Siapa Pencipta Simbol 'Smiley Face'

>> Friday, April 30, 2010

Harvey Richard Ball Pencipta 'Smiley Face'



Richard Ball merupakan pemilik bersama satu syarikat pengiklanan dan firma perhubungan awam di Worcester, di Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta lambang 'Smile Face' pada tahun 1963 untuk mengurangkan ketegangan yang terjadi akibat proses penggabungan dua Firma Insuran.

Seorang naib presiden mengarahkan satu "kempen persahabatan" bagi meredakan ketegangan antara pekerja-pekerja yang bertengkar, lalu mengupah Richard Ball untuk mencipta satu grafik sesuai untuk sebiji butang pin untuk kempennya.





"Saya membuat lingkaran dengan mulut yang tersenyum pada selembar kertas kuning, yang melambangkan cahaya matahari yang cerah," katanya ketika diwawancara pada tahun 1996 oleh Associated Press. Ketika gambarnya diterbalikkan, senyum akan berubah menjadi sedih. Untuk mengelakkannya, Ball menambahkan dua titik sebagai mata dan akhirnya lahirlah 'Smiley Face'.

"Terdapat dua cara untuk melukisnya," Dia berkata. " Anda boleh mengambil sebuah kompas dan menarik satu bulatan yang sempurna dan membuat dua mata yang sempurna . "Atau anda boleh lukis ia dengan tangan sahaja seperti yang saya lakukannya," Kata Bell. "Berikan karakter!" Harvey Ball meninggal dunia pada April 2001, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.

Harvey Ball: "Tidak pernah terjadi dalam sejarah manusia atau seni mana-mana karya seni yang tunggal ini tersebar luas, menyenangkan, menyeronokkan, mudah dinikmati dan tidak ada yang pernah begitu mudah dilakukan difahami seperti ini dalam seni"



Pin butang yang sangat terkenal di awal 1970


Simbol Perdamaian

Pada September 1970, (dua orang bersaudara dari Sepanyol, Murray dan Bernard) melakukan pemilihan untuk sebuah simbol perdamaian yang menarik, mereka teringat pernah melihat smiley face digunakan di periklanan perniagaan, lalu mereka terus menciptakan pin bergambar Smiley. Pin itu memperoleh 'hits' yang besar. Pada akhir 1972, dianggarkan 50 juta pin Smiley ini telah terjual dan menjadi simbol yang sangat terkenal telah terjual.



























sumber :


Lanjutkan bacaan di :



Read more...

Hipnosis

>> Wednesday, April 28, 2010




Mungkin apabila anda terdengar perkataan Hipnosis, anda terbayangkan hipnotis (penghipnosis) misteri yang popular di filem dan juga di komik yang digambarkan sebagai seorang lelaki yang memegang sebuah bandul dan menggerakkannya ke kiri dan kanan dan memukau seseorang yang berada di atas sebuah bangku. Setelah itu orang yang dipukau itu akan menurut segala arahan yang disuruh oleh penghipnosis tersebut, tidak kira apa saja arahan akan dituruti.


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Hipnosis ialah keadaan tidak sedar yang menyebabkan seseorang kelihatan seperti tidur tetapi masih boleh mendengar, melihat atau memahami perkara tertentu yg diajukan kepadanya oleh orang yg menguasai mindanya ketika itu.



Hypnotism’ adalah suatu teknik penguasaan diri sendiri melalui beberapa latihan kerohanian dan teknik memandang ke arah sesuatu perkara atau objek termasuk manusia. Dikatakan boleh berlaku dengan pancaran kekuatan dalaman orang yang mengamalkan ‘hypnotism’ ini, boleh mendatangkan suatu tenaga khusus baginya untuk menguasai orang lain.


Kini, pemahaman masayarakat mengenai hipnosis telah berubah, walaupun ada pihak yang menyalahgunakan hipnosis ini, masih ada golongan yang memanfaatkannya ke arah kebaikan. Sebenarnya ia bukan ilmu hitam atau pukau, sebaliknya hipnosis merupakan sejenis rawatan terapi. Menurut Sheila Menon, 50, Pengarah Urusan, Hipnosis Klinikal Kolej London (LCCH). "Hipnosis adalah satu proses terapi yang berguna dari segi perubatan, psikologi dan juga motivasi". Dalam kata lain, ia merupakan sejenis rawatan yang boleh membantu individu bermasalah sama ada dari segi kesihatan mental ataupun fizikal.






1. 'Large'kan Youtube. Perhatikan titik(putih) di tengah skrin.
2. Teruskan memandang.
3. Lihat di sekeliling anda.



Demonstrasi Hipnosis di :




















Sumber,
Lanjutkan Bacaan Anda di ;

Read more...

Latah

>> Tuesday, April 27, 2010



Adakah anda seorang yang melatah apabila diusik atau diganggu ?. Mungkin juga anda pernah berasa geli hati apabila mengusik seorang yang melatah. Masyarakat kita terutama kaum Melayu sememangnya cukup sinonim dengan melatah terutama golongan berumur. Pakar Psikologi, Dr William S Buroughs, menjelaskan latah adalah situasi terkejut melampau (hyperstartling) yang ditemui di Asia Tenggara pada sesetengah bangsa saja dan amnya pada wanita.





Menurut Kamus Dewan Edisi Empat latah ialah sejenis penyakit saraf yang menyebabkan seseorang itu (biasanya perempuan) tidak sedar apa yg dilakukannya, suka mengikut perbuatan atau suruhan orang dgn tidak disedari, mengeluarkan perkataan atau mem­buat sesuatu dengan tidak disengajakan kerana terperanjat dan lain-lain:


Jenis-jenis latah

1. Echolalia : mengulangi perkataan orang lain
2. Echopraksia : meniru gerakan orang lain
3. Koprolalia : mengucapkan kata-kata yang dianggap tabu/kotor
4. Automatic obedience : melaksanakan perintah secara spontan pada saat terkejut, misalnya; ketika pendelatah dikejutkan dengan seruan perintah seperti ”sujud” atau ”peluk”, ia akan segera melakukan perintah itu.


Menyembuhkan latah
Syarat munculnya latah adalah adanya kejutan. Untuk mengurang dan menyembuhkan latah, pelatah harus menenangkan diri. Misalnya, keluar dari rumah jika orang di sekelilingnya sering memberikan tekanan atau mengelakkan diri dari membuat kerja yang memberikan tekanan yang berat.

Untuk menyembuhkan latah, orang yang hidup dengan pelatah ini perlu berempati. Janganlah selalu mengusik si pelatah. Ada penderita latah yang sembuh setelah berkeluarga dan hidup tenang. Pesakit latah ini juga perlu melakukan latihan relaksasi, meditasi, dan konsentrasi secara rutin.

























Sumber,
Lanjutkan bacaan anda di ;

http://prpm.dbp.gov.my/
http://www.kaskus.us/
http://www.ehoza.com/v4/forum/info-pengetahuan-am/15753-penyakit-melatah-hanya-di-asia-tenggara.html

Read more...

Papan Ouija, Spirit of the Coin, dan Penyeru Roh.

>> Sunday, April 25, 2010



Mungkin anda pernah terdengar tentang 'spirit of the coin' , (selalu dilihat dalam cerita seram) satu permainan yang menggunakan sekeping duit syiling dan juga sekeping kertas yang tertulis huruf, nombor, dan simbol-simbol tertentu yang digunakan untuk berkomunikasi dengan roh-roh. Kertas atau papan ini dikenali sebagai Ouija.






Permainan ini memerlukan sekurang-kurangnya dua orang. Satu jari setiap pemain diletakkan di atas syiling ini. Ia memerlukan pemain membaca mentera tertentu berulang-ulang, sebagai contoh 'Spirit-spirit of the coin, if you here me please come' (nama roh diseru). Jika terasa syiling itu bergerak soalan ditanyakan dan jawapan diberikan melalui gerakan syiling ke huruf-huruf, nombor-nombor dan simbol-simbol di atas papan itu.




























P/s
Banyak lagi permainan yang boleh dimainkan,
jangan cari pasal.







Sumber
gambar,

http://cmsof.wordpress.com/

Lanjutkan Bacaan anda di,

http://mmczone.multiply.com/journal/item/526

Read more...

Sedu (hiccups) : Penyebab Sedu dan cara merawat Sedu

>> Friday, April 23, 2010





Sedu (hiccups) berlaku apabila diafragma, otot yang mengawal pernafasan kita, menjadi kejang, mengecut dan tidak boleh dikawal, otot-otot diafragma mengecut dengan mendadak dan tidak disengajakan. Biasanya, tindakan ini berulang banyak kali. Satu bunyi pelik (hic) dihasilkan.





Bunyi disebabkan oleh epiglotis yang tertutup secara tiba-tiba apabila udara masuk ke trakea . Kebiasaannya, Sedu ialah bukanlah sesuatu yang menyakitkan, tetapi ia boleh menjadi masalah apabila ia berlaku dalam masa yang agak lama. Ia juga membuatkan kita akan berasa tidak selesa.

Biasanya, apabila saya sedu (hiccups), saya hanya meminum dua gelas air dan ia hilang
(kadang-kadang tidak menjadi) Tetapi dalam kes-kes serius, kaedah ini tidak cukup.
Terdapat juga petua yang terkenal untuk hilangkan sedu, tarik nafas sedalam yang boleh, lakukan 3 atau 4 kali. Pastinya sedu anda beransur hilang selepas itu. Namun, itu juga mungkin tidak akan menghilangkan sedu anda dengan cepat. Jadi elakkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan sedu.





Perkara-Perkara yang boleh menyebabkan Sedu ialah :

Jika anda cuba ingat, anda mesti pernah membuat satu daripada tindakan-tindakan yang dinyatakan di bawah sebelum mendapat sedu.

1. Makan dengan amat cepat,
2. Makan sesuatu yang panas tetapi setelah itu meminum air sejuk,
3. Terisak-isak atau menangis - kerana makan makanan yang sangat pedas,
4. Makan makanan yang sangat panas,
5. Meminum alkohol atau soda berlebihan,
6. Batuk dengan teruk,
7. Ketawa dengan teruk.
























Sumber,

http://www.beyondbiology.org/beyondbiology.org/index.php?option=com_content&view=article&id=280:why-do-people-hiccup&catid=114:questions-answers&Itemid=84


Read more...

Pranav Mistry : Teknologi SixthSense

>> Saturday, April 17, 2010


TED ialah satu Persidangan ‘Perkembangan Idea yang Bernilai’ ( Ideas Worth Spreading). Ia bermula (pada 1984) sebagai satu persidangan membawa bersama golongan dari tiga buah dunia yang berbeza iaitu : Teknologi, Hiburan, Reka Bentuk (Technology, Entertainment, Design). Hingga kini, skopnya semakin meluas ke bidang-bidang yang lain.




Begitu banyak idea dan pandangan dibentangkan oleh pembentang di TED. Antara yang menarik ialah idea dari Pranav Mistry. Beliau merupakan pelajar PhD dalam Fluid Interfaces Group di MIT (Massachusetts Institute of Technology). Sebelum kajian-kajiannya di MIT, dia bekerja dengan Microsoft sebagai penyelidik UX. Mistry sangat teruja tentang idea menyepadukan pengalaman digital dan interaksi realiti dalam kehidupan seharian manusia.




Di persidangan TED di India, Pranav Mistry mempersembahkan beberapa alat yang membantu dunia fizikal berinteraksi dengan dunia data seperti pen 3D, TaPuMa (Peta Digital), Quickies (digital sticky note) dan lain lagi. Ciptaannya yang paling mendapat perhatian ialah ‘Teknologi sixth sense’ yang membolehkan kita mengawal dunia digital hanya menggunakan jari kita.




Dapatkah anda bayangkan, melukis sesuatu tanpa kertas dan alat lukis, menghantar gambar ke komputer hanya menggunakan jari tanpa menggunakan kabel, mengedit gambar tanpa komputer, membuat panggilan telefon tanpa telefon, melihat masa di tangan tanpa jam, bermain permainan komputer hanya di atas sehelai kertas, dan banyak lagi kegunaan alat ini tanpa anda pernah terfikir tentangnya.



















































Sumber,
http://www.ted.com/

Read more...

Jenis-Jenis Arak

>> Wednesday, April 7, 2010

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang minuman yang dibuat daripada madu arak. Baginda menjawab: Setiap minuman yang memabukkan adalah haram.







1. Wain adalah minuman dibuat daripada penapaian jus anggur. Wain dihasilkan dengan menapai anggur hancur menggunakan pelbagai jenis yis yang memakan gula terdapat dalam anggur dan menukar mereka kepada alkohol. Pelbagai jenis anggur dan ketegangan bagi yis adalah digunakan bergantung pada jenis wain dihasilkan.





2. Bir adalah minuman beralkohol tertua di dunia. Ia dihasilkan oleh pendidihan dan penapaian kanji, kebanyakannya diperolehi dari bijirin. Bijirin yang paling biasa digunakan adalah barli. Walaubagaimanapun gandum ,jagung, dan beras juga digunakan secara meluas.






3. Vodka, merupakan salah satu daripada arak yang palig popular di dunia. Vodka diperbuat daripada penapaian bahan-bahan seperti : bijian, rai, gandum, kentang, anggur, atau gula ubi. Ia bersifat jernih, tidak berbau, dan tawar. Ia merupakan arak neutral yang boleh diadun dan tidak meninggalkan sebarang bau kepada peminum.




4. Wiski ialah sejenis minuman beralkohol yang disulingkan ditapai dari lecekan bijian. Butir-butir berbeza adalah digunakan untuk jenis-jenis berbeza, termasuk barli, barli malt, rai, malt rai, gandum, dan jagung (jagung). Wiski yang berusia disimpan dalam tong-tong kayu, yang diperbuat umumnya daripada pokok oak putih.




5. Tequila diperbuat daripada tumbuhan Agav yang banyak ditanam di Mexico. Tequila ialah satu daripada arak-arak yang terpopular di dunia.






6. Brandy disulingkan dari buah lecek, kebiasaannya anggur. Dikenali Sebagai "fired wain" ia menjadi popular untuk beratus tahun. Brandy disimpan lama di dalam tong-tong oak di mana ia merupakan punca warnanya. Secara tradisinya, ia diminum selepas makan malam dan sering digunakan sering dalam masak-memasak.
















P/s Terdapat banyak lagi jenis-jenis Arak.
Entry ini tidak bermaksud untuk mengangkat martabat arak tetapi hanya sebagai
pengetahuan am.

Dengar dari Ustaz Azhar.

Read more...

XPDC Mencandat Sotong

>> Saturday, April 3, 2010




Sesiapa yang pernah datang ke Terengganu pastinya tidak akan melupakan pesisir pantai yang panjang dan memukau pandangan. Semestinya, Terengganu juga sangat terkenal dengan keindahan pulau-pulau dengan air lautnya yang jernih, pantai berpasir putih dan lambaian pohon kelapa yang gemalai. Pulau-pulau ini jauh dari kesibukan di tanah besar merupakan destinasi yang paling sesuai untuk bercuti.


XPDC Mencandat Sotong

Ekspedisi mencandat dimulakan dengan bacaan doa.


Satu lagi perkara yang menarik di Terengganu ini ialah musim mencandat sotong, masa yang sesuai untuk mencandat sotong adalah dari bulan Mac hingga Julai. Terdapat pelbagai jenis sotong boleh dicandat seperti sotong ketupat, sotong jarum, sotong mengabang dan lain-lain lagi.



Jeti Marang
Tambang ke Pulau Kapas menaiki bot hanya RM40 pergi-balik.


Kebiasaannya, kaki pancing dan pencandat sotong akan ke laut melalui jeti Marang , kira-kira 30 minit (kira-kira 18 km) dari Kuala Terengganu. Bot juga selesa dan mematuhi peraturan keselamatan dengan menyediakan jaket keselamatan. Nilai tambang adalah antara RM 400 hingga RM 700, dan tempahan bot adalah bergantung kepada saiz bot dan rundingan dengan tuan bot.



Gelombang Laut pastinya menjanjikan pengalaman yang tidak menggembirakan bagi mereka yang mabuk laut. Persediaan boleh dibuat dengan memakan pil mabuk laut. Namun kepada kaki pancing, ia adalah nikmat yang tidak ternilai.


Pencandat juga perlu mahir menduga mata candatnya. Mata candat dilabuhkan hingga ke dasar, jika terasa berat, tali terus ditarik.



Warna sotong ketika baru dinaikkan adalah jernih, berbeza dengan yang dibeli di pasar.
Saiz sotong yang panjang dan besar mampu membuatkan kita tersenyum.

Satu lagi pengalaman yang menarik adalah makan sotong di atas bot, tekong bot menyiang dan menggoreng sotong segar ini di atas bot. Ramuannya mudah, hanya mencampurkan bawang putih dan sedikit air laut ketika sotong itu digoreng. Rasanya sangat sedap, dicicah pula dengan sos cili.


Hasil yang diperoleh dibahagi-bahagikan.

Hasil tangkapan bergantung kepada rezeki. Jika ada rezeki, jika kena harinya, sebuah bot mampu memperoleh 100kg> semalam.






































P/s Nasib baik cuaca ok..
Nasib baik tak mabuk laut..

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP