Fenomena Nombor dalam Hidup Anda

>> Thursday, May 5, 2011


Pernahkah anda terperasan sesuatu, sebaik sahaja melihat jam digital anda atau melihat resit pembelian ataupun melihat nombor plat kenderaan nombor itu sering sahaja muncul. Bukan sekali malah berkali-kali dalam hidup anda. Bagi saya, nombor yang sering terlihat adalah 11:03, terutamanya ketika melihat jam digital saya. Pada masa-masa lain pula nombor yang sering terlihat adalah 11. Ingatkan fenomena ni berlaku pada saya seorang sahaja rupa-rupanya bila bertanya rakan mereka pun menyatakan hal yang sama, tetapi nombor-nombornya adalah berlainan antara individu. Ada yang mengatakan 126, 300, 222 dan macam-macam nombor lagi. Tetapi yang paling kerap terlihat adalah 11.




Apabila tersedar tentang hal ini, saya terus meng'google'. Rupa-rupanya bukan saya dan rakan sahaja mengalami perkara ini malah ramai lagi di dunia ini yang turut sama berkongsikan hal ini. Malah terdapat forum (11 Phenomenon.com) di internet yang membincangkan hal fenomena nombor ini semata-mata. Terdapat beberapa alasan mengapa kita sering terlihat nombor-nombor yang sama, iaitu kita telah men'set'kan nombor itu di minda kita. Apabila terlihat nombor lain, kita tidak mengendahkannya, tetapi apabila melihat nombor yang telah di'mindset'kan itu, mulalah kita terlalu memikirkan nombor itu yang sebenarnya tidak memberikan apa-apa makna pun. Bagi masyarakat melayu yang beragama islam,perkara tentang nombor ini janganlah di jadikan ikutan kita kerana bimbang akan membawa kepada syirik.







Angka 11 dalam hidup Perdana Menteri kita,
Temuramah di Hot FM.




"CHRONOHABITUATION"

Read more...

Harga Yang Mahal untuk Sebatang Gigi

>> Wednesday, May 4, 2011


Rasa-rasanya sakit yang paling sakit dalam dunia ni adalalah sakit gigi. Masa sakit gigi ni, seseorang tu akan bersikap lain daripada biasa. Sebabnya, sakit gigi ni sangat mengganggu masa tidur kita. Rasa yang paling sakitnya ialah di waktu malam. Kadang-kadang sampai seminggu tak boleh nak tidur. Berdenyut-denyut sampai ke otak. Masa ni memang kita tak fikir lain dah, melainkan nak cabut je gigi tu. Usahkan budak kecil, malah pahlawan yang bertubuh sasa boleh menangis kerana sebatang gigi yang berlubang ini. Benarlah kata pepatah, mencegah lebih baik dari merawat. Memang banyak kali didengar di televisyen mahupun radio cara-cara mencegah kerosakan gigi. Tapi ikut resmi kita, memang semua nasihat-nasihat itu tak boleh pakai. Akibatnya berlubanglah sebatang dua gigi kita yang kita bela dari sejak kecil ni. Masa sakit gigi ni macam-macam petua timbul, letak bunga cengkih la, jumpa bomoh gigi la, macam-macam. Baru menyesal makan gula-gula tak gosok gigi.




Nak dicabut sayang, nak ditampal dah tak boleh, kerananya bakteria tu dah masuk ke dalam saraf paling dalam kata doktor. Ada satu pilihan lagi 'rawatan akar gigi'. Berdasarkan pengalaman sebelum ni yang dah banyak kali kecewa di hospital kerajaan, rawatan akar gigi diteruskan saja di klinik gigi swasta ni. Kosnya sahaja menyamai empat biji rim sport kancil. Namun, terpaksa diteruskan untuk mengelakkan 'sikap lain daripada biasa'. Rawatan ni menyebabkan kita terpaksa tiga kali berdating dengan doktor, dan sekali dating ongkosnya RM150. Kali pertama dating tu, mungkin rasa sakit sikit sebab, doktor letak ubat bius kot, nak korek bakteria sampai ke dalam. Kali kedua, dah tak sakit dah. Kita pun boleh bersikap seperti biasa semula.





























Jadi nasihat paling mudah, ambil berat la pasal gigi anda.
Semua iklan nasihat yang menyuruh kita gosok gigi tu adalah benar belaka..

Read more...

Potong kuku pun Matematik ke?

>> Monday, May 2, 2011


Petang itu, ada seorang rakan sanggup datang dari jauh untuk mengambil bukunya. Elok juga, kerana tertinggal barang sampai juga dia ke rumah. Kalau tidak tertinggal, alamatnya memang takkan datang ke rumah. Sampainya dia di rumah, bersalamanlah dia dengan abah saya, seorang guru yang telah lama berkhidmat dalam bidangnya. Lebih dari 30 tahun rasanya. Manakala saya dan rakan saya yang tertingal buku itu baru sahaja tamat dari praktikal mengajar di sebuah sekolah di Besut selama 3 bulan. Banyak bezanya 30 tahun dan 3 bulan tu.

Menjadi kesukaan abah untuk berbual-bual dengan tetamu-tetamu yang bertandang terutamanya rakan-rakan saya yang akan bergelar guru kelak. Kata abah, cara pengajaran sesetengah guru langsung tidak menjurus ke arah Islam. Sebab tu la banyak benar kes-kes pukul guru terpampang di dada akhbar. Sehinggakan guru besar juga dipukul. Sebenarnya dalam pendidikan semua perkara boleh digabungjalinkan dengan Islam dan diajarkan kepada kanak-kanak. Sebagai contoh katanya, ilmuan matematik agung Islam, al khawarizmi menerapkan nilai Islam dalam matematik. Dari takbir hingga salam semuanya adalah matematik. Semasa takbir dua tangan diangkat ke telinga, satu tangan ada lima jari. Lima tambah lima sepuluh.



Sehinggakan cara potong kuku pun ada cara dan tertib tersendiri. Bermula dari jari telunjuk tangan kanan hingga ibu jari tangan kanan. Memotong kuku jari kaki juga ada tertibnya. Inilah indahnya Islam, dari sekecil-kecil perkara hingga kepada sebesar-besar perkara, semuanya sangat terperinci. Ada perkara-perkara yang kadang-kadang kita langsung tidak terfikir ia saling berkaitan. Memotong kuku pun berkait dengan matematik juga. Setiap jari yang mana harus dipotong dahulu mempunyai susunan nombor masing-masing. Sangat Matematik!! saya langsung tidak terfikirkan mengenai sunnah nabi ini dengan matematik sebelum ini.




Read more...

Manisnya Berkongsi

>> Wednesday, March 9, 2011



Perkongsian itu sebenarnya menarik,
murid kecil yang membawa bekal makanan berkongsi kepada rakannya sewaktu rehat,
sepasang sahabat baik menceritakan masalah kepada rakan baiknya itu,
burung-burung yang memberi makan anaknya di sarang,
suami isteri yang berkongsi hidup berpuluh-puluh tahun,

itu hanyalah sedikit cerita kongsi..banyak lagi dalam kehidupan kita yang memerlukan kita berkongsi sesama manusia. Hanya manusia angkuh mampu hidup bersendirian tanpa berkongsi apa-apa. Mungkin kita mendapat sesuatu yang positif dan juga negatif dari perkongsian kita itu.

Dengan terledaknya Blog, adalah revolusi perkongsian

Zaman ini perkongsian lebih menarik kerana wujudnya pelbagai medium untuk berkongsi. Sesiapa juga boleh berkongsi, pelajar, guru, pensyarah, petani, doktor, surirumah, fotografer, malah seorang peminat burung juga boleh berkongsi di ruang maya ini.

Apabila kita rajin menjelajah dunia blog ini dapat kita lihat pelbagai ragam manusia dan pelbagai genre blog yang mengikut minat masing-masing. Ada gaya dan mampu mengungkapkan segalanya. Kadang-kadang sesuatu yang tidak kita dapat jangkakan juga sangat banyak di laman-laman ini. Saya secara peribadi sangat mengagumi penulis-penulis dari negara serumpun kita iaitu Indonesia. Walaupun tergambar negara itu miskin, tetapi hakikatnya sangat kaya dengan ilmu penulisan.

Pernah saya menerima bungkusan dari seorang pensyarah Universiti Sriwijaya, Indonesia. Isinya adalah sebuah buku cerita rakyat Palembang Indonesia dan sehelai t-shirt bergambar Jambatan Ampera, Palembang, Indonesia. Ternyata perkongsian saya di alam maya ini mampu merentasi Selat Melaka dan memupuk persahabatan. Mungkin cerita saya mengenai sejarah Palembang terbaca oleh beliau.



Saya membelek-belek buku yang dikirimkan itu. Tajuknya cerita rakyat sumatera selatan, Bangka Belitung. Banyak sekali cerita-cerita rakyat yang tidak pernah terfikirkan oleh kita di dalam buku itu. Patutlah banyak sekali sinetron-sinetron yang mengisahkan cerita rakyat indonesia saban hari tersiar di kaca televisyen kita. Mungkin itu hanya sebilangan kecil dari ribuan cerita rakyat mereka.

Dalam galak-galak kita berkongsi, janganlah sampai tercatat dosa di bahu kiri kita, biarlah tercatat kebaikan. Kerana banyak sekali kini, cerita fitnah, cerita dosa, cerita sampah juga turut terkongsikan. Biarlah terdetik di hati kita, perkongsian kita itu akan membawa impak positif bukan negatif.




Read more...

Minat

>> Sunday, February 20, 2011


Minat kita adalah sentiasa berubah-ubah. Akan ada jangka hayatnya untuk sesuatu minat itu kerana pasti timbul dalam diri kita untuk mencuba sesuatu yang baru. Apabila anda minat sesuatu itu, tiada apa yang dapat menghalang anda. Mungkin anda terfikir mengapa orang yang minat memancing sanggup menunggu berjam-jam untuk mendapat ikan dan menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan ikan. Mengapa tidak beli sahaja di pasar. Tidaklah membazir masa yang amat berharga itu. Begitu juga dengan orang yang meminati burung. Apa yang menarik sangat dengan suara burung itu sehingga dipertandingkan malah burung-burung yang bersuara merdu itu dijual dengan harga beribu-ribu ringgit. Benarlah kata orang, hanya orang yang ahli dalam bidang akan tahu nikmat dalam bidangnya. Dalam pada kita memenuhi minat kita janganlah terlalu melampaui batas sehingga lupa diri .




Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)

Jadi cubalah barukan minat anda, pasti akan ada orang yang akan sama minat dengan anda dan dari minat yang sama inilah anda boleh memulakan persahabatan. Timbulkanlah minat juga dalam belajar, bekerja dan dalam apapun. Yang penting, ia dilakukan dengan bersemangat dan membawa kegembiraan kepada kita.















Read more...

Diet Rasulullah

>> Wednesday, February 16, 2011

Rasulullah contoh teladan terbaik

Setiap perlakuan Nabi Muhammad merupakan contoh terbaik bagi seluruh umat manusia. Setiap aktivivi dan pola hidup baginda perlu diikuti oleh kita sebagai umatnya. Bermula dari bangun pagi hingga ke tidur semula telah disiapkan contoh amalan terbaik dari Rasulullah s.a.w.


Hal pertama yang menjadi menu kehidupan Raulullah ialah menikmati udara segar di subuh hari yang sangat kaya dengan oksigen segar yang belum dicemari. Bangun di awal pagi membawa pengaruh besar dalam kehidupan seseorang, tidak hairanlah jika kita bangun lewat, kita berasa amat malas untuk melakukan aktiviti seharian.

2. Seterusnya Rasulullah menggunakan siwak atau kayu sugi untuk menjaga kesihatan mulut dan giginya.

3. Setelah Subuh, Rasulullah memulakan sarapannya dengan segelas air yang dicampur dengan sesudu madu asli.
Madu sangat berkhasiat untuk tubuh badan. Dalam Al qur`an, perkataan “syifa” atau membawa maksud kesembuhan dan juga membawa maksud yang sangat umum dan menyeluruh. Di tinjau dari ilmu kesihatan, madu befungsi membersihkan perut, mengaktifkan usus-usus, menyembuhkan sembelit, buasir dan radang.

4. Masuk waktu dhuha, Rasulullah selalu makan tujuh butir kurma ajwa`/matang.
Sabda beliau, barang siapa yang makan tujuh butir kurma, maka akan terlindung dari bisa racun. Dan ini terbukti ketika seorang wanita yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah dalam sebuah cubaan bunuh di perang khaibar, racun yang tertelan oleh baginda telah dineutralkan oleh zat-zat yang terkandung dalam kurma. Bisyir ibnu al Barra`, salah seorang sahabat yang termakan racun tersebut, akhirnya meninggal. Kebelakangan ini terbukti bahawa kurma memiliki zat-zat yang dapat mematikan sel-sel kanser.


5. Menjelang petang, menu Rasulullah selanjutnya adalah cuka dan minyak zaitun. Tentu saja bukan hanya cuka dan minyak zaitun, tetapi dimakan dengan makanan ruji, seperti roti dan nasi sebagai contoh. Manfaatnya sangat banyak, diantaranya ialah menguatkan tulang, melancarkan sembelit, menghancurkan kolesterol dan melancarkan pencernaan. Ia juga berfungsi untuk menncegah kanser dan menjaga suhu tubuh di musim sejuk.


6. Di malam hari, menu utama Rasulullah adalah sayur-sayuran.
Beberapa riwayat mengatakan, baginda selalu memakan "sana al makki" dan "sanut". Anda kenal nama tersebut? Di mesir, kata Dr. Mustafa, keduanya adalah seperti dengan bijirin hitam.

Disamping menu wajib di atas, ada beberapa jenis makanan yang disukai Rasulullah tetapi beliau tidak sering memakannya. Diantaranya ialah roti dan daging dengan kuah air masak,labu manis, dan juga anggur.
Yang paling penting adalah menghindari "isrof", atau berlebihan. Kata Rasulullah, “cukuplah bagi manusia itu beberapa suap makanan, kalaupun harus makan, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk air minumnya dan sepertiga lagi untuk nafasnya” (al hadis).Ketika seseorang terlalu banyak makanan, maka perutnya akan penuh dan pernafasannya menjadi tidak lancar, sehingga zat-zat yang terkandung dalam makanan tersebut menjadi tidak berfungsi dengan baik.


Kemudian Rasulullah juga melarang untuk makan lagi sesudah kenyang. Suatu hari, di masa setelah wafatnya rasulullah, para sahabat mengunjungi Aisyah ra. Ketika itu Islam sudah memerintah. Sambil menunggu Aisyah ra, para sahabat, yang sudah menjadi orang-orang kaya, bercerita tentang menu makanan mereka yang mewah dan bermacam-macam. Aisyah ra, yang mendengar hal itu tiba-tiba menangis. “apa yang membuatmu menangis, wahai bonda?” tanya para sahabat.

Aisyah ra lalu menjawab, “dahulu Rasulullah tidak pernah mengenyangkan perutnya dengan dua jenis makanan. Ketika sudah kenyang dengan roti, beliau tidak akan makan kurma, dan ketika sudah kenyang dengan kurma, beliau tidak akan makan roti”. Dan penelitian membuktikan bahwa berkumpulnya berjenis-jenis makanan dalam perut telah melahirkan bermacam-macam penyakit.

Yang selanjutnya , rasulullah tidak makan dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan yang dingin secara bersamaan. Beliau juga tidak makan ikan dan daging dalam satu waktu dan juga tidak langsung tidur setelah makan malam, karena tidak baik bagi jantung. Baginda juga meminimumkan untk makan daging, sebab terlalu banyak daging akan membawa akibat buruk pada sendi-sendi dan ginjal. Pesan Umar ra ” Jangan kau jadikan perutmu sebagai kubur bagi haiwan-haiwan ternak!”.



(diubahsuai dari Ceramah Umum “ghidza`unnabi” oleh Prof. Dr. Musthofa Romadlon di Wisma Nusantara, Mesir) tulisan ini ditulis oleh Muhammad As'ad Mahmud, Lc.

Read more...

Katak Surinam

>> Sunday, December 5, 2010




Kebiasaannya, katak Surinam ini hidup di sungai-sungai di Amerika Selatan. Dengan bentuknya seakan-akan daun ia mudah mencari mangsa-mangsa kecil seperti ikan kecil, kumbang, cacing dan lain-lain lagi.



Katak Surinam merupakan makhluk yang sangat unik. Apa yang menjadikan katak ini unik ialah cara katak ini membiak. Setelah katak Surinam betina bertelur, katak jantan akan menempatkan telur-telur ini di belakang katak betina yang berlubang. Kulit katak betina ini melindungi telur-telur untuk menetas kelak. Terdapat begitu banyak 'poket' yang menempatkan anak-anak katak surinam ini.




















Sumber

Read more...

Rumah Agnes Keith, Sandakan

>> Tuesday, November 30, 2010

Nama Negeri di bawah bayu diambil sempena nama buku tulisan Agnes Keith 'Land Below The Wind'


Agnes Jones Goodwillie Newton Keith ialah seorang penulis yang sangat terkenal terutamanya mengenai kehidupan beliau di kepulauan Borneo semasa zaman kolonial British. Karyanya yang paling terkenal ialah buku Land Below The Wind yang merakamkan suasana Borneo sebelum, semasa dan sesudah Perang Dunia. Di rumah inilah beliau tinggal bersama suaminya yang merupakan seorang pegawai tinggi British di Borneo ketika itu.
















Read more...

Jalan-Jalan ke Sabah

>> Monday, November 29, 2010

Gunung Kinabalu

Kalau ada duit, semua tempat kat dunia ni kita boleh pergi. Memang impian semua orang ingin menjejakkan kaki di semua tempat di bumi ini. Sebenarnya melihat dan melawat tempat orang boleh membuka mata dan menambahkan pengetahuan kerana sejarah, budaya serta kehidupan adalah berbeza di setiap tempat.



A020

Katakanlah: " Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-'Ankabuut 29:20)


Jalan-Jalan ke Sabah


Bajau Laut di Lahad Datu



Masyarakat Bajau Laut dikatakan berasal dari salah satu kaum yang tinggal di pesisiran laut di Filipina. Mereka berhijrah ke Malaysia dan telah menetap di Sabah sejak berzaman dahulu. Terdapat juga masyarakat Bajau Laut yang telah membina rumah-rumah air di Bahagian Sempoorna dan Lahad Datu. Tetapi Bajau Laut di Lahad Datu ini terus menjadikan sampan-sampan kecil mereka sebagai tempat tinggal dan berkeluarga. Walaupun kawasan mereka nampak kotor dan sangat tidak terurus, keunikan sebegini jarang ada di tempat lain. Memang orang laut, mereka tiada kad pengenalan samaada dari Malaysia atau Filipina. Mereka akan naik ke darat untuk berniaga atau berlindung ketika angin kencang atau hujan lebat.


Semuanya dilakukan di atas sampan kecil mereka.

Berkeluarga dan bermasyarakat di atas sampan di laut.




Read more...

Epal Red Love

>> Monday, July 19, 2010


Kita hanya mengenali buah epal yang berwarna merah atau hijau yang isinya berwarna putih. Namun kini, terdapat epal yang bukan hanya kulitnya yang berwarna merah, malah isinya juga berwarna merah.





Sutton, iaitu sebuah syarikat perusahaan agrotani Inggeris telah menghasilkan epal yang diberi nama Redlove. Ketika ini, pohon epal ini hanya berada di Devon, England. Uniknya mengenai epal ini ialah, ia mampu bertahan selama 14 hari tanpa dimasukkan ke dalam peti ais. Jika ia disimpan di dalam peti ais, Red Love ini mampu bertahan selama sebulan. Menurut Foxnews, epal Red Love ini akan berada di pasaran 5 tahun akan datang.







Read more...

Mengapa kita tidak Bersin semasa Tidur?

>> Sunday, July 11, 2010


Pernahkah anda menguap atau bersin ketika sedang tidur. Menguap merupakan satu cara badan mengambil lebih banyak oksigen. Apabila anda tidur, pernafasan akan menjadi perlahan tetapi terkawal.

Ketika tidur, badan kita akan mengambil kandungan oksigen yang betul. Ketika tidur juga, otak tidak bekerja pada keadaan normal, jadi sebahagiannya terhenti, tindakbalas bersin akan terhenti ketika anda sedang tidur.









Read more...

'Harriet The Hen' hasilkan telur ayam Terbesar Di Dunia

>> Wednesday, June 23, 2010


Mr Barbouti, seorang pemandu teksi berumur 64 tahun dari Eastwood, Soutend, Essex, Terkejut melihat ayamnya bertelur dengan saiz yang sangat besar berbanding telur-telur ayam biasa. Lazimnya telur ayam betina mempunyai ukurlilit 5.5 inci dan panjangnya 2.3 ini panjang. Namu begitu ayamnya telah menghasilkan telur dengan garis pusat 9.1 inci dan panjangnya 4.5 inci dangan mudah memecahkan rekod sebelum ini iaitu 8.6 inci.



"Harriet hanyalah seekor ayam betina yang muda berusia 6 bulan dan baru sahaja mula bertelur", ujar Mr Barbouti yang telah 30 tahun menternak ayam di ladangnya. "Ia bukanlah ayam yang istimewa tetapi saya memberikan makanan dan penjagaan terbaik. Saya rasa selepas ini kita memerlukan bekas telur yang lebih besar".



Lanjut kan bacaan di
Laman Sumber

Read more...

Vuvuzela

>> Sunday, June 20, 2010

Imej dari Google


Vuvuzela juga dikenali sebagai lepatata.Ia sering digunakan di Brazil dan juga negara Amerika Latin ketika perlawanan bola sepak berlangsung. Ketika ini, vuvuzela menjadi kontroversi di Piala Dunia Afrika Selatan kerana bunyinya yang sangat bising dan boleh merosakkan telinga jika tidak ditutup. Menurut Hear The World Foundation, Vuvuzela boleh menyebabkan pekak. Ia telah diubahsuai dengan desibel yang lebih rendah.




Sumber,
Wikipedia


Read more...

Tatoo Gigi

>> Tuesday, June 15, 2010

New Picture (5)

Penggunaan hiasan pada gigi oleh penyanyi pada masa kini bukanlah perkara yang baru. Penyelidikan mendapati, penduduk asli Amerika telah menghiasi dan mewarnakan gigi mereka sejak 2,500 tahun lalu. Masyarakat kuno di Amerika Utara mempercantik giginya dengan ukiran, alur dan perhiasaan. Demikian analis yang didapati oleh National Institute of Anthropology.

Ilmuwan tidak tahu gigi itu milik masyarakat yang tinggal Mesoamerica yang mana. Wilayah itu ditakluk oleh Sepanyol pada 1500-an. “Namun yang jelas, mereka yang menghias gigi sebhagian besarnya adalah lelaki” kata Jose Concepcion Jimenez, anthropologi di institut yang melakukan penelitian itu.



Doktor gigi masa itu memiliki pengetahuan tinggi mengenai anatomi gigi. Mereka tahu cara mentatoo gigi tanpa mengenai lapisan di dalamnya. “Mereka tahu jika itu terjadi akan menimbulkan jangkitan atau kesakitan, juga mengakibatkan gigi boleh tercabut.

Read more...

Mengapa Warna Langit adalah Biru ?

>> Monday, June 14, 2010


Hari yang cerah tanpa awan adalah langit yang berwarna biru. Hal ini berlaku kerana molekul-molekul di udara menyerakkan warna biru dari cahaya matahari lebih banyak berbanding warna merah.Apabila kita memandang ke arah matahari ketika matahari terbenam, kita melihat warna merah dan oren kerana cahaya biru telah diselerak keluar dan jauh dari garis penglihatan.





Cahaya putih dari matahari ialah campuran semua warna pelangi. Ini telah ditunjukkan oleh Isaac Newton, yang menggunakan satu prisma akan memisahkan warna-warna berbeza yang membentuk satu spektrum.Warna-warna cahaya dibezakan oleh jarak gelombang mereka yang berlainan.




Philip Gibbs May 1997

Read more...

Theo Jansen dan Robot Anginnya.

>> Friday, June 4, 2010

Klik imej untuk ke laman sumber.

TED ialah satu Persidangan ‘Perkembangan Idea yang Bernilai’ ( Ideas Worth Spreading). Ia bermula (pada 1984) sebagai satu persidangan membawa bersama golongan dari tiga buah dunia yang berbeza iaitu : Teknologi, Hiburan, Reka Bentuk (Technology, Entertainment, Design). Hingga kini, skopnya semakin meluas ke bidang-bidang yang lain.



Begitu banyak idea dan pandangan dibentangkan oleh pembentang di TED. Antara yang menarik ialah idea dari Theo Jansen. Beliau telah mula mencipta suatu objek mirip robot atau binatang yang boleh bergerak dengan hanya menggunakan kuasa angin.




Pada mulanya, ciptaannya hanyalah bersaiz kecil, lalu telah berkembang dan kini saiznya 'robot angin'nya adalah sangat besar. Theo Jansen berkata, "sepanjang masa, rangka-rangka ini telah menjadi semakin lebih baik pada terus hidup unsur-unsur seperti ribut dan air dan akhirnya saya hendak letakkan 'binatang-binatang' ini keluar dalam gembala-gembala pada pantai-pantai, jadi mereka akan hidup dengan 'nyawa' mereka sendiri.”




Maklumat Lanjut di
Google & YouTube.

Read more...

Telefon Bimbit Olive FrvrOn V-G2300, Hanya guna Bateri AAA

>> Friday, May 28, 2010



Jika anda melihat telefon bimbit Olive FrvrOn dari India, bentuknya adalah sama dengan telefon mudah alih yang lain, tetapi telefon ini mempunyai kelainan di belakangnya. Ia mempunyai satu tempat untuk bateri AAA. Sekiranya sukar untuk mendapatkan sumber kuasa elektrik untuk mengecas telefon bimbit anda, beli bateri Energizer untuk masa berbual yang lebih lama.






Berharga US$37 @ RM 122, merupakan antara telefon bimbit yang murah dan amat berbaloi dimiliki. Dapatkan 1, hanya di Negara India.




Laman Rasmi ;


Read more...

Manakin

>> Monday, May 17, 2010



Di Hutan Belantara Amerika Tengah, terdapat pelbagai flora dan fauna yang belum pernah diterokai dan dijumpai. Antara yang terkenal di sini ialah Burung Manakin yang mampu melakukan pelbagai gerakan menarik. Gerakan-gerakan menarik ini dilakukan untuk menarik perhatian pasangannya. Lebih menarik 'tarian' yang dilakukan oleh Burung Manakin ini menyerupai 'Moonwalk' yang diperkenalkan oleh Michael Jackson.


Read more...

Siapa Pencipta Simbol 'Smiley Face'

>> Friday, April 30, 2010

Harvey Richard Ball Pencipta 'Smiley Face'



Richard Ball merupakan pemilik bersama satu syarikat pengiklanan dan firma perhubungan awam di Worcester, di Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta lambang 'Smile Face' pada tahun 1963 untuk mengurangkan ketegangan yang terjadi akibat proses penggabungan dua Firma Insuran.

Seorang naib presiden mengarahkan satu "kempen persahabatan" bagi meredakan ketegangan antara pekerja-pekerja yang bertengkar, lalu mengupah Richard Ball untuk mencipta satu grafik sesuai untuk sebiji butang pin untuk kempennya.





"Saya membuat lingkaran dengan mulut yang tersenyum pada selembar kertas kuning, yang melambangkan cahaya matahari yang cerah," katanya ketika diwawancara pada tahun 1996 oleh Associated Press. Ketika gambarnya diterbalikkan, senyum akan berubah menjadi sedih. Untuk mengelakkannya, Ball menambahkan dua titik sebagai mata dan akhirnya lahirlah 'Smiley Face'.

"Terdapat dua cara untuk melukisnya," Dia berkata. " Anda boleh mengambil sebuah kompas dan menarik satu bulatan yang sempurna dan membuat dua mata yang sempurna . "Atau anda boleh lukis ia dengan tangan sahaja seperti yang saya lakukannya," Kata Bell. "Berikan karakter!" Harvey Ball meninggal dunia pada April 2001, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.

Harvey Ball: "Tidak pernah terjadi dalam sejarah manusia atau seni mana-mana karya seni yang tunggal ini tersebar luas, menyenangkan, menyeronokkan, mudah dinikmati dan tidak ada yang pernah begitu mudah dilakukan difahami seperti ini dalam seni"



Pin butang yang sangat terkenal di awal 1970


Simbol Perdamaian

Pada September 1970, (dua orang bersaudara dari Sepanyol, Murray dan Bernard) melakukan pemilihan untuk sebuah simbol perdamaian yang menarik, mereka teringat pernah melihat smiley face digunakan di periklanan perniagaan, lalu mereka terus menciptakan pin bergambar Smiley. Pin itu memperoleh 'hits' yang besar. Pada akhir 1972, dianggarkan 50 juta pin Smiley ini telah terjual dan menjadi simbol yang sangat terkenal telah terjual.



























sumber :


Lanjutkan bacaan di :



Read more...

Hipnosis

>> Wednesday, April 28, 2010




Mungkin apabila anda terdengar perkataan Hipnosis, anda terbayangkan hipnotis (penghipnosis) misteri yang popular di filem dan juga di komik yang digambarkan sebagai seorang lelaki yang memegang sebuah bandul dan menggerakkannya ke kiri dan kanan dan memukau seseorang yang berada di atas sebuah bangku. Setelah itu orang yang dipukau itu akan menurut segala arahan yang disuruh oleh penghipnosis tersebut, tidak kira apa saja arahan akan dituruti.


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Hipnosis ialah keadaan tidak sedar yang menyebabkan seseorang kelihatan seperti tidur tetapi masih boleh mendengar, melihat atau memahami perkara tertentu yg diajukan kepadanya oleh orang yg menguasai mindanya ketika itu.



‘Hypnotism’ adalah suatu teknik penguasaan diri sendiri melalui beberapa latihan kerohanian dan teknik memandang ke arah sesuatu perkara atau objek termasuk manusia. Dikatakan boleh berlaku dengan pancaran kekuatan dalaman orang yang mengamalkan ‘hypnotism’ ini, boleh mendatangkan suatu tenaga khusus baginya untuk menguasai orang lain.


Kini, pemahaman masayarakat mengenai hipnosis telah berubah, walaupun ada pihak yang menyalahgunakan hipnosis ini, masih ada golongan yang memanfaatkannya ke arah kebaikan. Sebenarnya ia bukan ilmu hitam atau pukau, sebaliknya hipnosis merupakan sejenis rawatan terapi. Menurut Sheila Menon, 50, Pengarah Urusan, Hipnosis Klinikal Kolej London (LCCH). "Hipnosis adalah satu proses terapi yang berguna dari segi perubatan, psikologi dan juga motivasi". Dalam kata lain, ia merupakan sejenis rawatan yang boleh membantu individu bermasalah sama ada dari segi kesihatan mental ataupun fizikal.






1. 'Large'kan Youtube. Perhatikan titik(putih) di tengah skrin.
2. Teruskan memandang.
3. Lihat di sekeliling anda.



Demonstrasi Hipnosis di :




















Sumber,
Lanjutkan Bacaan Anda di ;

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP