Kopi Luwak Kopi Tahi Musang

>> Thursday, January 28, 2010



Apa yang terjadi pada biji kopi antara ketika mereka berada di pokok dan ketika kopi itu akhirnya menjadi minuman yang paling eksklusif di Dunia?




Luwak (paradoxus hermaphroditus), haiwan yang bertanggungjawab untuk penciptaan Kopi Luwak. Luwak adalah kerabat musang dan besar sedikit daripada kucing. Ada berjenis-jenis luwak, yang boleh dijumpai di seluruh kawasan tropika, namun spesis tertentu yang menghasilkan Kopi Luwak tertumpu di Asia Tenggara.






Luwak hanya memakan buah kopi yang matang dan sempurna. Pencernaan luwak juga unik, yakni hanya mencerna buah kopi tetapi biji kopi tidak ikut tercerna. Selama berada di dalam perut luwak, biji-biji kopi difermentasi (diperam) dan bercampur dengan sejumlah enzim dalam usus. Sekitar 12 jam setelah ditelan, biji-biji kopi dikeluarkan kembali. Tentunya bercampur bersama kotoran.




Walaupun kopi luwak ini nampak kotor dan menjijikkan untuk diminum, biji-biji itulah yang menjadi kopi yang eksklusif dan sangat digemari . Harganya pun amat tinggi. Ketika ini harga pasaran antarabangsa kopi luwak berkisar US$ 100 hingga US$ 350 atau Rp 1 juta sehingga Rp 3,5 juta per kilogram. Harga kopi ini menjadi sangat mahal kerana pengeluarannya yang amat terbatas , sekitar 500 kg di pasar antarabangsa setiap tahun.













Sumber

Berita Liputan 6

9 comments:

sYeNgEt ke senget?? January 31, 2010 at 10:55 PM  

is it for real? perh.. mg sgt semulajadi

Cik Saerah January 31, 2010 at 11:34 PM  

amazingggggggggggggg!!bling3,,uwek3

Finaz February 1, 2010 at 11:24 AM  

astagfirulahhalazim...... dah lah akak nih mmg coffee drinker. Sib baik akak tak pernah beli kopi luwak nih. Oh! Alangkah kena berhati2 nya selepas ini..huhu

p/s: dlm byk2 minuman, tahi jugak diaorg nak proses...aduyaiiii

syazwan safwan February 1, 2010 at 1:57 PM  

Kene beli ni kak..baru best..
Tapi mahal sket la..

setiakasih February 3, 2010 at 9:52 AM  

OMG... whatever it is... I opt not to consume it.. not even if it is free.. huhu

thanks for sharing though.

Miss Yaty July 28, 2010 at 9:43 AM  

wan,mu da pnah bli ke?hihi..

kopi ni mmg halal nk mnum kn?huhu~
menarik. bru lg dgr psl ni. search google jmpe link blog ni :D
great info ^__^

Luwak Coffee February 15, 2011 at 11:42 AM  

Kopi Luwak Coffee is very rich in taste and aroma. So is, Sumatra which brags of highly coveted coffee varieties which every coffee drinker will surely enjoy.

Anonymous,  August 18, 2011 at 5:07 PM  

minum kopi tahi musang ni tak ubah sama mcm minum air tahi je. bwekkkk.. bapak geli..tu yg sedap tu sebab dari tahi kan? pas ni try buat research pasal manusia makan biji kopi pastu berak proses tgk mana tau lagi sedap kan? ni semua kerja org kafir semua ni buat research ntah pape. research bangang mcm ni umpana buat research manusia kacuk ngan babi kan yg heboh dlu tu. bagus tul research2 org kafir ni. mmg gempak!

syazwan safwan August 27, 2011 at 1:10 PM  

anonymous>
pernahkan anda terdengar tentang durian tahi gajah..
Gajah makan durian lalu mengeluarkan najis..buah yang keluar bersama najis gajah itu boleh dimakan selagi mana buah itu tidak rosak dan najis tidak masuk ke dalam durian itu..begitu juga dengan biji cempedak...jika kita telan biji cempedak itu sebiji terus..dan selepas itu kita buang air..keluarlah biji cempedak itu sebiji..selagi tidak rosak atau najis kita masuk ke dalam biji cempedak itu..halal dimakan..tapi kita la yang tak tergamak nak memakannya..haha..

lebih kurang jugak dengan kes pokok yang ditanam berdekatan dengan tangki najis..adakah ia boleh dimakan..jawabnya boleh dimakan..macam tu jugak sayur yang disiram air najis...boleh jugak makan..tapi kena pastikan basuh sehingga hilang semua warna bau dan rasa..baru boleh makan...




>dengo dari ustaz azhar Idrus..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP