Bersin

>> Thursday, July 23, 2009


Bersin adalah keluarnya udara dari hidung dan mulut. Udara ini dapat mencapai kelajuan 70 m/sesaat (250 km/jam). Pernahkah anda sedar bahawa anda memejamkan mata anda setiap kali anda bersin?. Ya... Setiap kali kita bersin maka mata kita akan terpejam dengan sendirinya tanpa harus kita mengawalnya. Bersin adalah respon tubuh yang dilakukan oleh membran hidung ketika mengesan adanya bakteria dan kelebihan cairan yang masuk ke dalam hidung, sehingga secara otomatik tubuh akan menolak bakteria itu.

Saraf-saraf yang terdapat di hidung dan mata itu sebenarnya saling bertautan, sehingga ketika kita bersin, maka secara otomatik mata kita akan terpejam. Hal ini untuk melindungi saluran air mata dan kapilari darah agar tidak dimasuki oleh bakteria yang keluar dari membran hidung.

Selain itu, ketika kita bersin, secara refleks otot-otot yang ada di muka kita menegang, dan jantung kita akan berhenti berdenyut atau berhenti berdegup untuk seketika . Setelah selesai bersin maka jantung akan berdegup kembali.

Oleh kerana itu, dalam agama Islam, kita disarankan untuk mengucapkan kalimat pujian kepada Tuhan iaitu "Alhamdulillah" yang bererti "Segala Puji bagi Allah", kerana jantung kita sudah berfungsi lagi normal seperti biasanya, setelah terhenti sejenak disebabkan oleh bersin kita tadi. Satu lagi, kuatnya tenaga bersin kita, mata kita akan terpejam. Jikalau mata kita tidak terpejam ketika bersin, mata akan terkeluar. Tidak percaya? Silakan buktikan sendiri...









P/s .....Dengar dari Ustaz Azhar Idrus

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP