 minit, bererti 130 liter
sekali minum.
3. Mempunyai kelopak mata transparen untuk mengelakkan ribut pasir.
4. Tapak kakinya yang lebar membuatkan ia tidak tenggelam berjalan di padang pasir.
5. Sekitar 40 kilogram lemak tersimpan di dalam bonggol unta.










Sumber,
Lagi maklumat di,
http://en.wikipedia.org/wiki/Camel
http://ms.wikipedia.org/wiki/Unta

Read more...

Masjid Babri


Konflik keagamaan yang menyebabkan jatuhnya PM Singh pada tahun 1990 berpangkal dari keinginan BJP untuk membangunkan kuil di Ayodhya, lebih tepat, di lokasi berdirinya Masjid Babri yang dibangun pada abad ke-16, Warga Hindu mempercayai tempat itu sebagai tempat kelahiran Rama (dewa Hindu) dan bertekad untuk membangun kuil di lokasi masjid tersebut. Untuk mencegah membesarnya konflik, pemerintah ingin mengadakan pertemuan antara penganut Hindu dan Islam, tetapi usaha ini gagal.

Pada tanggal 20 Oktober 1990, pemerintah mengusulkan agar kuil dibangun bersebelahan dengan masjid yang sudah ada lebih dulu. Tawaran ini ditolak mentah-mentah oleh kedua belah pihak, bahkan BJP kemudian mengumumkan akan membangunkan kuil tersebut pada tanggal 30 Oktober 1990.

Masalah Masjid Babri sempat menghilang sebentar karena perhatian beralih kepada masalah pergantian pemerintahan dan terbunuhnya Rajiv Gandhi pada tanggal 21 Mei 1991.




Pada tanggal 30 Oktober 1991 terjadi lagi rusuhan pada perayaan setahun peletakan batu pertama pembangunan kuil tersebut. Sehari sebelumya mantan perdana menteri V.P. Singh dan kelompoknya ditahan.

Peristiwa perusakan Masjid Babri menyulut kerusuhan yang lebih besar antara Hindu dan Islam di Bombay pada bulan Januari 1993 dan mengakibatkan ratusan korban .









'Hindarkan Konflik, Tanamkan Benih Kemesraan'



Sumber
Lagi maklumat
http://www.indonesiaindonesia.com/f/53569-india/
http://en.wikipedia.org/wiki/Babri_Mosque

Read more...

Tanaman Manusia Pertama

>> Saturday, January 16, 2010

Pokok Buah Tin ( Buah Ara ) yang hidup subur di depan Masjid Rusila, Marang, Terengganu.





Pada tahun 2006 dilaporkan, dalam runtuhan sebuah desa prasejarah berdekatan Bandar Jericho, di Tebing Barat, para saintis telah menemui sisa-sisa buah Tin yang mereka dakwa sebagai buah yang paling awal ditanam sekitar 11.400 tahun yang lalu. Pokok ini dipercayai pokok buah-buahan pertama ditanam.




Berdasarkan spesimen-spesimen awetan itu yang menunjukkan bahawa pokok-pokok itu adalah jenis mutasi yang tidak dapat membiak dengan cara yang biasa, pakar-pakar telah memastikan bahawa pokok-pokok ara itu telah ditanam dengan sengaja dan oleh itu, ia merupakan tanaman manusia yang pertama. Dengan itu, gandum dan rai yang ditanam seribu tahun kemudian kini merupakan tanaman yang berikutnya.


Jenis-Jenis Buah Tin (buah Ara)

Ada empat jenis Buah Tin (buah ara) utama di pasaran. Calimyrna mempunyai kulit kuning kehijauan. Black Mission hampir hitam bila masak. Juga Kadota dan Smirna. Terdapat lebih dari 40 jenis buah Tin di dunia.


Smirna



Kadota


Black Mission




Calimyrna


Semestinya buah Tin mempunyai khasiat yang amat baik bagi kesihatan manusia. Buah ini kaya dengan serat dan pelbagai vitamin serta zat galian (mineral). Ia membantu mengimbangi tekanan darah, merendahkan kadar kolesterol, membantu mencapai berat badan seimbang, membantu mengatasi angin ahmar, mencegah kencing manis, gout, sembelit dan buasir serta memerangi barah.









Sumber,
Lagi Maklumat di,

http://www.nytimes.com
Pokok Ara-Wikipedia


Read more...

Gunung Berapi Terbesar dan Terkecil

>> Saturday, January 9, 2010




Mauna Loa Gunung berapi Terbesar




Mauna Loa yang meletus pada tahun 1984


Gunung berapi terbesar di bumi ialah Mauna Loa di Kepulauan Hawaii . Ini adalah gunung berapi besar yang dibina oleh aliran lava yang tak terhitung jumlahnya.

Ketika diukur dari dasar laut, ketinggian Mauna Loa itu lebih dari 9.000 m, dengan demikian juga merupakan gunung tertinggi di bumi. Mauna Loa pada kenyataannya adalah begitu berat, beratnya telah membengkokkan kerak samudera di bawah gunung berapi beberapa kilometer ke bawah ke dalam mantel.

Mauna Loa adalah salah satu bumi gunung berapi paling aktif, dengan 33 letupan dicatatkan dalam sejarah sejak 1843. Letupan terakhir adalah pada tahun 1984 dan sejak 2004, Mauna Loa menunjukkan tanda-tanda untuk meletus kembali.








Taal Volcano Gunung Berapi Terkecil






Taal Volcano, Filipina, dikatakan gunung berapi terkecil di dunia. Ia digambarkan sebagai "sebuah kawah di sebuah pulau dalam tasik" kerana terdapat sebuah pulau di Tasik Taal. Tasik dalam gunung itu terbentuk selepas gunung berapi itu meletus.

Juga dianggap sebagai salah satu gunung berapi yang paling aktif , gunung berapi Taal telah meletus 20 kali sejak 1572.









Sumber
Lagi Maklumat di :

http://www.volcanodiscovery.com/en/faq/largest_volcano.html

Read more...

Hitler dan Holocaust


Ketika tercetusnya perang Dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4. Pelan ini merencanakan pembunuhan euthanasia beramai-ramai atas golongan tertentu, majoritinya Yahudi.







Setelah perang dunia kedua, Dianggarkan seramai hampir 6 juta yahudi di seluruh Eropah terbunuh. Namun demikian, ada pendapat yang menyatakan kisah ini hanya direka dan ditokok tambah oleh yahudi untuk meraih simpati antarabangsa.













Sumber dan lagi maklumat
di Google dengan carian 'Holocaust'

Read more...

Pulau Paling Terasing di Bumi

>> Tuesday, January 5, 2010







Tristan da Cunha adalah pulau yang terpencil di rangkaian gunung berapi di selatan lautan Atlantik.Pulau ini terletak di selatan Lautan Atlantik, 2.816 km dari Afrika Selatan dan 3.360 km dari Amerika Selatan.




Ia adalah kepulauan didiami yang paling terpencil di bumi . Dikelilingi oleh pegunungan dan laut membuatkan perjalanan ke pulau ini sangat sukar. Kerana bentuk muka bumi dan juga angin yang sangat kencang. Penduduknya hanya kira-kira 270 orang.



Kehidupan masyarakat adalah bertani, uniknya, semua tanah milik bersama namun pegawasan sangat ketat untuk mencegah tuntutan bertindih. Peraturan juga sangat ketat, orang luar dilarang membeli tanah di sini juga dilarang bermastatutin. Semua penduduk di sana adalah asli berasal dari sana, bukan pendatang. Selain bertani, ekonomi penduduk pulau ini juga didapati dari hasil laut.












Sumber,

Lagi Maklumat di ;

http://en.wikipedia.org/wiki/Tristan_da_Cunha









Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP