Nyamuk memilih Mangsa?

>> Monday, November 23, 2009



Ketika anda bersama-sama dengan kawan-kawan, anda mungkin hairan kenapa ada yang digigit oleh nyamuk, sedangkan yang lain tidak. Jawapannya adalah kerana nyamuk memang memilih-milih mangsanya untuk dihisap darahnya. Satu dari 10 orang sangat menarik bagi nyamuk (Jerry Butler, PhD, profesor di Universiti Florida).

Siapa yang paling disukai nyamuk?

Para saintis memahami bahwa 85% unsur genetik menentukan kepekaan kita terhadap gigitan nyamuk. Nyamuk juga mengenali unsur-unsur kimia tertentu di tubuh kita, yang ditemui secara berlebihan di permukaan kulit.


Manusia dengan jumlah konsentrasi steroid atau kolesterol yang tinggi di permukaan kulit akan menarik bagi nyamuk. Nyamuk juga menyerang manusia yang tubuhnya menghasilkan bau-bau tertentu. Unsur ini dapat merangsang sensor pembau pada nyamuk, mendorong mereka untuk menhisap darah mereka. Nyamuk dapat “mencium” bau makan malamnya dari jarak yang luar biasa, yakni 50 meter.

Selain itu, gas karbon dioksida juga menarik bagi nyamuk, bahkan dari jarak yang jauh. Nyamuk lebih menyukai orang dewasa dibanding kanak-kanak kerana kecenderungan gas karbon dioksida yang dihasilkan lebih banyak. Wanita-wanita hamil juga berisiko lebih tinggi, kerana sebab yang sama. Gerakan dan suhu panas tubuh juga menarik bagi nyamuk.

Oleh sebab itu, jika anda ingin menghindari serangan nyamuk pada malam hari, hindari kegiatan yang menimbulkan banyak gerakan, nafas termengah-mengah sehingga menghembuskan banyak gas karbon dioksida, dan jangan berpeluh kerana peluh merupakan daya tarikan kuat bagi nyamuk untuk menggigit anda.

sumber : http://www.indowebster.web.id/showthread.php?t=35101

6 comments:

cryingangel November 23, 2009 at 3:04 PM  

bijak juga sang nyamuk ni ye.....

syazwan safwan November 23, 2009 at 3:38 PM  

bijak..satu lagi, hanya nyamuk betina yang gigit org ni dan menyebarkan virus..nyamuk jantan minum buah-buahan je..

Taib Razak November 23, 2009 at 6:26 PM  

Hehehe... gatai betul nyamuk betina tu...hehehe..

syazwan safwan November 23, 2009 at 8:35 PM  

Tak boleh tuduh nyamuk betina jugak..kene la cari rezeki untuk anak2 nyamuk yang dalam kandungan..nyamuk jantan releks je..hehe..

ellenyna November 23, 2009 at 11:07 PM  

oh camni ke, el ingat nyamuk ni nak cari kte sbb wangi / berbaju itam. :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP