Kisah menarik di Fucking City, Austria

>> Thursday, December 31, 2009



Fucking adalah sebuah desa di Austria di kota Tarsdorf, terletak di wilayah barat Innviertel Austria . Desa ini terletak 33 kilometer (21 mi) utara Salzburg, empat kilometer (2.5 batu) timur sempadan Jerman.



Walaupun mempunyai populasi hanya 104 orang, desa ini menjadi terkenal kerana namanya, khususnya di dunia berbahasa Inggeris. Mungkin namanya agak jelik kerana maksudnya, tetapi itulah hakikat dan faktanya. Tanda jalan dan papan-papan tanda yang merupakan tarikan yang popular bagi pengunjung, sering kali dicuri oleh pemburu cenderamata pelancong.






Sumber,
Lagi maklumat di,

http;//en.wikipedia.org/wikipedia/Fucking,_Austria


Read more...

Kuda laut jantan melahirkan Anak

>> Wednesday, December 30, 2009


Pipefish


Kuda laut membiak dengan cara yang sangat aneh iaitu bukan induk betinanya yang mengandung tetapi yang jantan yang mengandung. Pipefishes dan kuda laut adalah spesies di dunia binatang yang mengalami “male pregnancy”.

Kuda laut Jantan memiliki kantung benih yang digunakan untuk menyimpan telur yang diberikan sang betina. Ketika mengawan, mereka saling melilitkan ekor dan sang betina memasukkan tabung panjang yang dinamakan ovipositor ke kantung benih sang jantan.




Telur-telur mengalir melalui tabung ke kantung benih dimana kemudian disenyawakan. Embrio berkembang selama 10 hari - 6 minggu, bergantung pada spesies dan keadaan air.

Kantung kuda laut jantan juga mengatur kadar garam, dengan perlahan meningkatkan kadar garam di kantung agar sesuai dengan lingkungan luar ketika telur dewasa. Telur yang menetas tidak bergantung pada induk. Bahkan kadang-kadang induk jantan memakan telur yang baru dilahirkannya.



Perubatan tradisional Cina menggunakan kira-kira 20 million kuda laut setahun.





Read more...

Stevia 300 kali lebih manis dari Gula

>> Monday, December 28, 2009

Pokok Stevia




Syarikat minuman yang menggunakan Stevia


Stevia Rebaudiana adalah sejenis herba yang berasal dari Paraguay yang terus mendapat perhatian yang lebih besar dalam pertumbuhan global pasaran makanan. Ia secara berperingkat telah menggantikan gula tebu konvensional di seluruh dunia. Kemanisannya antara 200 dan 300 kali lebih manis daripada gula.

Stevia tidak mempunyai kalori dan tidak menyebabkan peningkatan tahap gula dalam darah yang boleh menyebabkan penyakit kencing manis. Ini merupakan produk yang diminati oleh mereka yang mementingkan kesihatan dalam pemakanan dan minuman.

Selain menjadi pemanis, ia juga mempunyai Hipoglikemik, anti kulat, dan vasodilator hypotensive.
Ia juga merupakan sumber yang kaya dengan beta-karotena, aluminium, asid askorbat, abu, kalsium, kromium, besi magnesium dan sejumlah phytochemical lain. Penggunaan Stevia ditingkatkan penggunaannya oleh syarikat makanan dan minuman multinasional untuk membuatkan produk mereka menjadi berkualiti sebagai prospek komersil.











P/s Terdengar dalam berita TV1



Sumber,

Lagi maklumat di,


http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1225&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_02.htm

Read more...

Semut tidak sukakan Kapur?

>> Thursday, December 24, 2009



Kita berasa rimas sekiranya terdapat semut merayap-rayap di dapur, bilik tidur, atau ruang tamu di rumah kita. Kita juga sering menggunakan penyembur serangga untuk membunuh semut-semut ini. Namun demikian, ada satu cara untuk mengelakkan semut daripada melata dan seterusnya masuk ke dalam balang gula, atau makanan anda.






Caranya mudah saja. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan membuat garisan di sekeliling tempat makan itu disimpan dengan menggunakan kapur tulis. Entah mengapa, semut diketahui memang tidak sukakan kapur.















Sumber,
Lagi maklumat di,

http://www.instructables.com/id/Pets-Month-08-Tips-to -Keep-the-ants-out-of-your-/step5/Use-chalk-or-soap/

http://doves2day.blogspot.com/2008/09/october-ant-season.html

Read more...

Seni Bina Islam di Granada, Sepanyol



1. Alhambra bermaksud "Istana Merah" adalah sebuah masjid, istana dan kompleks kota silam kerajaan Moor Granada, di selatan Sepanyol (dikenali sebagai Al-Andalus apabila kotanya dibina), berada di atas bukit teres di tenggara sempadan di bandaraya Granada. Ini adalah tempat tinggal raja-raja Muslim Granada dan mahkamah mereka, tetapi sekarang dijadikan muzium yang mempamerkan kecantikan gaya seni bina Islam.



2. Alcazar (Sepanyol "Alcázares reales " atau "Royal Alcazars ") adalah sebuah istana kerajaan di Seville, Sepanyol. Pada awalnya merupakan sebuah kubu Moor.




3. Giralda adalah menara loceng Katedral Seville di Seville, Sepanyol, ia merupakan salah satu gereja terbesar di dunia dan contoh terbaik pembinaan, jenis gaya seni bina Gothic dan Baroque.

Menaranya adalah bekas minaret Almohad yang, ketika dibina, adalah menara tertinggi di dunia pada ketinggian 97.5 m (320 kaki). Ia adalah salah satu tanda terpenting di bandar zaman pertengahan. Menara tersebut, adalah minaret silam daripada masjid Almohad di Seville, dibina dalam beberapa bahagian berbeza dari beberapa budaya.





4. Torre del Oro (Bahasa Sepanyol untuk "Menara Emas") adalah sebuah menara pengawal tentera yang dibina di Seville, Sepanyol oleh bangsa Barbar semasa pemerintahan Dinasti Almohad untuk mengawal Sevilla.






5. Mezquita (bahasa Sepanyol untuk "masjid"), adalah pada suatu waktu dahulu merupakan masjid terbesar di dunia di Córdoba, Sepanyol dan sekarang diubah menjadi sebuah katedral Katolik Rom.












Sumber,
Lagi maklumat di,

http://ms.wikipedia.org/wiki/Alhambra
http://ms.wikipedia.org/wiki/Mezquita
http://ms.wikipedia.org/wiki/Torre del Oro
http://ms.wikipedia.org/wiki/Giralda
http://en.wikipedia.org/wiki/Reales_Alcazares

Read more...

Ketulan Emas Terbesar pernah ditemui di Dunia

>> Wednesday, December 23, 2009

The Beyers and Holtermann Nugget




Ditemui di Hill End, New South Wales, Australia pada 1872, "Holtermann Nugget" dikenali sebagai ketulan tunggal terbesar emas yang pernah ditemui di dunia, berukuran panjang 1,5 meter dan beratnya hampir 290 kg.

Beyers dan Holtermann merupakan rakan kongsi dalam operasi perlombongan yang disebut 'Star of Hope Mine Hill' sekitar 275 km barat laut Sydney. Beyers merupakan pemegang saham dalam projek sementara Holtermann adalah pengurus lombong.







Ketulan Emas Terbesar lain yang terkenal


"The Welcome Stranger"




"The Hand of Faith"









Sumber,

www.the-metal-detective.com/gold-nuggets.html

Read more...

Burung Cenderawasih : Fakta atau Dongeng

>> Sunday, December 20, 2009


Sebuah mitos menyebutkan burung Cenderawasih (phoenix) adalah burung dengan bulu yang berwarna-warni dan ekor emas atau merah (atau ungu, biru, dan hijau mengikut beberapa legenda). Mitos juga menyebutkan Ia mempunyai jangka masa hidup selama 500 hingga 1,000 tahun . Dikatakan juga bahawa tangisan burung ini adalah lagu yang sangat indah.

Dalam dongengan Melayu, burung ini dikatakan tinggal di atas awan, sehingga kini masih ramai yang tidak mengetahui cerita sebenar tentang burung cenderasih. Cenderawasih diceritakan sebagai burung dari syurga, makanannya hanyalah embun di awan, hidupnya di awan, hanya turun ke bumi bila hendak mati.



Pedagang burung Cenderawasih (yg diawet) merahsiakan cerita sebenar. Kehebatan digembar-gemburkan. Namun kini terdapat burung Cenderawasih yang masih hidup dijual di Malaysia dengan harga ratusan ribu ringgit. Burung cenderawasih sangat berharga samada hidup atau mati.

Namun, kehebatan sebenar burung ini ialah pada kecantikan bulunya, burung cenderawasih mempunyai bulu yang menawan. Bangkainya tidak reput, dikatakan diawet dengan cara pengasapan, satu kaedah pengawetan yang hebat. Perihal bangkai burung yang tidak reput, tidak dihairankan burung punai juga ada yang tidak reput bila mati.



Secara faktanya, asal usul burung ini gagal ditemui atau didapati hingga sekarang. Tiada bukti yang menunjukkan ianya berasal dari alam nyata ini. Namun satu lagi fakta yang perlu diterima, burung cenderawasih turun ke bumi hanya di IRIAN JAYA (Papua sekarang), Indonesia saja.



Telah dinyatakan dalam kitab Tajul Muluk bahawa burung cenderawasih mempunyai pelbagai kelebihan. Seluruh badannya daripada dalam isi perut sehinggalah bulunya mempunyai khasiat yang misteri. Kebanyakannya digunakan untuk perubatan. Namun ramai yang memburunya kerana tuahnya. Burung cenderawasih digunakan sebagai pelaris. Baik untuk pelaris diri atau perniagaan. Sekiranya seseorang memiliki bulu burung cenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk dijadikan sebagai pelaris. Mengikut ramai orang yang ditemui memakainya sebagai pelaris menyatakan, bulu burung cenderawasih ini merupakan pelaris yang paling besar. Hanya orang yang memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini. Namun yang pasti burung cenderawasih bukannya calang-calang burung. Penuh dengan keunikan, misteri, ajaib, tuah.




Fakta Menarik tentang Burung Cenderawasih

Burung ini hidup dalam ketinggian hutan 2.200 - 3.125 meter di atas
permukaan laut. Burung ini memakan buah-buahan, biji-bijian, serangga
dan juga anak katak. Masa ia membiak adalah dari April - Ogos,
sarangnya menyerupai mangkuk yang dibuat dari lumut dan akar-akar.
Bertelur hanya satu butir.

Masih ada banyak spesies cenderawasih yang lain. Menurut catatan Pejabat
Sub Balai KSDA, Irian Jaya memiliki 26 jenis burung cenderawasih. Namun 10
spesies lainnya sangat sukar ditemui di Irian Jaya, dan hanya dapat dilihat di
negara jiran, Papua New Guinea.

Terdapat Filem yang terkenal bertajuk Bird of Paradise.








Sumber,
Lagi maklumat di :


http://welkiz.blogspot.com/2008_11_01_archive.html
http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=132791
http://ms.wikipedia.org/wiki/Burung_Cenderawasih

Read more...

Persamaan Manusia dan Kangaroo

>> Saturday, December 19, 2009


Adakah anda tahu bagaimana Kanggaru mendapatkan nama?


Sebuah mitos menyebutkan bahawa ketika peneroka Eropah pertama kali melihat haiwan melompat aneh ini mereka bertanya kepada orang asli apakah nama binatang itu. Dia menjawab "Kanggaru" yang bererti "Aku tidak mengerti" soalan anda. Para peneroka menganggap ini adalah nama binatang. Dan itulah bagaimana Kanggaru mendapat namanya.


Kacang Pea

Ketika lahir anak kanggaru sangat kecil, sebesar kacang pea. Setelah lahir , anak kangaroo ini akan mencari jalan ke poket ibunya untuk meneruskan tumbesaran tahap kedua di sana. Ia biasanya akan tinggal di dalam poket selama sekitar sembilan bulan sebelum mula meninggalkan beg. Ia diberi makan oleh ibunya hingga mencapai 18 bulan.


Kangaroo menyusu dalam kantung ibunya

Kangaroo adalah haiwan spesis marsupial seperti Koala, Opposum (kalau nk tahu cari dalam google image), dan tasmania merupakan contoh mamalia berkantung yang membawa anak-anak mereka di poket-poket khusus.





Bayi Kanggaru secara naluri mencari jalan ke poket ibu untuk terus membesar, kajian telah menunjukkan bahawa bayi manusia boleh juga mendapat manfaat dalam tumbesaran jika mereka dibawa dalam dukungan (sama seperti kangaroo dan marsupial lain).















Sumber,
http://pupsikstudio.blogspot.com/2009/10/kangaroo-giving-birth.html

Read more...

Apakah itu Radio Amatur?

>> Friday, December 18, 2009





Apakah itu Radio Amatur?

Radio Amatur adalah merupakan satu hobi dalam bidang komunikasi dengan menggunakan peralatan komunikasi elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana ianya digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan yang sama atau dimana sahaja di dunia dengan menggunakan peralatan radio amatur pada jalur frekuensi yang ditetapkan.




Sebagaimana yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar hobi, tetapi apa yang berlaku kini dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas,sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada sistem digital yang mana ianya membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap malahan dapat melihat seperti sebuah tv yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Kebanyakan daripada pengguna radio amatur memancarkan signal mereka melalui satelit yang berada pada orbit ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi memancarkan isyarat yang dipancarkan.



Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.



Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.




Sumber,

lagi maklumat di...

http://ms.wikipedia.org/wiki/Radio_amatur http://www.pemancar.org/

http://www.pemancar.org/

Read more...

Air Zam-Zam

>> Thursday, December 17, 2009

Molekul Air Zam-Zam


Ahli sains Jepun mengakui setitik air zam-zam memiliki khasiat lebih dari seribu titik dari air biasa.Walaupun telah diolah dengan pelbagai cara dan dengan peralatan yang canggih tetapi tetap tidak dapat menandingi khasiat yang terdapat pada air zam-zam. Air zam-zam adalah berkhasiat, berkat, bersih dan Penawar paling mujarab anugerah Allah S.W.T



Telaga Zamzam ialah telaga biasa yang terletak di dalam Masjidil Haram di Makkah, hampir dengan Kaabah, tempat paling suci dalam Islam.

Telaga zam-zam merupakan satu-satunya sumber air bersih dari bawah tanah di Mekah satu ketika dahulu. Umat Islam sangat mengambil berat tentang air zamzam ini untuk air wuduk dan perubatan.



Telaga Zam-zam suatu ketika dahulu


Punca mata air dari bahagian Kaabah


Telaga zamzam dalamnya 30 meter sahaja dan kedalaman air hanya 3.32 meter. Dapat bayangkan. Ada beberapa punca mata air di bawah 13 meter. Ujian mengeluarkan air pada kelajuan 8000 liter/second selama tempoh 24 jam menunjukkan paras air surut dari para 3.23 meter kepada 12.72 meter dan kemudian 13.39 meter selepas itu. Paras air kembali normal ke paras 3.9 meter selepas 11 minit.



Sumber,

http://ms.wikipedia.org/wiki/Telaga_Zam-Zam

Lagi maklumat di,

http://peribadirasulullah.wordpress.com/2009/09/26/gambar-telaga-zam-zam/



Read more...

Cappadocia



Cappadocia, sebuah daerah yang terletak di tengah Turki yang menempatkan struktur muka bumi luar biasa dan pelik dengan pelbagai coretan abstrak.






Muntahan lahar gunung berapi jutaan tahun lalu yang membentuk pelbagai formasi geologi unik dan mengagumkankan.















Sumber,

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Kembara/20090816094254/Article/indexkem_html

http://en.wikipedia.org/wiki/Cappadocia

Read more...

Mecca Bar

>> Tuesday, December 15, 2009

Anda mungkin pernah terbaca di entry sebelum ini (bulan November) tentang Kaaba Bar
yang merupakan fitnah yang timbul yang tidak diketahui dari manakah sumbernya. Saya terjumpa pula tentang Mecca Bar yang disebut dalam sumber dibina di Amerika (tidak disebut di negeri mana).



Kelab malam di Amerika dinamakan Mecca Bar …sebagai mempersendakan Islam dan kerana arab yang suka melakukan maksiat.











Sumber,

www.m7bobti.com

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Artikel dikeluarkan untuk tujuan pengetahuan am, pendidikan dan hiburan semata-mata. Sesetengah gambar dan info yang digunakan di sini diperolehi daripada internet
dan dipercayai 'public domain'. Kami akan nyatakan sumber dari mana artikel ini diambil. Jika ada gambar dan info yang melanggar mana-mana hakcipta, sila maklumkan kepada kami dan gambar tersebut akan di-remove serta merta. Laman ini adalah ini adalah bebas dari unsur prejudis dan sentimen keagamaan, politik, perkauman,
dan kelucahan. Jika ada, maklumkan kepada kami untuk tindakan serta merta. Sekian, Terima Kasih.

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP