Satu-satunya Jambatan Gantung di Kelantan

>> Monday, November 23, 2009


Jambatan ini juga dikenali sebagai Gertak Gantung Sungai Nal.Ia merupakan satu-satunya jambatan gantung di Negeri Kelantan.Jambatan ini amat penting bagi menghubungkan Kota Bharu dengan Kuala Krai melalui jalan raya.


Ia dibuka pada 19 April 1932 oleh KDYMM Sultan Ismail Ibni Sultan Muhamad IV.Reka bentuknya menyerupai kebanyakan jambatan yang terdapat di Eropah.Struktur binaannya menggunakan besi keluli begitu teguh dan kuat.Panjangnya 70 kaki dan lebar 30 kaki.


Tali besi yang menggantungkan jambatan ini berukuran 12 inci lilitan dan dipintal pada bahagian luar dengan dawai besi lebih kecil menampakkan seperti tali berpintal.Mulai tahun 1986,jambatan ini tidak lagi digunakan kerana jambatan baru berhampiran telah siap dibina.Ianya dikekalkan sebagai warisan sejarah.

3 comments:

Anonymous,  November 23, 2009 at 11:25 PM  

boleh lalu ker kat jambatan tuh amik gambar

syazwan safwan November 24, 2009 at 12:44 PM  

Boleh kak...tp kalau ngan kereta tak berani la..

Anonymous,  November 18, 2011 at 10:18 AM  

salam...kt kalu sy nk kaji ttg jmbatan ini kt mna yer mklumat terperinci mgenai jmbtan ini blh sy rujuk..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP