Mole People
>> Monday, July 27, 2009
Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ...
Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum 'orang gua' ini.
'Cerita ini harus diberitahu,' kata sumber itu. 'Ia terlalu besar untuk disorok'. Sumber itu t ela h mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. 'Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah', beliau berkata,
'Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English'.
'Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi (surface world)', kata sumber itu.
'Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati.
'Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang
>dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. 'Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi'.
Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan.
'Seperti k ita , mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole'
'Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang m ela m pau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi'.
'Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan
makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.
Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas.
'Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau'.
'Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah s ela mat dan hidup
dari insiden itu'.
Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar.
'Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan bersukaria', mengikut kata sumber.
'Amat j ela s mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi'.
NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole.. 'Kami mahu tahu
segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum
manusia'.
1 comments:
eh, ckgu kt solah saye bru ckp psl MOLE PEOPLE neyh .!
ehmm, camne ye ghoman dea .?
nak tgk . ckgu kate, mole people neyh makhluk bercengkerang . betul ea .?
Post a Comment