XPDC Kayak Jelajah Pulau-Pulau Terengganu

>> Sunday, July 19, 2009

Cuti bulan 5 2009 aritu, bebudak kelas aku ade ekspedisi berkayak ke pulau-pulau di Terengganu ni….(anjuran Jabatan PJ IPGM Kampus Sultan Mizan = Che Ishak -Ketua Jabatan-) dua pulau je lagi yg tak pegi Pulau kapas ngan pulau tenggol sbb jauh sangat…satu kat marang satu kat Dungun….
Di Besut ni boleh pegi banyak pulau…antara banyak pulau tu aku paling kagum pulau bidong sbb pelarian VietnamMyammar pernah tinggal kat situ mase perang tahun 70-an…


Dari Wikipedia Bahasa Melayu

Pulau Bidong ialah sebuah pulau kecil di Terengganu, Malaysia. Ia terletak di luar pantai Terengganu di Laut China Selatan.

Pada 1978, sebuah kem pelarian untuk pendatang tanpa izin Vietnam telah dibina di pulau ini oleh Kerajaan Malaysia dan UNHCR. Ketika ia ditutup pada 1991, kira-kira 250,000 pelarian berada di kem sebelun diterima kebanyakannya oleh Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Perancis. Selepas kem ditutup, banyak pelarian telah dihantar pulang ke Vietnam.


Pulau Bidong



Org2 Trg dah kerat kepala2 tokong2


Penghargaan diorang kpd raja dan rakyat Malaysia


Tugu "layar harapan' yang dibina







Letih kayak wei..dari merang ke Pulau Bidong 3 jam...tp yang mendebarkan, ade kayak yang terbalik mase perjalanan ke pulau bidong ni, kami pon guna la mcm2 teknik resque...mmg takut jugak sebab ade sesetengah kayak yang bocor sikit..






Dari Pulau bidong ni kami bertolak ke Pulau redang..Ambik mase dalam 3jam/3jam setengah jugak la...bosan2 menyanyi la kat atas kayak tu...









Mase kayak mmg seksa..dan paling penting ketahanan mental dan juga fizikal...kene kayuh x henti2...kalau x tertinggal di belakang..mase nak sampai kat sesebuah pulau tu nampak je macam dekat...rupa-rupanya sejam lagi...
Ade pegawai kat Universiti Malaysia Terengganu (dulu Kustem) yang kami ni buat kerja gila...kayak dari pulau ke pulau..baik naik bot je...
Yela.. kalau naik bot x pulak org panggil xpdc kayak...




Lepas 3-4 jam tu sampai la ke pulau redang...kami berenti kat pulau kecik di pulau Redang namanya Pulau Pinang...x boleh nak cakap ape...mmg cantik%$$#@%$&^*)













Ni gamba yang aku amik dengan N73 aku...kalau amik dengan canon D500 ke..DG 48 ke....D 5000 dan kamera yang harganya Rm 3000 ke atas..tak tau la...
Boleh jual kat microsoft kot...
Mesti Bill Gate nak datang kat Trg ni..











Taman Laut Pulau Redang














Tengok Penyu...







Malam tu tengah kitaorang rileks2 makan nasi...tibe2 ade penyu bagi salam...katenya nak bertelur...aku pon ape lagi, pegi la tengok....












Penyu ni penyu agar...penyu lain mcm penyu belimbing dan penyu karah dah jarang sangat naik bertelur kat pantai...Kali pertama dalam hidup aku tengok penyu bertelur dan kembali ke pantai...mmg satu perasaan yang tidak dapat diungkapkan...
Subhanallah








Malam tu jugak..ade anak penyu menetas kat sangkar yg dibina khas untuk anak2 penyu ni...
Yg td baru bertelur nak ditanam kat dalam sangkar ni la...tiba2 ade keluar baby penyu ni...

















Anak penyu ni lari/jalan bersepah-sepah........kurang koordinasi dan momentum lagi agaknya ade yang ke laut...ade yang nak ke darat....aku dan kawan2 kutip yang nak ke darat tu campak/lepaskan ke tepi pantai.....















Perjalanan diteruskan ke Pulau Perhentian


Dari Pulau Redang Mengambil masa 6-7 jam berkayak....Perjalanan ini sangat memerlukan daya tahan Mental dan Fizikal...boleh jadi gile oooo...sbb tertekan yg amat sangat....Kami melintasi Pulau Lang Tengah...Pensyarah yang iringi kami x bagi berenti takut hilang momentum dan jadi malas nak kayak kalau berenti kat Pulau Lang Tengah...Nasib baik ombak tak kuat...
Pengalaman aku berkayak mengelilingi Pulau Perhentian Besar masa musim ribut ari tu (masa Pendidikan Luar) cukup menjerihkan..alhamdulillah aku x mabuk laut...kalau tengok org muntah je..aku tak boleh...





Ha.. dah sampai...kat sini kami berehat 2 hari...Mmg best...kat Pulau Perhentian ni banyak Resort...yg paling femes Long Beach..penuh mat saleh...
dan yang tak boleh dilupakan air batu jagung kat jeti Pulau perhentian Kecil mmg sedap...
Kat Pulau Perhentian Kecil je ade perkampungan dan sekolah...


Lepak2 bersama Penduduk kampung...

Bertolak Balik

kami menamatkan Ekspedisi kayak kami dengan berkayak ke Pantai Bukit Keluang...mengambil masa 3 jam...
Mula2 nak buat program ni rase macam mustahil....bile dah abes...wahh!! bestnya...
sbb dapat Pegi jalan2 kat Pulau2 FREE!!
Dah la dapat snorkel, mandi, naik dinghi pusing pulau, Tengok penyu, tengok org putih, DLL...
Snorkel kat Pulau Bidong..coral paling cantik..
Snorkel kat Pulau Redang..ikan nya cantik..
Tp kat pulau Perhentian dah kurang cantik...coral termusnah..ramai sangat kot Pelancong datang...
Sekian saja...salam

1 comments:

yaya September 17, 2009 at 9:15 AM  

pemilik blog ini salah sorg pendtg vietnam yg kitorg bwk balik..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP