Kisah petani bersama beruk putihnya selepas ditinggalkan isteri

>> Saturday, July 18, 2009


Ayah Putih

Hidup seorang petani yang ditinggalkan isteri kerana miskin dari Kampung Gajah Mati di Chengkuas, Narathiwat, Thailand, berubah sejak dia menemui seekor beruk putih hampir sebulan lalu.

Tolik Yamaer, 31, membawa pulang beruk albino itu selepas ia memasuki perangkap yang dipasangnya dalam kawasan hutan di Bukit Budoo, tidak jauh dari rumahnya. Kini, kawasan rumahnya bagaikan tapak pesta.

Setiap hari, rumahnya dikunjungi ribuan penduduk dari seluruh Thailand bagi menyaksikan keanehan beruk berbulu seputih salji itu.

Rumah Tolik dah jadi macam tapak pesta

Beruk albino yang dinamakan Ayah Putih (bukan Ayah Pin tau) itu kini menjadi teman dua anaknya berusia tujuh dan 10 tahun. Khabar mengenai beruk albino itu tersebar cepat dan menarik kedatangan orang ramai yang berpusu-pusu ke rumahnya setiap hari.

Malah, penduduk kampung turut mengambil kesempatan menjual T-shirt, VCD dan gambar pelbagai aksi beruk putih itu. Orang ramai yang berkunjung pula menghulurkan sumbangan kepada Tolik untuk menyediakan makanan Ayah Putih.




Ayah Putih jadi tumpuan ramai

Orang ramai datang semata-mata untuk merakamkan gambar kenangan bersama beruk albino yang jinak itu yang ditempatkan dalam sangkar bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Menurut Tolik yang ditinggalkan isteri tiga bulan lalu kerana hidup dalam kemiskinan, selain bertani dia menjalankan usaha menangkap beruk liar untuk dijual kepada penduduk kampung yang mahu melatih haiwan itu untuk tujuan memanjat kelapa dan petai.

Bulan lalu ketika menjenguk perangkap beruk yang dipasangnya, Tolik terkejut apabila mendapati dua ekor beruk di dalamnya iaitu beruk biasa dan seekor lagi beruk albino. Beruk biasa itu pantas melarikan diri sebaik perangkap dibuka, manakala beruk albino tidak berbuat demikian.










Releks je adik ni bergurau dengan Ayah Putih

Kata Tolik, dia tidak berhasrat menjual beruk ini walaupun ada yang menawarkan sehingga Baht3 juta (RM300,000) kerana mendakwa dia bermimpi seseorang melarangnya menjual beruk itu kepada orang lain.

“Dalam mimpi itu, saya diingatkan supaya membebaskannya ke hutan jika tidak mahu memeliharanya lagi,” katanya.

Ketika malam, Ayah Putih akan dibawa masuk ke dalam rumah untuk tidur bersamanya. Dia kini tidak berpeluang lagi ke hutan untuk menangkap beruk kerana sibuk melayan orang ramai yang berkunjung ke rumahnya.

P/s Tahu kisah beruk putih ni dari kawan ayah aku...dia duk kat selatan thai....
aku pun ters cari...

http://mywanfai.wordpress.com/2009/02/22/kisah-petani-ditinggalkan-isteri-dan-beruk-putihnya/






2 comments:

yaya September 17, 2009 at 9:14 AM  

mmuke bdk tu mcm muke syazwan ms kecik2..

syazwan safwan October 9, 2009 at 1:45 AM  

org kate muka sy mase kecik2
sama macam putera shazlan..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP