Keunikan Unta

>> Sunday, January 17, 2010

Firman Allah yang bermaksud:
“Apakah kamu tidak melihat kepada unta, bagaimana ia diciptakan.”
(Al-Ghasyiah: 17)

Berdasarkan ayat tersebut, Allah mengajar manusia supaya berfikir dan mengambil iktibar daripada penciptaan unta yang mempunyai banyak keajaiban dari segi kekuatan menunggang beban serta kesabaran menanggung kepayahan. Manfaat lain yang boleh diambil oleh manusia seperti ia boleh ditunggangi, membawa barangan, dagingnya yang boleh dimakan dan susunya yang boleh diminum.



Firman Allah yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu kamu beroleh pengajaran yang mendatangkan
iktibar. Kami beri minum kepada kamu dari apa yang terbit dari dalam perutnya yang lahir dari
hampas makan dan darah, iaitu susu yang bersih, mudah diminum dan sedap rasanya bagi orang
yang meminumnya.”
(An-Nahl: 66)






Unta ialah spesies ungulat yang mempunyai bilangan jari kaki yang genap dalam genus Camelus, iaitu:



* Camelus dromedarius (bonggol tunggal) yang terdapat di Afrika utara dan Asia barat;




* Camelus Bactrianus (bonggol kembar) yang terdapat lebih jauh di utara dan timur Asia
tengah.



Kedua-dua jenis berasal dari gurun dan kawasan kering Asia dan Afrika utara. Jangka hayat purata seekor unta antara 30 hingga 50 tahun.

Manusia membela jinak unta lebih kurang 5,000 tahun dahulu. Kedua-dua jenis Camelus dromedarius dan Camelus Bactrianus masih diternak untuk susunya yang lebih berkhasiat berbanding susu lembu, untuk dagingnya, dan sebagai haiwan tenaga.




Fakta menarik tentang unta



1. Unta mampu hidup selama 8 hari pada suhu 50 darjah celcius.
2. Unta meminum air satu pertiga dari berat badannya dalam masa 10 minit, bererti 130 liter
sekali minum.
3. Mempunyai kelopak mata transparen untuk mengelakkan ribut pasir.
4. Tapak kakinya yang lebar membuatkan ia tidak tenggelam berjalan di padang pasir.
5. Sekitar 40 kilogram lemak tersimpan di dalam bonggol unta.










Sumber,
Lagi maklumat di,
http://en.wikipedia.org/wiki/Camel
http://ms.wikipedia.org/wiki/Unta

3 comments:

Anonymous,  January 18, 2010 at 4:52 AM  

baru akak tahu hehe..Thanks for sharing!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP