Berapa banyak bahasa di dunia ini ?

>> Sunday, November 29, 2009


Terdapat kira-kira 195 negara di dunia ini. Penduduk di negara-negara yang berbeza ini menuturkan bahasa dan loghat yang berbeza. Malah penduduk di antara daerah dan mukim-mukim juga menuturkan dialek yang berbeza-beza.

Bahasa di India
India merupakan negara yang mempunyai bahasa yang paling banyak di dunia. Terdapat lebih dari 800 bahasa di negara ini. Penduduknya menuturkan bahasa yang berbeza setiap 20 km.



Bahasa-bahasa yang digunakan mengikut benua.


Eropah
  • Ducth
  • English
  • French
  • German
  • Greek
  • Hungarian
  • Italian
  • Norwegian
  • Polish
  • Romanian
  • Russian
  • Romanian
  • Russian
  • Spanish
  • Swedish
  • Ukranian

Amerika Utara
  • Aleut
  • Creole
  • English
  • Spanish
Amerika Selatan
  • Anymara
  • English
  • Guarani
  • Portuguese
  • Quechua
  • Spanish
Afrika
  • Afrikaans
  • Arab
  • English
  • French
  • Portuegese
  • Swahili
Asia
  • Arabic
  • Bahasa Indonesia
  • Hindi
  • Japanese
  • Malay
  • Mandarin
  • Chinese
  • Pilipino
  • Tamil
  • Thai
  • Urdu
Ocenia
  • English
  • Fijian
  • Samoan
  • Tongan







Terdapat 3000 hingga 5000 bahasa di dunia ini sekarang.
Sebenarnya bahasa-bahasa di dunia ni sangat banyak
Anda boleh merujuknya di :

http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_languages_by_name:_A

Read more...

'General Sherman Tree'

>> Saturday, November 28, 2009



Pokok Sequoia di Amerika Utara adalah pokok yang terbesar di dunia. Sequoia adalah yang terbesar kerana mempunyai batang pohon yang sangat tebal dan tinggi. Sesetengah daripada pokok ini setinggi 300 kaki (90 m). Malah dipercayai masih ada yang lebih tinggi dari ini. Pokok Redwood pula melebihi 400 kaki ( 120m ) tinggi. Semestinya, ia mengambil masa yang sangat lama untuk membesar .



Sepohon Pokok Sequoia yang berusia lebih daripada 3,500 tahun dinamakan Sherman Tree terletak di National Park di California, Amerika Syarikat, merupakan benda hidup yang paling besar di bumi. Ia berukuran 272 kaki ( 83 m ) tinggi dan 36 kaki ( 11m ) lebar.


Untuk kesekian kalinya..
maklumat lanjut googlekan saja General Sherman Tree..



Sumber,
http://en.wikipedia.org/wiki/General_Sherman_%28tree%29


Read more...

Kisah Seumpama Tarzan dan Mowgli

>> Friday, November 27, 2009

Mungkin anda sangat mengenali watak tarzan sejak dari kecil . Begitu juga dengan watak Mowgli dalam Jungle Book. Persamaannya, kedua-dua watak ini dipelihara oleh haiwan.




Kisah Seumpama Tarzan dan Mowgli


Oxana Malaya
Oxana Malaya dilahirkan pada 4 November 1983. Ditemui semasa beliau berusia 8 tahun sebagai budak liar (terbiar) di Ukraine pada 1991. Keseluruhan hidupnya adalah bersama sekumpulan anjing dan perilakunya terpengaruh dengan lakuan anjing2 liar.


Ivan Mishulov

Begitu juga dengan Ivan Mishulov, hidup terbiar di jalanan Moscow, akhirnya dia bercampur dengan sekumpulan anjing untuk mencari makanan dan tempat tinggal. Dua tahun kemudian, dia ditangkap oleh polis dan dibawa ke pusat jagaan sosial. Ivan Mishulov berjaya menyesuaikan diri dengan kehihupan manusia.


John Ssbunya

Pada tahun 1988, John Ssebunya berumur 4 tahun dan melihat ayahnya membunuh ibunya. Dia ketakutan lalu lari ke dalam hutan di Uganda. Dipercayai dia bercampur dengan beruk atau gorilla. Semasa ditemui setahun kemudian, dia menggunakan kaki dan kedua-dua tangannya untuk berjalan sama seperti beruk berjalan. Dia juga ditumbuhi bulu yang tebal dan tidak boleh makan makanan yang telah dimasak.


Terdapat banyak lagi kisah2 sebegini. Antaranya ialah Gazelle Boy, Amala dan Kemala, Victor dan Misha.




Sumber

http://marcianitosverdes.haaan.com/2007/10/los-nios-salvajes-29/
http://en.wikipedia.org/wiki/Amala_and_Kamala


P/s Tengok dalam Discovery baru2 ni..

Read more...

"Pokok Kehidupan", Bahrain

>> Thursday, November 26, 2009



' Tree of Life ' ialah sepohon pokok yang tumbuh di tengah-tengah padang pasir di Bahrain. Ada yang mendakwa pokok ini telah berusia lebih daripada 100 tahun dan ada yang mendakwa pokok ini berusia lebih daripada 400 tahun.




Pokok yang unik ini terletak di tengah-tengah padang pasir kira-kira 2 kilometer dari
Jebel Dukhan , pucak tertinggi di Bahrain.



Sumber air bagi pokok ini masih menjadi misteri kerana di kawasan ini tiada satu pokok pun yang tumbuh. Semestinya, sumber kehidupan adalah air.

Anda inginkan maklumat lanjut..
Taipkan sahaja Tree of Life Bahrain di Google..







Sumber,
http://en.wikipedia.org/wiki/Tree_of_Life,_Bahrain

Read more...

Kaabah Bar

>> Tuesday, November 24, 2009


Saya pernah terbaca email yang menggesa umat Islam supaya menentang pembinaan Mecca Bar (bangunan yang menyerupai Kaabah dijadikan Bar) yang telah dibina di New York, Amerika Syarikat. Tidak diketahui di mana sumber berita ini dikeluarkan kepada umum dan siapa yang menciptanya. Yang nyata ia adalah pembohongan semata-mata.

Realitinya gambar yang ditunjukkan di atas ialah sebuah bangunan yang dimiliki oleh syarikat Apple yang merupakan galerinya. Bangunan yang menyerupai kaabah tadi merupakan bangunan yang masih dalam pembinaan.




Kesimpulannya ialah, bukan semua berita yang berlegar di internet boleh dipercayai, terutamanya perkara yang boleh menjejaskan akidah.






Lagi gambar di :
http://www.apple.com/retail/fifthavenue/gallery/?aosid=p204&siteid=1503186&program_id=2554&cid=OAS-EMEA-AFF&tduid=de976f20a5bd7f338da769befaa43858

Present address of the same Apple Store:
767 Fifth Ave. New York City, NY 10153 (212) 336-1440


Read more...

Tatoo Elektronik

>> Monday, November 23, 2009


Tatoo LED telah dicipta di Universiti Pennsylvania. Peranti implantable sutera diletakkan di bawah kulit seperti tato. Tatoo ini boleh membawa LED, menukarkan kulit menjadi sebuah layar.

Substrate sutera di dalam nanochip yang dipasang akan melarut di dalam tubuh, Cip silikon sangat kecil, sekitar panjang butiran kecil beras - sekitar 1 milimeter, dan hanya setebal 250 nanometer. Lembaran sutera akan membuat mereka tetap di tempatnya, mencetak ke bentuk kulit ketika larutan garam ditambah.


Pajangan ini boleh dihubungkan dengan segala jenis peranti elektronik, juga di dalam tubuh. Saintis sedang menggunakan dieksplorasi, daripada sensor gula darah yang menunjukkan readouts pada kulit itu sendiri untuk neurodevices yang mengikat ke dalam sistem saraf tubuh - pemasangan cip saraf tertentu untuk mengendalikan tangan palsu, misalnya.


Philips, raksasa alatan elektronik, sedang menjejaki beberapa kelebihan menggunakan teknologi ini :

GPS, dengan pembacaan peta di bahagian belakang pergelangan tangan pasti akan wujud.

Dan badan penuh paparan pada akan digunakan untuk iklan.

http://www.wired.com/gadgetlab/2009/11/the-illustrated-man-how-led-tattoos-could-change-the-face-of-humanity/


Read more...

Satu-satunya Jambatan Gantung di Kelantan


Jambatan ini juga dikenali sebagai Gertak Gantung Sungai Nal.Ia merupakan satu-satunya jambatan gantung di Negeri Kelantan.Jambatan ini amat penting bagi menghubungkan Kota Bharu dengan Kuala Krai melalui jalan raya.


Ia dibuka pada 19 April 1932 oleh KDYMM Sultan Ismail Ibni Sultan Muhamad IV.Reka bentuknya menyerupai kebanyakan jambatan yang terdapat di Eropah.Struktur binaannya menggunakan besi keluli begitu teguh dan kuat.Panjangnya 70 kaki dan lebar 30 kaki.


Tali besi yang menggantungkan jambatan ini berukuran 12 inci lilitan dan dipintal pada bahagian luar dengan dawai besi lebih kecil menampakkan seperti tali berpintal.Mulai tahun 1986,jambatan ini tidak lagi digunakan kerana jambatan baru berhampiran telah siap dibina.Ianya dikekalkan sebagai warisan sejarah.

Read more...

Nyamuk memilih Mangsa?



Ketika anda bersama-sama dengan kawan-kawan, anda mungkin hairan kenapa ada yang digigit oleh nyamuk, sedangkan yang lain tidak. Jawapannya adalah kerana nyamuk memang memilih-milih mangsanya untuk dihisap darahnya. Satu dari 10 orang sangat menarik bagi nyamuk (Jerry Butler, PhD, profesor di Universiti Florida).

Siapa yang paling disukai nyamuk?

Para saintis memahami bahwa 85% unsur genetik menentukan kepekaan kita terhadap gigitan nyamuk. Nyamuk juga mengenali unsur-unsur kimia tertentu di tubuh kita, yang ditemui secara berlebihan di permukaan kulit.


Manusia dengan jumlah konsentrasi steroid atau kolesterol yang tinggi di permukaan kulit akan menarik bagi nyamuk. Nyamuk juga menyerang manusia yang tubuhnya menghasilkan bau-bau tertentu. Unsur ini dapat merangsang sensor pembau pada nyamuk, mendorong mereka untuk menhisap darah mereka. Nyamuk dapat “mencium” bau makan malamnya dari jarak yang luar biasa, yakni 50 meter.

Selain itu, gas karbon dioksida juga menarik bagi nyamuk, bahkan dari jarak yang jauh. Nyamuk lebih menyukai orang dewasa dibanding kanak-kanak kerana kecenderungan gas karbon dioksida yang dihasilkan lebih banyak. Wanita-wanita hamil juga berisiko lebih tinggi, kerana sebab yang sama. Gerakan dan suhu panas tubuh juga menarik bagi nyamuk.

Oleh sebab itu, jika anda ingin menghindari serangan nyamuk pada malam hari, hindari kegiatan yang menimbulkan banyak gerakan, nafas termengah-mengah sehingga menghembuskan banyak gas karbon dioksida, dan jangan berpeluh kerana peluh merupakan daya tarikan kuat bagi nyamuk untuk menggigit anda.

sumber : http://www.indowebster.web.id/showthread.php?t=35101

Read more...

Antara Buah merah Papua dan Buah Tunjuk Langit

>> Sunday, November 22, 2009


Buah Merah Papua




Mungkin kita tidak pernah mendengar ataupun melihat buah Merah Papua ini kerana ia jarang ditanam di negara kita. Buah Merah adalah sejenis buah tradisional dari Papua. Masyarakat Wamena di Papua, menyebut buah ini sebagai kuansu. Nama saintifiknya ialah Pandanus Conoideus Lam kerana tanaman Buah Merah termasuk tanaman keluarga pandan-pandanan dengan pohon menyerupai pandan, namun tinggi tanaman dapat mencapai 16 meter dengan tinggi batang bebas cabang sendiri setinggi 5-8 m yang diperkukuhkan dengan akar-akar tunjang pada batang sebelah bawah.


Bagi masyarakat di Wamena, Buah Merah disajikan untuk makanan pada pesta adat bakar batu. Namun, banyak pula yang memanfaatkannya sebagai obat. Secara tradisional, Buah Merah dari zaman dahulu secara turun temurun sudah digunakan kerana berkhasiat dalam menyembuhkan berbagai macam penyakit seperti mencegah penyakit mata, kecacingan, kulit, dan meningkatkan stamina.


Buah Tunjuk Langit



Satu lagi buah yang unik yang jarang dikenali ialah Buah Tunjuk Langit. Bentuknya yang pelik dan rasanya yang sangat pahit pastinya membuatkan sesiapa yang memakannya secara mentah bersumpah tidak akan memakannya buat kali kedua. Di tempat saya belajar banyak ditanam pokok ini, buah ini dijadikan gurauan. Saya pernah terkena. Saya hanya menggigit sedikit dari kepingan buah ini.....dan rasa pahitnya terasa di lidah sehingga malam.



Dikenali sebagai Skyfruit, ia berasal dari kawasan di Selatan Pasifik, khususnya di Kepulauan Solomons. Penduduk asli di situ telah menggunakan buah ini sejak turun temurun bagi tujuan kesihatan dan perawatan.Khasiat Buah Tunjuk Langit ini telah di proses secara saintifik dan di pek bagi kemudahan pengguna di seluruh dunia,keberkesanan nya telah terbukti secara traditional untuk membantu mereka yang mengidap penyakit seperti Kencing Manis, Darah Tinggi, Gout, Alergi Kulit dan pelbagai jenis penyakit lagi.




http://www.xklworldwide.com/

http://id.wikipedia.org/wiki/Buah_Merah_Papua


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP