Kisah Seumpama Tarzan dan Mowgli

>> Friday, November 27, 2009

Mungkin anda sangat mengenali watak tarzan sejak dari kecil . Begitu juga dengan watak Mowgli dalam Jungle Book. Persamaannya, kedua-dua watak ini dipelihara oleh haiwan.




Kisah Seumpama Tarzan dan Mowgli


Oxana Malaya
Oxana Malaya dilahirkan pada 4 November 1983. Ditemui semasa beliau berusia 8 tahun sebagai budak liar (terbiar) di Ukraine pada 1991. Keseluruhan hidupnya adalah bersama sekumpulan anjing dan perilakunya terpengaruh dengan lakuan anjing2 liar.


Ivan Mishulov

Begitu juga dengan Ivan Mishulov, hidup terbiar di jalanan Moscow, akhirnya dia bercampur dengan sekumpulan anjing untuk mencari makanan dan tempat tinggal. Dua tahun kemudian, dia ditangkap oleh polis dan dibawa ke pusat jagaan sosial. Ivan Mishulov berjaya menyesuaikan diri dengan kehihupan manusia.


John Ssbunya

Pada tahun 1988, John Ssebunya berumur 4 tahun dan melihat ayahnya membunuh ibunya. Dia ketakutan lalu lari ke dalam hutan di Uganda. Dipercayai dia bercampur dengan beruk atau gorilla. Semasa ditemui setahun kemudian, dia menggunakan kaki dan kedua-dua tangannya untuk berjalan sama seperti beruk berjalan. Dia juga ditumbuhi bulu yang tebal dan tidak boleh makan makanan yang telah dimasak.


Terdapat banyak lagi kisah2 sebegini. Antaranya ialah Gazelle Boy, Amala dan Kemala, Victor dan Misha.




Sumber

http://marcianitosverdes.haaan.com/2007/10/los-nios-salvajes-29/
http://en.wikipedia.org/wiki/Amala_and_Kamala


P/s Tengok dalam Discovery baru2 ni..

1 comments:

Finaz December 5, 2009 at 10:23 PM  

tak sangka ada ek... ingatkan dlm movie jer

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP