Doomsday Vault

>> Monday, November 2, 2009




Sebuah bangunan sangat kukuh telah dibina di Kutub Utara untuk menyelamatkan manusia dari bencana dan didakwa sebagai tempat yang paling selamat. Ia disebut sebagai Kubah Kiamat (Doomsday Vault) dibina di dalam sebuah gunung beku di Kepulauan Svalbard, Norway, 1100 kilometer dari kutub utara.


Bangunan ini akan berfungsi untuk menyimpan biji-bijian dari seluruh dunia. Harapannya, jika terjadi bencana besar yang melanda dunia, biji-bijian yang disimpan di dalam bangunan itu akan menjadi sumber penyelamat manusia sebelum terjadi kelaparan dan kebuluran.






Setelah dirasmikan, bangunan yang berada di dalam perut gunung sedalam 127,5 meter ini akan menyimpan bank benih dari seluruh dunia. Ruangan di dalamnya dapat memuatkan 4,5 juta sampel benih.


Bangunan yang pembangunannya menelan kos US$9,1 juta-hasil kerja sama Global Crop Diversity Trust, lembaga yang dibiayai badan PBB untuk urusan pemakanan atau FAO (Food and Agriculture Organization) dan Biodiversity International yang beribu pejabat di Roma, Itali diharapkan menjadi penyelamat masa depan demi kelangsungan kehidupan manusia.


2 comments:

Art Untuk Rakyat November 3, 2009 at 11:40 AM  

Hmmm...kalau kiamat...sngkakala dah bertiup, bleh idup lg ke kite ni?....;)...Maksudnya org bkn islam pun percaya gak kiamat ek...

syazwan safwan November 9, 2009 at 10:40 AM  

yep...dalam setiap agama ada kepercayaan kiamat masing2

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP